Daily Archives: September 28, 2017

Elaun Perumahan Wilayah (EPW) dan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Isu berkaitan dengan Perbezaan Elaun Perumahan Wilayah (EPW) dan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta (Wilayah Persekutuan Labuan). Maklumat lanjut berkaitan Elaun Perumahan Wilayah (EPW) sila semak di Portal >>> JPA dan maklumat berkaitan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) di portal >>> Perak.anm.gov.my

Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai yang bertukar wilayah dan takrifan berasal?
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001, pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau pegawai yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak.

PADA dasarnya saya amat bersetuju dan berterima kasih dengan kenyataan dan keprihatinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkaitan perbezaan kadar Elaun Perumahan Wilayah yang disiarkan oleh sebuah akhbar, beberapa hari yang lalu.

Penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung berasa terabai dari segi pengagihan elaun.

Pemberian semula Elaun Sara Hidup (Cola) yang kemudian kadarnya digandakan 100 peratus pada tahun lalu tidak dapat kami nikmati dengan alasan kami sudah menerima Elaun Insentif Wilayah atau Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Alasan ini masih boleh diterima, tetapi bagaimana pula dengan bayaran Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang juga sudah beberapa kali dinaikkan kadarnya?

Untuk pengetahuan semua, bagi kakitangan yang bertukar wilayah (Sabah atau Sarawak bertukar ke Semenanjung atau sebaliknya), Elaun Perumahan Wilayah (EPW) diberi bagi menggantikan ITP.

“Apa yang menghairankan mengapa kadar EPW yang diterima kakitangan kerajaan Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung begitu kecil berbanding kadar yang diterima oleh kakitangan berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah atau Sarawak?”.

Sebagai contoh penerima EPW di beberapa daerah di Sabah memperoleh minimum RM630 sebulan sedangkan penerima EPW di sesetengah daerah di Semenanjung hanya memperoleh serendah RM230 sebulan.

Jumlah ini amat jauh berbeza sedangkan kalau dilihat dari segi realiti kos sara hidup termasuk sewa rumah di Semenanjung ini lebih tinggi dari Sabah dan Sarawak. Apakah rasional perbezaan kadar sebesar itu?

Kalau perbezaan kadarnya adalah kecil mungkin tidak menjadi persoalan, tetapi dengan perbezaan kadar sebesar RM460 sebulan, adalah sesuatu yang tidak adil bagi kami kakitangan awam Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung.

Dengan pertimbangan kerajaan untuk menaikkan lagi kadar ITP, kami juga ingin memohon pertimbangan pihak kerajaan untuk mengkaji semula dan menaikkan kadar EPW di sesetengah daerah di Semenanjung yang kini sudah tidak lagi relevan kadarnya.

Janganlah ketika ada kakitangan kerajaan bergembira dengan kadar elaun yang semakin meningkat, ada pula segelintir kakitangan awam tidak dapat sebarang apa-apa kenaikan dan semakan sesuatu elaun dan mereka berasa terpinggir dan dianaktirikan.

Kami penjawat awam yang merupakan anak perantau dari Pulau Borneo yang terpinggir….

Maklumat lanjut: Jabatan Perkhidmatan Awam, sila klik->>> (PDF File)