Permohonan UTMSMART Untuk Kehadiran Kelas

UTMSMART ini buat julung kalinya telah diuji kepada semua Staf dan Pensyarah di UTM untuk memudahkan mereka slide kehadiran untuk mendapatkan mata CPD dalam UTMSmile ketika mereka menghadiri sesuatu program yang dianjurkan oleh mana-mana PTJ di dalam UTM. Pada ketika ini, penggunaan aplikasi ini telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang merumitkan. Oleh yang demikian sebagai salah satu inisiatif Lifestyle Digital UTM, aplikasi UTMSmart ini juga diperluaskan penggunaannya kepada semua Pelajar UTM. App ini kini boleh digunakan untuk merakam kehadiran kelas.

***Sila muat turun dan pasang aplikasi UTMSmart pada telefon pintar anda di Google Play Store atau Apple App Store.

Aplikasi ini kini tersedia untuk Android (Versi 4.4 atau lebih baru) dan iOS (versi 1.0.4 atau lebih baru).

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menggunakan UTMSmart untuk pelajar mengimbas kehadiran mereka ke kelas dan untuk pensyarah untuk merakam kehadiran pelajar.

***Sila tonton dan rujuk Tutorial dalamĀ  Youtube dengan memilih Pelajar atau Pensyarah untuk memainkan video mengenai cara menggunakan aplikasi ini.

Mari menyokong UTM Digital Lifestyles dengan menggunakan aplikasi ini.
Sila hubungi talian yang diberikan dibawah, jika anda memerlukan bantuan lanjut.

Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Universiti Teknologi Malaysia.
Anda boleh membuat aduan sila klik link: http://aduan.cict.utm.my | E-mel: aduit@utm.my | No Telefon: 07-5532136 / 31976/31977 / 019-7786131.