Tahun 2016 ini, majlis kecemerlangan dan penghargaan staf UTM atau nama komersialnya – Citra Karisma (CK) berlangsung pada 31 Mei 2016 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Bertema ala² retro tetapi berbaju melayu, majlis CK pada kali ini disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti bersama2 pengurusan Universiti dengan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) hadir mewakili Datuk Naib Canselor.

YBhg Tan Sri Abd Halim pada ucapan beliau menekankan akan peri pentingnya peranan pemimpin dalam menerajui jabatan demi kecemerlangan organisasi. Selain itu, demi memotivasikan staf, insentif dan penghargaan harus diberikan kepada staf agar momentum kecemerlangan mereka terus tinggi.

Walau bagaimanapun, insentif yang diberikan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit dan ucapan terima kasih harus tidak lekang dalam menghargai jasa staf.

Untuk tahun ini seramai 414 orang penerima diberikan penghargaan perkhidmatan cemerlang daripada setiap fakulti dan jabatan. Selain itu, seramai 58 orang penerima daripada penerbitan jounal berindeks diberikan penghargaan pada CK kali ini.

Selain itu, banyak anugerah ditawarkan kepada staf dan jabatan dan anugerah berprestij sempena CK ini adalah Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP) dan Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC). 2 anugerah utama tersebut digondol oleh Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) – AKP, dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) bagi anugerah AINC.

Untuk senarai penuh penerima anugerah dan penemang anugerah2 lain boleh merujuk di sini –

http://registrar.utm.my/citrakarisma2015/

Selain itu, dalam menyerikan majlis CK ini, persembahan nyayian seperti biasa dipamerkan sebagai halwa telinga melalui Unit Kebudayaan UTM. Untuk persembahan istimewa CK tahun ini adalab tarian zapin daripada Bahagian Keselamatan UTM dan juga persembahan puppet daripada UTM KL – buat seronok² katanya.

Puppet Show

Latar belakang persiapan program. 

Aturcara CK 2016 yang dirancang adalah seperti berikut:

aturcara CK

dan alhamdulillah berjalan seperti yang dirancangkan. Jemputan YBhg Tan Sri Abd Halim sebagai tetamu utama juga tidak mengecewakan walaupun pada asalnya tarikh CK dicadang diadakan lebih awal dan tidak sesuai dengan jadual Tan Sri.

Untuk susun atur (layout) dewan juga dikongsikan utk rujukan. Melihat keadaan dewan dengan hadirin seramai 500 orang, walaupun dewan agak padat namun masih dianggap sedang² elok untuk majlis bertaraf universiti ini.

layout CK2016

Penyambut tetamu juga memainkan peranan penting semasa majlis berlangsung untuk menyusun hampir 400 penerima APC selepas hanya 15 minit menjamu selera. Para penerima yang awal juga perlu makan dengan cepat, walaupun sebenarnya boleh je makan lagi selepas terima anugerah. Cuma makanannya saja tak pasti ada lagi atau dah licin.

Untuk pengacara majlis pula, 6 orang pengacara dipertanggungjawabkan menggalas tugas tersebut. 2 pengacara utama bertugas di pentas dengan disokong 4 pengacara yang akan menyebut nama penerima APC.

Cabaran utama team mereka ini adalah memastikan nama yang dipanggil betul dengan orangnya. Atau paling tidak pun dalam keadaan ‘darurat’, jantina dengan  nama yang dipanggil mesti sesuai untuk elak penyampai ‘bermuka pelik’. Itulah kebiasaan strategi mereka ini.

Kerana itu, pelarasan antara penyedia senarai, penyampai hadiah dan pengacara harus sehaluan untuk pastikan majlis kekal lancar tanpa kecacatan. Sedikit kecelaruan kadang kala memakan masa bertahun untuk dikekal diungkit dan pahit untuk ditelan. Itulah hakikat dan cabaran dalam penganjuran majlis berprestij.