Terima kasih PPIM dan DPMM yang sudi berkolaborasi dengan Unit UTMAlumni dan MindCare Centre Team untuk bersama-sama mengagihkan bantuan makanan bersempena dengan program Infaq Rezeki.
Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban keluarga. Ada salah seorang penerima baru sahaja kematian suami semalam akibat daripada kemalangan jalan raya. Begitu juga ada 3 orang beradik yang telah kematian ibu bapa akibat kemalangan yang kini dibesarkan oleh nenek mereka.
Besar sungguh dugaan mereka.
Doakan rezeki saya murah untuk bantu mereka-mereka ini.
Boleh tonton video di bawah untuk PROGRAM INFAQ REZEKI kami:
https://www.facebook.com/100000148967371/videos/4736982869649965/