Trip Lombok ni sebenarnya sempena anniversary kami yang ke 20 tahun pada tarikh 20 April 2016.  So berangan la bulan madu kononya..hahaha..best lombok ni sebab pantainya yang sangat cantik dan bersih.  Untuk ke pantai gili kami menyewa basikal kerana laluan ke sini hanya dibenarkan bagi kenderaan basikal dan kuda sahaja.

Lombok merupakan sebuah pulau di Nusa Tenggara BaratIndonesia. Pulau ini mempunyai keluasan 4,725 km². Mataram merupakan bandar utama yang terdapat di pulau ini.

Penduduk Pulau Lombok pada tahun 1990 adalah seramai 2,403,025 orang.Lebih kurang 80% penduduk pulau ini adalah terdiri daripada suku Sasak, sebahagian besarnya memeluk agama Islam. Di kalangan mereka terdapat sebuah golongan yang menganuti agama Islam tempatan yang dipanggil Wetu Telu. Baki penduduk di Pulau Lombok adalah orang Bali, JawaCina dan Arab.

Gunung Berapi Rinjani mempunyai ketinggiannya setinggi 3,726 meter di atas permukaan laut, iaitu gunung ketiga tertinggi di Indonesia.