Facebook Buka Pejabat Cawangan di Malaysia

Facebook Malaysia

Facebook Buka Cawangan Baru di Kuala Lumpur, Malaysia
Pembukaan pejabat Facebook di Kuala Lumpur menjadi isyarat kuat kerana Facebook melihat pengguna di Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau ini.

Justeru itu, firma laman sosial gergasi itu terus memperkukuhkan kehadirannya di rantau Asia Tenggara apabila mengumumkan pembukaan pejabat cawangannya di Malaysia.

Naib Presiden FB Asia Pasifik, Dan Neary, berkata pejabatnya di pusat perniagaan utama di KL Sentral, di sini sebagai langkah memperkemaskan lagi jalinan hubungan antara pengguna rangkaian laman sosial itu di Malaysia.

“Menurutnya, pembukaan pejabat berkenaan yang diketuai Nicole Tan menandakan usaha FB membantu syarikat di Malaysia memperkukuhkan perniagaan menggunakan platform media sosial”.

Dalam taklimatnya kepada media tempatan pagi tadi berkata, Malaysia kini merekodkan 18 juta pengguna FB dengan sekurang-kurangnya 13 juta aktif pada setiap setiap hari.
“Jumlah itu juga menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi di Asia Tenggara. Pengguna FB di Malaysia mengatasi Thailand, Filipina dan Indonesia,” katanya.

“Asia Tenggara adalah rantau paling pantas berkembang bagi Facebook dengan Malaysia negara yang mempunyai kadar penembusan mobile iaitu 144 peratus, ia terarah kepada pertumbuhan”. Facebook dilihat mempunyai momentum yang kukuh dengan lebih 18 juta pengguna Facebook dan 6.5 juta pengguna Instagram.

“Setiap bulan, lebih 241 juta orang menggunakan Facebook di serata Asia Tenggara dengan 94 peratus daripada mereka melayarinya menerusi telefon (mobile) manakala secara global, 1.65 bilion ketika ini menggunakan Facebook,” katanya. Turut hadir pada taklimat khas media itu ialah Pengarah Urusan Facebook Rantau Asia Tenggara, Kenneth Bishop.

Sebelum di Malaysia, negara terbaharu kehadiran FB di rantau Asia Tenggara ialah di Manila, Filipina yang dibuka pada 20 April lalu. Nicole sebelum ini adalah Pengarah Urusan di J.Walter Thompson (JWT) Malaysia, sebuah syarikat pengiklanan dengan mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri barangan pengguna laris (FMGC), teknologi dan sektor automotif.