+60127499069 mshamsuly@utm.my

Hi , aku ada beli dan pakai Xvive GA4 . Secara amnya , bende ni bagus untuk training dengan harga yang murah . Portable , charging pakai usb type C pastu yang lebih best , PLUG AND PLAY. Lain aksesori yang diperlukan adalah earphone ataupun headphone. Kebolehan bende alah ni boleh disambung daripada phone ataupun peranti lain melalui sambungan AUX.

Dari segi SOUND , ia mempunyai 3 kawalan . GAIN , TONE dan VOLUME . Gain agak warmy ..sedap juga dan sangat sesuai untuk praktis gitar tanpa menganggu orang lain. Ia direkabentuk untuk sesiapa yang suka main powercord. Untuk low gain , mcm bunyinya tak best sangat . Tapi mende RM30 hengget apalah nak dikisahkan.