Deprecated: Function add_custom_background is deprecated since version 3.4.0! Use add_theme_support( 'custom-background', $args ) instead. in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6078
Noteworthy Projects | Johari bin Surif

Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Noteworthy Projects

2011

Pemikiran Saintifik Pelajar Abad Ke-21

RM 40,000.00

Abad ke-21 memerlukan sebuah masyarakat yang kreatif dan inovatif bagi membentuk sebuah negara pencipta yang penuh ketamadunan. Ia perlu dilahirkan melalui sebuah sistem pendidikan berteraskan sains yang membina pelajar menguasai pemikiran saintifik secara berkesan (Anderson, 2007). Penguasaan pemikiran saintifik ini akan mendorong pelajar berfikir secara kritis, kreatif, analitikal, menggunakan strategi metakognitif dan refleksi-kendiri dalam membina konsep, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berkesan (Bishop dan Denley, 2007). Oleh itu, usaha meneroka pemikiran saintifik dan model untuk membangunkan pemikiran saintifik amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains khususnya dalam dua dimensi utama iaitu membina konsep sains dan menguasai aktiviti penyiasatan (Fensham, 2007; Tan et al, 2003; Ben-Zvi 2008). Malangnya kewujudan model sedia ada seperti model perubahan konsep dan model inkuiri gagal membangunkan kedua dimensi pemikiran saintifik secara holistik dan bersepadu. Oleh itu kajian yang berusaha meneroka pemikiran saintifik dan melahirkan satu model baru yang berupaya menggabungkan kemampuan pelajar dalam membina konsep sains dengan tepat dan menguasai aktiviti penyiasatan menjadi amat kritikal untuk dilaksanakan (Carlsen, 2007; Bishop dan Denley, 2007; Barke et al, 2009). Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemikiran saintifik pelajar khususnya dalam membina konsep sains dan menguasai aktiviti penyiasatan dalam usaha melahirkan sebuah Model Pembangunan Pemikiran Saintifik yang turut akan diuji keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian dilaksanakan bagi mengkaji proses pembinaan konsep sains dan proses aktiviti penyiasatan yang menjadi komponen utama pemikiran saintifik pelajar di samping mengkaji strategi metakognitif dan skema pemikiran yang digunakan pelajar untuk menguasai pemikiran saintifik tersebut. Dapatan ini akan digunakan untuk membina model yang kemudiannya diuji keberkesanannya dalam perlaksanaan dalam proses pengajaran secara praktikal. Kajian ini dilaksanakan secara bersistematik yang melibatkan dua fasa kajian. Fasa I dilaksanakan menggunakan kaedah deskriptif menggunakan instrumen Ujian Penguasaan Pemikiran Saintifik yang ditadbirkan kepada 400 pelajar merentas usia. Ia diikuti dengan proses temubual terhadap 30 orang responden bagi mengkaji skema pemikiran dalam menguasai pemikiran saintifik. Data yang diperolehi dianalisis dan ditriangulasikan untuk membina Model Pembangunan Pemikiran Saintifik. Dalam Fasa II, model yang telah dibina diuji keberkesanannya menggunakan kaedah eksperimental di kalangan 40 pelajar kumpulan eksperimen dan 40 pelajar kumpulan kawalan. Data dikumpulkan melalui ujian, temubual dan pemerhatian dan dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan dan statistik inferential. Kajian ini dijangka dapat (1) mengenalpasti proses pembinaan konsep dan proses aktiviti penyiasatan pelajar dalam pemikiran saintifik, (2) mengenalpasti skema pemikiran dan strategi metakognitif yang digunakan pelajar bagi menguasai pemikiran saintifik, (3) menghasilkan Model Pembangunan Pemikiran Saintifik, dan (4) menguji keberkesanan model tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.

 

2012

Kemahiran Visualisasi Dalam Pendidikan Kimia: Kajian Eksploratori Terhadap Permasalahan, Pembangunan Model, dan Strategi Perlaksanaan

RM 50,000.00

Kimia merupakan salah satu disiplin utama dalam sains yang menitikberatkan penguasaan pada aras mikroskopik melibatkan dunia zarah yang sangat seni dan abstrak.  Sifat keatoman dan tindak balas kimia merupakan teras mata pelajaran kimia yang melibatkan sifat-sifat zarah dan hubungan serta interaksi antara zarah yang perlu difahami pelajar bagi menguasai keseluruhan isi kandungan kimia dengan berkesan.  Penguasaan pada aras mikroskopik ini akan membantu pelajar menerangkan pelbagai objek dan fenomena yang wujud di persekitaran mereka.  Ia juga menjadi titik tolak memahami kejadian dan rahsia alam untuk membolehkan manusia beradaptasi dan membangunkan diri, masyarakat dan alam sekitarnya untuk mewujudkan ketamadunan manusia yang harmonis dan seimbang (Johnstone,1993; Hinton & Nakhleh, 1999).

Malangnya aras mikroskopik telah diakui merupakan konsep yang abstrak dan amat sukar untuk difahami oleh pelajar.  Mustahil seorang pelajar dapat melihat neutron, proton, elektron, gelombang alfa dan beta serta tindak balas yang berlaku antara ion-ion positif dan negatif dalam menghasilkan sesuatu tindak balas baru dengan menggunakan panca indera yang dianugerahkan Allah semata-mata.  Ia memerlukan usaha mengimaginasi dan mencipta imej-imej dalam pemikiran (minda) melalui rangsangan dan proses kognitif yang kompleks.  Kegagalan berfikiran sedemikian akan menyebabkan pelajar gagal untuk menguasai aras mikrokskopik ini sekaligus gagal menguasai kimia dan sains (Kosma, 2003; Kosma et al, 2000; Johari, 2007; 2008; 2009; 2010).

Ia menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengkaji pendidikan untuk mengenalpasti apakah kemahiran yang perlu dimiliki untuk menguasai aras mikroskopik ini?  Pelbagai andaian (postulat) dibina seperti kemahiran mengimaginasi, penaakulan, kreativiti, kedinamikan pemikiran dan kemampuan visualisasi merupakan antara kemahiran yang perlu dimiliki (Adey et al 2002; Adey & Shayer, 1994).  Namun jawapan yang pasti dan usaha untuk meneroka elemen-elemen tersebut amat kurang dilakukan sama ada di dalam mahupun di luar negara.  Justeru, usaha membangunkan kemahiran ini perlu menjadi fokus kepada seluruh pendidik untuk membantu pelajar menguasai aras mikroskopik. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian perlu dilaksanakan untuk:

  1. Mengkaji kemahiran visualisasi pelajar untuk mempelajari konsep kimia pada aras mikroskopik.
  2. Membangunkan model kemahiran visualisasi dalam pendidikan kimia.
  3. Mengkaji keberkesanan model kemahiran visualisasi dalam pendidikan kimia.

Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif.  Ujian yang dibina menggunakan perisian komputer animasi 2D dan 3D digunakan untuk mengkaji kemahiran visualisasi pelajar.  Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo dan SPSS. Dapatan digunakan untuk membangunkan model kemahiran visualisasi yang diuji keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan kajian ini dapat mengemukakan (1) instrumen mengkaji kemahiran visualisasi, (2) tahap sebenar kemahiran visualisasi pelajar dan (3) model yang berkesan untuk membangunkan kemahiran visualisasi dalam membantu pelajar mengatasi kesukaran yang wujud dalam menguasai aras mikroskopik ini.  Ia juga mencadangkan penambahbaikan yang dapat dilakukan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan kurikulum dan pentaksiran berteraskan kreativiti.  Dapatan ini pastinya membuka lembaran baru dalam dunia pendidikan kimia ke arah mewujudkan masyarakat kreatif dan inovatif.

 

2013

UTM SPACES: Pembangunan UTM SPACES Bagi Menyokong Keberkesanan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

RM 32,000.00

Fasa 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2011-2015: Peningkatan dan Pemerkasaan) memberi penekanan khas kepada aspek pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang digariskan dalam salah satu daripada 7 teras yang dikemukakan.  Melalui dasar ini, Kementerian Pengajian Tinggi telah mewujudkan Projek Agenda Kritikal (Critical Agenda Project-CAP) yang menyasarkan 100 peratus pensyarah akan melaksanakan pengajaran yang berpusatkan pelajar.  Bertitik  tolak daripada gagasan tersebut UTM telah menggariskan Akademia Baru Inovasi Pembelajaran (Zaini, Rose Alinda dan Baharuddin, 2013) yang memberikan perincian strategi pengajaran berpusatkan pelajar seperti Pengajaran Kajian Kes Harvard Business School, Pembelajaran Berasaskan Senario, Pembelajaran Berbantu Rakan dan Pembelajaran Khidmat Komuniti.

Strategi Pengajaran Berpusatkan Pelajar yang keluar daripada kepompong pengajaran tradisional yang bersifat syarahan dan interaksi sehala daripada pensyarah kepada pelajar mempunyai peranan utama untuk menggalakkan pelajar aktif dan bermakna.  Kajian terdahulu mendapati pengajaran berpusatkan pelajar berupaya meningkatkan kefahaman, memberi makna, meningkatkan tanggungjawab, membangunkan kemahiran insaniah, meningkatkan motivasi dan kepuasan pembelajaran serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membina (Joint Information Systems Committee, 2012).  Strategi ini akan dapat dilaksanakan dengan berkesan jika turut disokong oleh ruang pembelajaran yang menggalakkan pengajaran berpusatkan pelajar.

 

Kerangka Pemikiran Saintifik Berpaksikan Penyepaduan Domain Afektif, Kognitif dan Psikomotor Bagi Membangunkan pelajar Beradab Mithali

RM 52,200.00

Membangunkan generasi beradab mithali telah menjadi matlamat utama pendidikan negara yang telah dimaktubkan sebagai tahap tertinggi (band 6) dalam Kurikulum Standard Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beradab mithali merangkumi kemampuan menguasai domain kognitif, psikomotor dan afektif.  Domain afektif melibatkan aspek keluhuran dan nilai murni yang perlu diterapkan dalam kesemua komponen mata pelajaran khususnya sains yang melatih pelajar menguasai literasi saintifik dan teknologi.  Walau bagaimanapun, ketiadaan model pemikiran saintifik yang menjadi teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains berpaksikan domain afektif (nilai dan keluhuran) menyebabkan pembangunan generasi beradab mithali amat sukar untuk dibangunkan.  Lebih menyukarkan apabila domain afektif seringkali disisihkan sehingga matlamat melahirkan generasi beradab mithali terhalang.  Justeru kajian ini berusaha untuk membangunkan model pemikiran saintifik yang menerapkan domain afektif, kognitif dan psikomotor secara holistik (menyeluruh).  Kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan penekanan terhadap pembangunan model pemikiran saintifik yang menerapkan domain afektif.  Ia melibatkan rekabentuk grounded theory bagi membangunkan model daripada data sebenar yang dicerap di lapangan.  Melalui kajian ini, sebuah model pemikiran saintifik yang menyatukan domain kognitif, psikomotor dan afektif akan dibangunkan.

 

2014

Designing 21st Century Learning Spaces

RM 20,000.00

Effective learning is strongly influenced by the environment. Thus, a learning space should be able to motivate learners and promote learning as an activity, support collaborative as well as formal practice, provide a personalised and inclusive environment, and be flexible in the face of changing needs. In this modern age, learning spaces also must be equipped with technology to support resourcefulness and collaborative environment.  Hence, the process of designing a learning space is a critical step to ensure the learning space is able to achieve the desired goals.

The main thrust of this design is having the knowledge and understanding of student’s learning process. Through this understanding, the process of designing learning spaces can be adapted to psychological, sociological, habits and behavior of students in line with their needs and comfort. It becomes more critical as students in the 21st century has exposure to the increasingly complex environment such as the existence of ICT, clash of heterogenous cultures, the influence of media and globalization and continuous pressure to become citizens of a developed nation.

Unfortunately, until now there is a lack of research on efforts to design learning spaces based on students’ learning process. At present, the concentration is on the design of classrooms only. In fact, a student’s learning process does not just occur around the four walls of classrooms only but it can also exist around other aspects of a student’s life.

These emphasize the need to conduct a thorough study on the process of designing learning spaces which encompasses the whole aspects of a student’s life. The study should include the process of thinking, socialization, communication, use of ICT, the role of cultural and psychological needs of students. Thus, the process of designing learning spaces is also becoming increasingly complex to be carried out.

 

2015

Pembangunan Insan dan Pengurusan Trauma Mangsa Banjir di Pusat Pemindahan

RM 58,680.00

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdedah kepada tiupan angin monsun serta menerima jumlah hujan tahunan yang tinggi menyebabkan sering dilanda banjir. Bencana alam ini seringkali menimbulkan kemusnahan harta benda, kerugian, kemusnahan haiwan ternakan dan pertaniah serta boleh mengorbankan nyawa. Bagi mengelakkan kematian, mangsa banjir akan dipindahkan ke kawasan penempatan sementara atau pusat pemindahan banjir. Di pusat pemindahan ini, mangsa dapat menyelamatkan diri daripada bencana banjir dan pelbagai bantuan dapat dihulurkan dengan lebih mudah. Lazimnya sekolah, balai raya, dewan serba guna, surau dan masjid dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh berada di pusat pemindahan, pelbagai masalah lazim berlaku. Antaranya termasuklah trauma, stress, konflik, pembaziran masa, isu kebersihan dan sanitasi, keciciran pembelajaran, pergaulan bebas dan penjagaan aurat. Keadaan ini mendatangkan kesulitan dan kesukaran kepada mangsa banjir dan mendatangkan masalah pasca banjir. Justeru ia memerlukan pengisian yang tersusun bagi membantu mangsa banjir menghadapi musibah ini. Pengisian ini perlu dirangka dalam sebuah modul pengurusan trauma dan stress dari aspek psikologi dan kaunseling, pengisian motivasi dan pendidikan, pengisian kerohanian dan syariat. Walau bagaimanapun sehingga kini, modul sebegini masih belum dibangunkan lagi.  Justeru, penyelidikan ini akan berusaha untuk (1) mengenalpasti permasalahan yang wujud di pusat pemindahan banjir dari aspek psikologi, pendidikan dan kerohanian. (2) membangunkan modul pembangunan insan dan pengurusan trauma sepanjang mangsa banjir berada di pusat pemindahan. (3) mewujudkan kerangka pengaplikasian modul di pusat pemindahan banjir.  Bagi tujuan tersebut, penyelidikan akan dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Instrumen soal selidik dan set temubual akan dibangunkan untuk mengkaji permasalahan yang wujud dalam kalangan mangsa banjir. Respoden terdiri daripada mangsa banjir yang dipilih secara bertujuan. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS dan teknik analisis kandungan. Dapatan yang diperolehi ditriangulasikan dan modul akan dibangunkan.

Satu modul pembangunan insan dan pengurusan trauma yang komprehensif akan dihasilkan serta strategi mengaplikasikannya di pusat pemindahan banjir dijangka akan dapat dihasilkan.

 

2016

Scenario Based Learning: Strategi dan Perlaksanaan dalam Membangunkan Kemahiran Abad Ke-21

RM 10,000.00

Abad ke 21 yang berteraskan pasaran terbuka dan ledakan maklumat memerlukan Negara perlu bersaing di peringkat global yang diasaskan oleh masyarakat saintifik, kreatif dan inovastif.  Persiapan ke arah Negara maju ini menyebabkan pendidikan menerima tanggungjawab yang berat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran abad ke 21 seperti berliterasi era digital, pemikiran inventif, berkomunikasi berkesan dan mampu meningkatkan produktiviti.  Pelajar yang mempunyai kemahiran ini, mampu dilahirkan dengan menggunakan strategi pengajaran berkesan seperti scenario based learning.  Scenario based learning yang berpusatkan pelajar mampu mencetuskan pelajar yang berfikir secara kritis dan kreatif, bekerja dalam pasukan dan berkolaborasi dengan pelbagai bahan yang menyokong kemahiran abad ke 21.  Malangnya, banyak kajian menunjukkan kebanyakan pensyarah sukar untuk mengaplikasikan kaedah ini akibat kekangan beban tugas, ketiadaan scenario yang boleh digunakan, atau jika ada scenario yang boleh digunakan daripada literature pula lazimnya ia berteraskan budaya barat yang sukar untuk diadaptasikan dalam konteks Negara.  Justeru, kajian terhadap permasalahan sebenar pensyarah sukar mengaplikasikan scenario perlu dilakukan.  Scenario-scenario yang berkesan juga perlu dibangunkan dan disokong dengan data secara empirical.  Bagi mencapai tujuan ini, kajian secara kualitatif perlu dilakukan melibatkan proses temubual dan pemerhatian.  Pembangunan scenario dan pengujian keberkesanannya pasti akan dapat mengatasi permasalahan yang wujud sekaligus melahirkan pelajar yang berkemahiran abad ke 21 yang amat diharapkan.

 

2018

Data Driven Curriculum Innovation in STEM

RM 36,000.00

The curriculum 4.0 based on data driven and learning analytics developed to fulfil the needs of future nations. It is also developed based on the student’s knowledge, skills and attitudes.  The results of the study on the aspects of student learning, thinking strategies and the problem solving skill will be able to determine the appropriate content, teaching strategies and effective assessments. Through 4.0 curriculum it will be able to produce generations who can properly develop concepts, solve problems and make effective decisions in this challenging era of industrial revolution 4.0.

 

Pemerkasaaan Keprofesionalan Guru STEM Menerusi Kaedah Pengajaran Abad Ke 21: Inkuiri Berintegrasikan Visual

RM 20,000.00

Pembelajaran abad ke-21 merupakan usaha memartabatkan proses pembelajaran yang berteraskan strategi pengajaran aktif dan berpusatkan pelajar.  Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat dipertingkatkan kefahaman dan kemahiran yang bertunjangkan keperluan masyarakat dalam menghadapi cabaran keperluan masa depan khususnya kemahiran berteraskan literasi saintifik, kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.  Ia menjadi bertambah kritikal terhadap disiplin yang berteraskan STEM.  STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) merupakan pengintegrasian disiplin ilmu yang amat berkait rapat dalam kehidupan seringkali memerlukan minat, tumpuan, usaha dan kegigihan pelajar.  Justeru pembelajaran abad ke-21 menjadi teras dalam memperkasakan kecemerlangan pelajar dalam STEM ini.  Penyelidikan ini memberikan tumpuan terhadap meningkatkan kecemerlangan guru dalam menguasai pendekatan inkuiri yang berteraskan visual.  Hal ini amat berkait rapat dengan kajian literatur yang menunjukkan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran saintifik dan manipulatif yang menjadi tunjang dalam menguasai STEM (Zainudin, 2015), strategi pengajaran guru yang bersifat tradisi (Barnea et al. 2010) serta kelemahan dalam mengintegrasikan disiplin STEM secara holistik (Dkeidek et al. 2012).  Sehubungan itu, kajian ini akan membina modul STEM inkuiri dengan sokongan visual yang seterusnya dilatih kepada guru STEM bagi dilaksanakan di sekolah.  Kajian akan dilaksanakan di beberapa buah sekolah di negeri Johor dengan sasaran 100 orang guru untuk dilatih secara intensif.  Sebelum itu, kajian secara sistematik melibatkan analisis keperluan guru dan pelajar dilaksanakan (200 orang pelajar dan 30 orang guru) bagi mengenalpasti kelemahan pelajar, keperluan guru dan strategi pengajaran terbaik untuk diterapkan dalam modul inkuiri yang dibina. Teknik persampelan yang tepat dan analisis secara kuantitatif dan kualitatif dilaksanakan serta mengambilkira kesahan dan kebolehpercayaan bagi memastikan data yang diperolehi adalah tepat dan absah.  Seterusnya, modul dibina dan latihan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor bagi memastikan latihan dapat dilaksanakan dengan berkesan.  Akhirnya kajian keberkesanan dilaksanakan bagi memastikan latihan yang dilaksanakan dapat memberi manfaat yang diharapkan.  Melalui kajian ini, diharapkan keprofesionalan guru STEM akan berjaya ditingkatkan seterusnya membantu pelajar meningkatkan kemahiran abad ke-21 mereka.