Category Archives: UTM

CICT Teambuilding Hari Kedua

Program pada hari kedua bermula dengan aktiviti indoor pada sebelah pagi & bersambung sehingga petang. Dan aktiviti outdoor dengan senaman ringkas untuk memanaskan badan, passing tepung secara kebelakang & cabaran mengeluarkan bola dari dalam batang paip yang berlubang dengan mengisi air secara manual menggunakan tangan.

Semua aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan & markah akan diambil berdasarkan pencapaian & komitmen setiap para peserta.

CICT Teambuilding Hari Pertama

Program ini dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CIC, UTM Skudai sebagai program tahunan rasmi jabatan. Semua staf CICT Johor Bharu & Kuala Lumpur adalah terlibat.

Program berlangsung selama 3 hari bermula pada 11 Oktober 2019 sehingga 13 Oktober 2019 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram. Majlis pendaftaran bermula pada jam 11 pagi, 11 Oktober tersebut.

Program ice breaking bersama fasilitator-fasilitator bermula pada sebelah petang selepas sesi solat Jumaat selesai.

CICT Training Asas PHP MVC

Latihan ini telah diadakan pada 29 Oktober 2019, bertempat di Bilik Juniper, Aras 2, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai. Latihan bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang dengan jayanya.

Seramai 9 orang peserta telah menyertai latihan ini, yang mana terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Nurul Husna Md. Zaini, pengaturcara & pelajar latihan industri.

Latihan asas ini telah diberikan oleh Encik Mohd Fairus Ahmad yang mempunyai kepakaran dalam pengaturcaraan PHP MVC.

Pelbagai ilmu, software & teknik-teknik serta tutorial berkaitan pengaturcaraan tersebut telah dikongsi oleh beliau kepada para peserta.

UTM Bengkel Asas Fotografi Smartphone

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI SMARTPHONE
 
Tarikh   : 14 Oktober 2019 (Isnin)
Masa    :  08.30 pagi hingga 05.00 petang
Tempat :  UTM TTC, UTM Johor Bahru (sebelum ini dikenali sebagai Pusat Latihan UTM)

 

Bengkel ini telah dijalankan selama sehari & diberikan oleh Encik Hafiz bin Ismail. Beliau sememangnya fotografer UTM & mempunyai pengalaman & kepakaran yang amat luas dalam bidang ini. Beliau telah banyak mengajar & berkongsi ilmu yang beliau miliki kepada para peserta.
Selain itu, aktiviti outdoor & tutorial turut dijalankan bagi membolehkan para peserta mendapat pengalaman yang sebenar dalam mengambil gambar-gambar berkualiti & menjana pendapatan melaluinya.
Walaupun bengkel telah berakhir, namun hubungan semua para peserta & pengajar tetap aktif di laman sosial. Beliau tidak lekang dalam memberi ilmu, pandangan & tips apabila ditanya oleh para peserta yang ingin belajar lebih lagi.

 

CICT Taklimat Persediaan Teambuilding CICT 2019

Majlis taklimat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai pada 10 Oktober 2019 pada jam 8.45 pagi. Taklimat telah diberikan oleh Encik Nik Kamal.

Taklimat ini adalah berkaitan dengan program Teambuilding CICT 2019 yang akan dilaksanakan pada 11 Oktober sehingga 13 Oktober 2019 nanti. Para peserta adalah terdiri daripada semua staf CICT.

CICT Program Kolaborasi ‘Menang-menang’ bersama Malaysia Airlines

Program ini telah dijalankan pada 1 Oktober 2019, pada pukul 2.30 petang, bertempat di Dewan Seminar, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai.

 

Taklimat ini telah disampaikan oleh pegawai yang mewakili pihak Malaysia Airlines. Beliau telah berkongsi tips-tips yang sangat bermanfaat bagi pekerja kakitangan awam seperti UTM dalam pembelian tiket kapal terbang melalui pakej/produk yang diperkenalkan oleh Malaysia Airlines yang mana ramai tidak pernah tahu mengenainya.

 

h

CICT Pentingnya Penampilan di Tempat Kerja, Makeover for Success!

Aktiviti ini dijalankan pada 29 Ogos 2019 bertempat di Bilik Seminar, Aras 4, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai pada jam 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang. Para peserta terdiri daripada staf wanita CICT & tutorial beserta pengkongsian ilmu diberikan oleh Puan Hasriyah binti Othman.

Pelbagai tips & teknik yang betul dikongsi kepada para peserta agar penampilan diri di tempat kerja adalah bersesuaian, selesa & menarik. Aktiviti turut disertakan dengan tutorial & praktikal sebenar bagi membolehkan para peserta mencuba & memahirkan diri agar para peserta boleh mengaplikasikan teknik-teknik tersebut setiap hari.

CICT Bengkel Penyelesaian Cabaran Pendigitalan Institusi Subject Matter Expert

Bengkel ini telah dijalankan pada 28 Ogos 2019 bertempat di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai bermula pada pukul 11 pagi sehingga 5 petang. Bengkel ini dijalankan bersama Kumpulan UTM Unifi.

 

Banyak perkongsian & ilmu berkaitan digital yang merentasi Revolusi Industri 4.0 yang dikongsi oleh pihak TM. Para peserta terdiri daripada staf CICT itu sendiri & aktiviti berkumpulan turut dijalankan.

 

UTM Kuliah Dhuha

Kuliah Dhuha ini dianjurkan oleh Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) yang diadakan pada 22 September 2019 pada pukul 8.30 pagi bertempat di Smart Classroom, Blok D02, Sekolah Kejuruteraan Awam.

Penceramah Kuliah Dhuha tersebut adalah Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Beliau juga merupakan penulis terkenal yang telah menghasilkan banyak karya seperti Travelog Haji, Meniti Masa Berbaki, Bersyukur Saat Diuji, Nota dari Madinah, Beri Dua Minit dan lain-lain.

Beliau banyak berkongsi pengalaman hidup & tips untuk menghadapi cabaran hidup. Setiap nukilan beliau & isteri adalah berdasarkan perjalanan hidup beliau sendiri & beliau menceritakan setiap hikmah apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah swt semata-mata.

 

CICT Technology Update : Logitech/Bintara

Program Technology Update ini telah dianjurkan atas inisiatif Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai bagi menghebahkan teknologi-teknologi IT, software & hardware terkini yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat luar.

Program ini telah diadakan pada 30 September 2019 bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1 petang, bertempat di Bilik Ruckus, Aras 2.

Sesi ini adalah daripada syarikat Logitech/Bintara. Bintara telah membentangkan tentang kelebihan software video conference yang dikenali sebagai Zoom. Banyak perkongsian yang telah diberikan oleh wakil-wakil syarikat berkenaan.

 

CICT Technology Update : Dell

Program Technology Update ini telah dianjurkan atas inisiatif Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai bagi menghebahkan teknologi-teknologi IT, software & hardware terkini yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat luar.

Program ini telah diadakan pada 30 September 2019 bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1 petang, bertempat di Bilik Ruckus, Aras 2.

Sesi ini adalah daripada syarikat Dell. Wakil dari pihak Dell telah berkongsi pelbagai jenis model baru berkaitan dengan notebook/laptop terkini beserta dengan aksesori yang canggih. Banyak perkongsian yang telah diberikan oleh wakil syarikat berkenaan.

 

UTM Mesyuarat Agung BAKES Kali ke 11, 2019

Mesyuarat Agung BAKES telah dianjurkan pada 31 Mac 2019 bertempat di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Skudai pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat kali ini membuat pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi mengendalikan BAKES pada tahun seterusnya.

Majlis berlangsung dengan jayanya & ahli turut diberikan cenderahati kerana turut serta dalam mesyuarat agung kali ini.

UTM Pemasangan Percuma Sticker RFID Touch n’ Go

Pada masa ini, lebih daripada 100 ribu kenderaan telah pun menyertai Pilot Project penggunaan RFID ini. Kini, pilot project RFID telah masuk ke peringkat kedua dengan membuat pemasangan sticker RFID secara percuma untuk tempoh tertentu. Jumlah sticker percuma adalah TERHAD. 
 
LLM memberi peluang kepada warga UTM termasuk penduduk di kawasan sekitar UTM untuk memasang sticker percuma di kenderaan masing-masing pada tarikh-tarikh seperti berikut:
 
Tarikh :  27 dan 28 Mac 2019 (Rabu dan Khamis)
Masa :       9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Laman Menanti, Tasik Ilmu, UTM, Johor Bahru.
PEMASANGAN HANYA UNTUK MEREKA YANG TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA URUSETIA SAHAJA
 
Sila pastikan anda:
a) Memuat turun  aplikasi Touch ‘n Go ewallet di Apple Apps Store dan Google Play Store;
b) Mendaftar maklumat peribadi dan maklumat kenderaan di https://www.touchngo.com.my/html/preregisterrfid.aspx dan https://rfidregister.touchngo.com.my/#/woheader/login  setelah menerima email pengesahan;
c) Akaun Touch ‘n Go e Wallet yang telah didaftarkan HENDAKLAH ditunjukkan di pusat pemasangan;
d) Kenderaan yang dibawa ke pusat pemasangan HENDAKLAH kenderaan yang didaftarkan di RFID Registration Portal;
e) Membawa bersama dokumen berikut  semasa di pusat pemasangan;
f) Kad pengenalan asal dan salinan atau Lesen Memandu (warganegara) atau Passport (bukan warganegara);
g) Salinan Lesen Kenderaan Motor (Grant) atau Insurans Cover Note yang sah dan terkini;
h) Surat ‘Authorisation Letter’ daripada pemilik kenderaan ( sekiranya kenderaan tidak dimiliki oleh pengguna    berdaftar akaun ewallet Touch ‘n Go)

Program : Gotong Royong CICT Sempena Lawatan KSN

Tarikh                          : 31 Januari 2019 (Khamis)

Masa                            : 9.45 pagi hingga selesai

Pembahagian Lokasi   :  1)  Ruang Gallerium dan Ruang Legar Aras 2, CICT

                                            (Staf BPK dan CRM)

                                        2) Ruang Foyer dan Landskap CICT

                                            (Staf ADM, IOM, SMO)

Wacana Ilmu : Pelaksanaan SPK ISO 9001 : 2015

Tajuk               : Pelaksanaan SPK ISO 9001 : 2015
Tarikh              : 30 Januari 2019 (Rabu)

Masa                : 2.30 – 3.30 petang
Tempat            : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, CICT

Penceramah 1 : Puan Siti Faridah binti Shikh A. Rahman

Penceramah 2 : Puan Azniza binti Ali

Program : Show Case Teknologi ICT Terkini

Program diadakan pada 13 Januari 2019 bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat di Galerium CICT.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua warga UTM berkenaan teknologi ICT yang terkini. Penganjuran ini adalah julung kalinya diadakan atas inisiatif pihak CICT sendiri.

Program : Majlis Sambutan Hari Raya CICT

Majlis ini bersempena dengan sambutan perayaan hari raya. Majlis ini juga merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT).

Menariknya, majlis kali ini diadakan pada malam hari bermula pada pukul 7.30 malam & disertai oleh staf & keluarga masing-masing.

Majlis sebegini membolehkan semua staf bersilaturrahim bersama ahli keluarga yang hadir sambil menikmati pelbagai juadah raya yang enak & menarik.

Bertemakan hari raya, maka semua tetamu yang hadir memakai pakaian yang bertemakan hari raya & suasana sangat meriah dengan anak-anak yang turut meraikan bersama.

Program : Team Building CICT 2016

Kali ini mengimbau program Team Building yang pertama kali kita sertai setelah menyertai Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT) iaitu pada tahun 2016 setelah lebih kurang 7 bulan berkhidmat.

Waktu itu, masih lagi di dalam proses menyesuaikan diri & mengenali rakan sekerja serta menyerap suasana baru di Johor Bahru. Program ini adalah hasil kolaborasi & kerjasama dari pihak CICT, Pusat Kaunseling UTM & Eco Tourism UTM.

Program ini dijalankan di Dewan Resak KTDI & Hutan Rekreasi UTM pada 19 Mei 2016. & pada masa itu juga, kita baru beberapa bulan disahkan mengandung anak pertama. Memang teruja pergi tapi aktiviti yang sedikit lasak tak dapatlah kita sertai.

Program : Majlis Bergambar Bersempena Ketibaan Hari Raya CICT

Majlis sambutan hari raya juga menjadi program tahunan yang akan dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT)

Majlis ini bertujuan untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita semua telah berjaya melepasi ujian Bulan Ramadhan yang sangat mencabar.

Program sebegini juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama staf & memberi ruang untuk kita semua berkumpul beramai-ramai & meluangkan masa.

Tahun ini program mengambil gambar bersempena hari raya telah dijalankan lebih awal iaitu sebelum hari raya.

Program : Team Building CICT 2018

Program Team Building merupakan program tahunan yang akan dijalankan oleh pihak pengurusan CICT.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesefahaman, kerjasama, kasih sayang, tanggungjawab & keceriaan staf setelah sekian hari berpenat lelah menjalankan tugas harian.

Program kali ini diadakan pada 28 Oktober 2018 bertempat di Pusat Latihan UTM. Staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh fasilitator.

Pelbagai program diadakan dan tamat pada waktu makan tengah hari & bersambung dengan sesi ceramah pada sebelah petang bertempat di Dewan Seminar, CICT.