Cogan kata keramat UTM – Kerana Tuhan Untuk Manusia

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai jati diri yang diungkapkan melalui cogan kata “Kerana Tuhan Untuk Manusia”. Sebelum ini, cogan kata asalnya adalah “Untuk Tuhan dan Manusia” yang diinspirasi oleh Naib Canselor pertama UTM, Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid pada tahun 1978.

Lambang UTM ini terdiri daripada dua bentuk asas berwarna emas iaitu sebuah buku terbuka dibahagian atas yang melambangkan kitab suci al-Quran iaitu sumber ilmu pengetahuan. Bulatan emas pula, melambangkan alam yang mulia yang diamanahkan oleh Pencipta-Nya kepada manusia.

Di dalam bulatan ini terdapat bentuk bulan sabit yang melambangkan keislaman dan bentuk kelalang berwarna merah pulasan pula melambangkan Sains yang menjadi asas teknologi. Semua ini dilingkungi oleh bulatan nama dan cogan kata Universiti.

Sumber: FB page UTM

Speak Your Mind

*