Trip New Zealand pada 19 – 28 Oktober 2016.  Bersama kawan-kawan menjelajah bumi New Zealand yang sangat menawan hati.  Pemandangan yang sangat2 cantik hanya Allah yang tahu.  Mendarat di bumi NZ kami terus menaiki satu lagi penerbangan ke Chrischurch. Kami menyewa kereta dan memandu sendiri ke tempat2 menarik di kawasan ini. Pengalaman tak dapat dilupakan apabila di tahan polis kerana memandu perlahan tidak mengikut speed yang dibenarkan. Mengigil semua orang tapi alhamdulliah dilepaskan kerana melihat kami pelancong yang memandu.

 

Penantian untuk terbang pada kadar rendah akhirnya boleh menghembus nafas lega. Sebaik sebut sahaja New Zealand, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah kehijauan permandangannya yang cantik dan segar. Tapi hakikatnya, New Zealand sebenarnya lebih best dari itu.

 

 

Ramai orang kata New Zealand adalah negara paling best di dunia. Semuanya alam semula jadi. “Nature, nature and more nature“, dan kata mereka betul! Tambah satu lagi sebab kenapa New Zealand best, New Zealand adalah antara negara yang memiliki udara paling bersih di dunia. Nak tahu macam mana rasanya sedut udara bersih kena pergi New Zealand.

 

Tak lengkap rasanya kunjungan anda ke New Zealand jika tidak melawat Hobbiton. Dunia fantansi yang wujud di alam realiti. Tapak pengambaran filem The Hobbit ini terletak di Ladang Biri-Biri Alexander di daerah Matamata. Apa yang menariknya, di sini anda berpeluang untuk melihat kehidupan dunia The Hobbit dengan lebih dekat. Terima kasih kepada Peter Jackson kerana telah menjadikan kisah di dalam bukunya menjadi nyata.