Cara mengisi senarai tugas di LNPT atau Sasaran Kerja Tahunan SKT UTM 2018?
Apa yang perlu anda ketahui sebelum mengisi maklumat senarai KAI (PYD) dalam sistem eLNPT baru sepusat ini, sebab selepas anda login masuk dashboard, semua maklumat berkaitan staf tersebut akan terpapar dan anda boleh menyemak dengan klik pada butang yang telah disediakan. Mengenai pengisian senarai tugas oleh Pegawai yang Dinilai (PYD) sama juga seperti maklumat markah tahun semasa Staf UTM berkenaan pada tahun lepas, cuma sistem sahaja yang telah diperbaharui (upgrade). Oh ye… sebelum anda dapat mengisi (Login) eLNPT tersebut, anda perlu terlebih dahulu mengisi Sistem CIS, kerana itu adalah “Pra Syarat Wajib” untuk membolehkan Staf UTM untuk mengisi eLNPT tersebut.