SMS Parkir di Negeri Johor Dibangunkan Penyelidik UTM

Sistem Parkir SMS di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Sistem SMS Parkir MBJB

Sistem SMS Parkir MPJBT Skudai, Johor bahru

Teknologi berubah maju dengan pantas, begitu juga dengan sesuatu sistem. Apa yang saya nak cerita dan kongsi disini hari ni mengenai “Sistem SMSParkir” yang dibangunkan oleh para penyelidik UTM, Johor bahru. Dengan wujudnya inovasi SMS Parkir ini akan memberi manfaat kepada kalangan penduduk di negeri Johor (Portal Kerajaan Negeri Johor).

SMS Parking System mobile apps iaitu sebuah sistem pembayaran dan penguatkuasaan pintar berasaskan teknologi terkini, hasil ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sistem ini diwujudkan untuk mengganti dan menambahbaik sistem pembayaran kupon parkir majlis daerah yang sedia ada secara berperingkat.

Timbalan pengarah Pusat Inovasi dan Komersial UTM, Prof Dr Sevia M Idrus berkata sistem itu dibangunkan hampir enam tahun sebagai usaha meningkatkan keberkesanan operasi tempat letak kereta.

“Sistem ini membolehkan orang awam membayar parkir menggunakan Sistem Khidmat Ringkas (SMS) atau menggunakan aplikasi mudah alih bagi mengelakkan kesukaran pembayaran seperti menggunakan kupon,” kata beliau kepada pemberita di UTM, di sini semalam.

Teknologi itu kemudiannya dilesenkan kepada sebuah syarikat komunikasi dan teknologi Zen Trillion Sdn Bhd, rakan kongsi UTM untuk tujuan pengkormersilan.

Prof. Sevia, yang juga ketua projek itu, berkata buat permulaan, sistem parkir baharu ini akan dilaksanakan di kawasan di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (MPJBT) bermula 1 April ini melibatkan 30,000 tempat letak kereta.

“Pengguna hanya perlu menghantar maklumat sms nombor pendaftaran kenderaan, lot parkir dan tempoh parkir menggunakan kod pendek lima digit.

“Setiap penghantaran akan disahkan oleh pelayan SMS Parkir sebelum kredit telefon pengguna ditolak berdasarkan caj pakir yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, SMS peringatan akan dihantar beberapa minit sebelum tempoh parkir tamat dan pengguna juga tidak perlu membuat pendaftaran awal untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Bayaran tempat letak kereta melalui telefon ditawarkan kepada pelanggan syarikat telekomunikasi (Celcom) di peringkat permulaan tidak lama lagi.

Katanya, kemudahan ini turut dapat diperolehi pengguna yang membayar menggunakan kemudahan aplikasi mudah alih yang boleh dimuaturun secara percuma oleh pengguna telefon pintar atau tablet dan lain-lain aplikasi telefon pintar.

“Bagi pihak MPJBT pula, sistem ini dijangka meningkatkan kecekapan penguatkuasaan saman dan kompaun parkir di mana mereka dapat memantau dengan lebih mudah menggunakan sistem ini melalui telefon pintar,” kata Prof Sevia.

Nota: Anda boleh download sistem SMSParkir ini di Google Play Store dan seterusnya ikut langkah-langkah ketika mendaftar dan cara penggunaannya.

Download sekarang SMSParkir Apps di Google Play Store

Contoh penggunaan SMS Parkir :

Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti umum, bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Kadar Bayaran:
½ jam = RM0.40
1 jam = RM0.60

Penggunaan SMS:
1- Pengguna menghantar SMS:
Kod Negeri (J) & Tempoh (30minit, 1-10 jam)<jarak> No. Plat Kenderaan <jarak> No. Petak Parkir dan hantar ke 2028
2- Contoh: J30 JHR3700 5AAA1

Penggunaan Aplikasi Mudah Alih:
1- Aplikasi boleh didapati di Appstore atau Playstore dengan carian “SMSParkir”
2- Pembayaran boleh dilakukan samada melalui caj kredit telefon atau e-wallet dengan melengkapkan maklumat No. Kenderaan, No. Petak Parkir, tempoh masa serta rangkaian telekomunikasi di aplikasi mudah alih tersebut.

Penggunaan Kupon:
1- Mempamerkan kupon parkir yang diperolehi di Ibu Pejabat, Cawangan serta kaunter bergerak MPJBT.
2- Kupon juga boleh didapati Melalui anggota penguatkuasa parkir dan agen jualan yang akan dikemaskini di papan tanda zon berkupon, laman web, media cetak dan elektronik.

Pas Bulanan:
1- Kadar bayaran adalah RM100 bagi tempoh sebulan.
2- Hanya boleh digunakan di dalam kawasan MPJBT.

Aduan dan pertanyaan:
Zen Trillion Sdn Bhd,
401-403 Industrial Building Centre, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Johor Bahru, Johor.
Tel: 019-720 0241

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *