Tips Phd 4 – speed reading

again, thanks to my old blogspot http://aisyahimran.blogspot.com/search/label/phd%20tips

Semalam sungguh gigih ku attend  3 hours course on Speed Reading dapat email invitation sebenarnya anjuran Jubilee graduate centre Ku tetap datang walaupun terpaksa berhati-hati mengayuh basikal almaklumler snow masih turun kene kayuh slow-slow takut bedebuk jatuh beskal kang terseliuh takde sapa nak urut lagi parah kene gi sepital aaargh gi klinik pun ku menyampah inikan pula sepital kan

gambar kenangan balik dari school sebelum snow melanda

ok back to the topic 3 jam course ini modulnya daripada Cambridge university tuh sangat berguna pada mereka (aku le tuh)  yang punyela print-out bertimbun-timbun paper almaklumler free printing kan  memang bersungguh nak baca tapi… TAK TERBACA

adakah anda juga seperti ku? atau aku sorang je berperangai sebegitu rupe ahaks

menurut course itu purata org baca news ke buku ke… speed reading nye adalah dalam 250words per minit if anda nak try, bolehje set masa seminit, then kira berapa patah anda dapat baca dalam tempoh itu tetapi utk pembacaan berkaitan akademik, purata speed reading adalah melebihi 400 words per minit frankly speaking,

masa dalam course itu, masa first-first kene kira rate pembacaan ku words per minit (wpm)  rate level ku adalah dalam 260wpm so kira normal speed reader lah ye tetapi tidak cukup untuk rate level utk akademik paper reader lah ye setelah diajar beberapa teknik untuk improve our reading akhirnya dapat jugak aku mencapai rate 400wpm tuh bagus kan!…….

surprising aku boleh sampai ke tahap 600wpm pun tau caranya adalah meggunakan kombinasi (gabungan kesemua cara tau, bukan satu-satu)

1. PUSH – bayangkan anda perlu membaca satu paper itu untuk mencari jalan keluar, kerana anda terperangkap dalam satu balang kaca, dimana ada air dalam balang itu dan paras air nya increase gradually

2. CHUNK –  instead of baca text by text word by word sepatah demi sepatah mcm kanak-kanak baru belajar, apa kata kita baca 2 words sekali, atau 3 words serentak, atau satu baris serentak (sekali imbas) atau satu sentence serentak.

3.  SHARK (jadi jerung) – sambil baca, bayangkan kita adalah jerung. kerana jerung tidak boleh reverse sebenarnya. sebenarnya tips ini adalah untuk mengelakkan kita ulang balik, baca balik apa yang baru kita baca. kerana ulang baca balik sentence yang baru kita baca tadi lah yang menyebabkan kita slow dalam membaca. (dipanggil skipping back or regression).  walaupun kita dah baca, tetiba kita tak paham, tak perlu ulang semula apa yang kita baca. jika sentence itu tidak memberi kesan kepada keseluruhan paper yang kita baca. maknanya adakah perlu kita membaca sentence itu semula kerana jika tidak baca, kita takkan paham apa yang keseluruhan paper itu cerita?k

4. PACER – menggunakan pointer untuk guide mata yang scan text itu bergerak dgn lebih smooth. pencil, pembaris, kertas boleh digunakan sebagai petunjuk. maknenye sambil baca, pointer itu digunakan sebagai penunjuk arah. 

berdasarkan testing yang ku dah cuba semalam, sebelum nih aku hanya dalam rate 250wpm sahaja bile guna pensel sebagai pacer. tetapi semalam try guna kertas sebagai pacer, ku berjaya menjejak sampai 600wpm.

Fuuh…  caranya adalah ku focus pada central of the sentence. Instead of focus dari left to right, aku focus pada centre and besarkan skop mata baca kira kanan.

bayangkan mcm zoom kamera lah ye. kita zoom out besar sikit masa sedang baca itu.

———————————————————

sebenarnya speed reading nih bukan sekali baca aje  contohnya hari isnin pagi pukul 9 kita dah habih baca satu paper then kita perlu ulang balik 24 hours later

ingat ye bukan sejam, dua jam lepas tapi keesokan hari nya  kerana berdasarkan kajian yang dibuat recall 24 hours later akan menyebabkan individu itu dapat ingat dgn percent yang tinggi dalam fasa membaca yang kedua ini lah kita note taking dan juga critically review paper itu.

————————————————————————-

mereka yang dapat menguasai speed reading ini akan dapat membaca dgn lebih banyak buku/paper berbanding dgn mereka yang slow reader. 

Slow reader walaupun sikit-sikit lama-lama jadi bukit akan tetapi menyebabkan artikel yg kita print-out itu byk tak disentuh kerana PENAT dan TAK SEMPAT hehehe anda rasa mcm mane pula?

persoalan adakah dgn speed reading ini kita akan 100 peratus paham apa yang ditulis, akan dibincangkan dalam entry yang lain  (beserta tips untuk promote comprehension masa speed reading) kerana ku rasa penat le pulak nak sambung..

semoga bermanfaat bukan pada baca journal paper shj tetapi pada baca surat khabar, buku motivasi (ahaks), buku sirah nabi ker…