Fikirkan

Fadhilat Surah Al-Insyirah

Tahukah anda di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan? Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang hakiki.
Sekiranya anda mengalami kesusahan, bacalah selalu surah Al-Insyirah ini. Insya Allah kesusahan yang anda alami akan diganti dengan kesenangan.
Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah.

Terjemahan Surah Al-Insyirah:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.FADILATNYA:-

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.
Sumber asal: http://perkongsianilmu.com/article.php?id=43

Tazkirah Hati

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda,”Jauhilah bersangka buruk, kerana bersangka buruk adalah ucapan yang paling dusta; janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci tetapi jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Sahih Bukhsri No 5604, hadis sahih)

TIP MENGHADAPI INDIVIDU TOKSIK

Jika kita mempunyai rakan-rakan yang bersifat energetik dan memiliki pemikiran yang positif, ia adalah satu anugerah. Namun, dalam hidup kita tidak akan lari dengan manusia yang toksik. Mungkin di tempat kerja kita juga ramai yang menjadi rakan toksik.

Semasa dalam kuliah psikologi positif saya, ramai pelajar saya bertanya bagaimana kita nak hadapi individu atau kawan yang toksik. Nah..di sini saya kongsikan beberapa tip bagaimana nak mengahadapi manusia yang toksik.

1. Kenal pasti ciri diri mengapa menjadi mangsa atau sasaran

Menilai ciri diri kita tidak bermakna kita salah dan membenarkan individu lain untuk sentiasa menyalahkan kita. Adakalanya, sikap kita yang bersifat ‘melayan’ menjadikan diri kita sebagai sasaran mudah individu toksik ini untuk melepaskan kemarahan dan vibe negatif mereka.

Mengapa?

Ini kerana anda kelihatan seperti terlalu baik atau tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Oleh itu, untuk mnegelakkan diri dari individu toksik hendaklah ada pendapat sendiri dan pendirian yang kukuh agar individu toksik ini tidak sewenang-wenangnya mempergunakan kita. 

2. Percayakan naluri anda sendiri

Ada individu yang terpaksa berada dalam perhubungan rakan sekerja yang bersifat toksik kerana mereka kurang percayakan diri mereka sendiri. Mereka cuba untuk merasionalkan kelakuan toksik rakan sekerja mereka atau sering memberikan peluang yang tidak berasas. 

Inilah saat di mana anda sepatutnya berhenti daripada bertindak sebegitu. Anda tidak boleh sering memaafkan kelakuan mereka atau berfikiran positif sepanjang masa terhadap kelakuan negative mereka. Kita juga insan biasa, kesabaran pun ada hadnya. Jangan sampai ‘mereka memijak kepala kita sendiri’

3. Tetapkan sempadan untuk diri

Sesetengah daripada kita mungkin terpaksa berhadapan dengan manusia toksik setiap masa. Boleh jadi individu tersebut boss di tempat kerja di mana kita terpaksa melayan kerenahnya setiap hari. 

Cara terbaik adalah dengan menetapkan sempadan tertentu bagi tingkah laku mereka yang anda rasakan melampau. Tidak perlu bersikap kasar atau biadap dengan mereka, hanya perlu bersifat tegas dan tetap pendirian. Nyatakan apa yang benar dan apa yang salah terhadap perlakuan mereka. 

Dalam situasi tempat anda bekerja, jika Tindakan individu tersebut melampau, salurkan aduan kepada saluran yang betul seperti ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Ada berani?

4. Elakkan sikap normalisasi

Anda mungkin seorang yang baik hati sehinggakan bersikap positif sepanjang masa walaupun anda menjadi mangsa.

Jangan sesekali menormalkan setiap tindakan salah yang dilakukan oleh individu-individu toksik ini. Ingat, anda tidak perlu untuk mengiyakan segala kata-kata mereka. Salah tetap salah!!

5. Teruskan hidup anda tanpa mereka

Sekiranya hidup anda merana disebabkan oleh sikap individu toksik ini, tanya diri anda adakah berbaloi untuk anda tetap Bersama dengan individu toksik tersebut?

Adakala anda mungkin perlu memaafkan, bersabar dan memberikan mereka masa, dengan harapan agar mereka dapat berubah secara perlahan-lahan. Tetapi persoalannya, sampai bila? Ada masanya lebih baik untuk anda melepaskan sesuatu daripada terus memegangnya.

REALITI KENAIKAN PANGKAT SEORANG PENSYARAH: PENERBITAN BUKANLAH UKURAN MUTLAK

Saya ingin menarik perhatian tentang laporan sebuah akhbar yang melaporkan bahawa Malaysia berada pada tangga kelima dalam kecenderungan menerbitkan jurnal predatory journal disebabkan sikap ahli akademik yang mahukan kenaikan jawatan ke profesor madya dan profesor dengan jalan pintas. Data itu diperoleh daripada penyelidikan antarabangsa melibatkan 172 negara dalam empat bidang iaitu sains kesihatan, sains hayat, sains fizikal dan sains sosial untuk tempoh dua tahun dari 2015 hingga 2017.

Hakikatnya, kenaikan pangkat seseorang pensyarah bukanlah hanya bergantung kepada penerbitan semata-mata sebagai kriteria mutlak untuk seseorang pensyarah dipertimbangkan kenaikan pangkat sebagai profesor dan profesor madya di universiti.  Terdapat banyak lagi kriteria lain kenaikan pangkat sebagai profesor yang merangkumi sekurang-kurang 7P iaitu Pengajaran, Penyeliaan,Penyelidikan, Penerbitan buku dan artikel jurnal terindeks, Perkhimatan kepada masyarakat serta Pentadbiran Akademik yang menggambarkan kepimpinan akademik dan pengurusan.   

Manakala, bagi memohon kenaikan pangkat seseorang ahli akademik perlulah mengemuka permohonan kenaikan pangkat yang akan melalui pelbagai proses saringan ketat untuk memenuhi syarat kecemerlangan akademik yang telah diperakukan oleh Senat sebagai badan akademik tertinggi di universiti dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti sebagai pihak berkuasa tertinggi di universiti. Sebelum ke peringkat ini, seseorang pensyarah perlu mengemukakan permohonan melalui Dekan dan jika ia disokong oleh fakulti berkenaan, suatu jawatankuasa yang dianggotai oleh profesor di peringkat fakulti itu akan menapis dan menilai kewajaran permohonan calon. Sekiranya calon gagal melepasi saringan dalaman ini, permohonan tidak akan dipanjangkan kepada jawatankuasa penapis di peringkat universiti. Namun, apabila permohonan dibawa ke jawatankuasa penapis di peringkat universiti, ia akan disaring dan dinilai oleh jawatankuasa yang dianggotai antaranya oleh ahli Senat yang bertaraf professor.

Dari segi penerbitan pula, pihak jawatankuasa penapis di peringkat universiti akan mendapatkan pengesahan data penerbitan setiap calon melalui portal carian rasmi laman sawang Scopus atau Web of Science (WoS). Jika terdapat sebarang artikel jurnal yang tidak dapat disahkan atau tidak diindekskan oleh Scopus atau WoS, artikel yang disenaraikan oleh calon akan ditolak. Pada peringkat ini, mana-mana predatory journal akan dapat dikesan oleh pihak jawatankuasa.  Jika melepasi saringan ini, permohonan calon akan dikemukakan kepada penilai luar yang terdiri daripada profesor dalam bidang yang berkaitan. Berdasarkan garis panduan, permohonan calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya tiga  penilai luar yang terdiri daripada professor dalam bidang. Dari segi aspek penerbitan, sekali lagi pada peringkat ini ia akan disahkan oleh penilai luar yang dilantik bahawa penerbitan calon adalah penerbitan yang sememangnya berwibawa. Keseluruhan proses ini menggambarkan sesuatu permohonan kenaikan pangkat ke jawatan profesor atau profesor madya akan disaring dan dinilai secara telus. Langkah ini adalah untuk menjamin ahli akademik yang diperakukan kenaikan pangkat merupakan mereka yang terbukti pencapaian dalam bidang kesarjanaan masing-masing.

Kenaikan pangkat pensyarah adalah berdasarkan merit dan tahap kecemerlangan akademik serta kesarjanaan dalam bidang masing-masing dan tidak tertakluk kepada sistem berasaskan masa sebagaimana pekerjaan lain seperti guru dan sebagainya.

Hidup Umpama Roda

Kehidupan kita boleh diumpamakan sebagai roda berputar. Bersedialah untuk berada di mana-mana sahaja posisi dalam kehidupan dan mendepaninya dengan tabah dan penuh kesabaran. Begitulah juga halnya dengan nasib seseorang pemimpin. Patah tumbuh hilang berganti. Justeru, bila diberikan amanah untuk memegang kuasa, janganlah ego sehingga tidak mendengar orang bawahan. Jangan merasakan diri seorang hebat dan membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan orang lain.

Berikan sebanyak kebaikan dengan tulus ikhlas. Suatu hari nanti akan pasti berada di bawah. Biarlah orang mengingati kita dengan kebaikan- kebaikan yang kita lakukan. Andai ajal tiba, orang tetap mengingati dengan kasih sayang.

Renung-renungkan..hidup ini hanya sementara.

Modul Advokasi Integriti Sektor Awam

Program Advokasi Integriti Sektor Awam dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka. Seramai 20 orang kakitangan awam yang terlibat dengan e-perolehan terpilih menjadi perintis sulung kepada modul ini dan diharapkan menjadi duta integriti di jabatan masing-masing untuk melakukan perubahan.

Penyampaian Modul ini menggunakan pendekatan Modifikasi Tingkah Laku dan Psikologi bagi memberikan sentuhan jiwa kepada para peserta. Pembangunan modul ini sebagai salah satu langkah menyokong kepada Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023 yang baru diperkenalkan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Moga lebih ramai agensi dan badan kerajaan yang bersedia untuk bekerjasama. Perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama.

#DNAUTM

#kitajagakita

Salam Merdeka ke 63

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia! Moga kemerdekaan yang telah kita nikmati di Malaysia selama ini mendidik jiwa agar mampu membebaskan diri daripada belenggu sikap dan akhlak yang menjadikan kita bangsa yang mundur serta meruntuhkan sesebuah tamadun.

  1. Imam Al-Banna menyatakan tentang sifat orang yang perlu dimiliki Iaitu yang sentiasa berfikir; memberi perhatian yang utama; jika dijemput segera menerima, jika dipanggil segera menyahut; tidak menjauhkan diri dari medan amal; dia merasai kerehatan, keseronokan dan kenikmatannya di dalam bekerja. Matlamatnya adalah mencapai keredhaan Allah dan mendapat syurga serta menjadi sebaik-baik manusia, sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda: “sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia.”

Salam Merdeka ke 63

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia! Moga kemerdekaan yang telah kita nikmati di Malaysia selama ini mendidik jiwa agar mampu membebaskan diri daripada belenggu sikap dan akhlak yang menjadikan kita bangsa yang mundur serta meruntuhkan sesebuah tamadun.

Imam Al-Banna menyatakan tentang sifat orang yang perlu dimiliki Iaitu yang sentiasa berfikir; memberi perhatian yang utama; jika dijemput segera menerima, jika dipanggil segera menyahut; tidak menjauhkan diri dari medan amal; dia merasai kerehatan, keseronokan dan kenikmatannya di dalam bekerja. Matlamatnya adalah mencapai keredhaan Allah dan mendapat syurga serta menjadi sebaik-baik manusia, sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda: “sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia.”

Salam Merdeka ke 63

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia! Moga kemerdekaan yang telah kita nikmati di Malaysia selama ini mendidik jiwa agar mampu membebaskan diri daripada belenggu sikap dan akhlak yang menjadikan kita bangsa yang mundur serta meruntuhkan sesebuah tamadun.

Imam Al-Banna menyatakan tentang sifat orang yang perlu dimiliki Iaitu yang sentiasa berfikir; memberi perhatian yang utama; jika dijemput segera menerima, jika dipanggil segera menyahut; tidak menjauhkan diri dari medan amal; dia merasai kerehatan, keseronokan dan kenikmatannya di dalam bekerja. Matlamatnya adalah mencapai keredhaan Allah dan mendapat syurga serta menjadi sebaik-baik manusia, sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda: “sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia.”