+60127499069 mshamsuly@utm.my

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PENYELENGGARAAN SISTEM CCTV SEKOLAH KOMPUTERAN, FAKULTI KEJURUTERAAN, UTM.

Kertas Kerja Bil: ……………………………………

 

Kelulusan
Makluman

 

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PENYELENGGARAAN SISTEM CCTV SEKOLAH KOMPUTERAN, FAKULTI KEJURUTERAAN, UTM.

 

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh: Diperakukan Oleh:
Tandatangan
Nama Mohamad Shamsul Fitri B. Hj. Sulaiman
Jawatan Penolong Jurutera
Tarikh 10 Oktober 2018

 

Kertas Kerja Untuk Pertimbangan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah

 

Permohonan Bajet untuk penyelenggaraan sistem CCTV bangunan N28A, Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM

 

 

  • Pendahuluan

 

 

    1. Tujuan kertas kerja ini untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah bagi memohon bajet untuk penyelenggaraan sistem CCTV bangunan N28A, Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM

 

 

  • Latar Belakang

 

 

    1. Sekolah Komputeran mempunyai 3 sistem cctv (lampiran a) merangkumi 59 unit kamera CCTV yang diletakkan di lokasi strategi sekitar bangunan dan makmal di bangunan N28 , bangunan N28a dan palang pintu masuk ke Sekolah Komputeran.

 

    1. Sistem CCTV yang berfungsi dengan baik menjadi salah satu kriteria permarkahan bagi Audit Penarafan Risiko Keselamatan, Sekolah Komputeran yang dilaksanakan oleh Pendaftar Utm setiap tahun.

 

    1. Sistem CCTV ini diletakkan secara berpusat di bilik kawalan CCTV, pejabat akademi N28a dimana hanya pegawai yang dilantik mempunyai akses ke bilik berkenaan.

 

    1. Kesemua sistem ini memerlukan penyelenggaraan kerana ia telah diletakkan dibawah kendalian Sekolah Komputeran.

 

    1. Fasa 1 penyelenggaraan bernilai RM 1894.00 melibatkan penyelenggaraan untuk 23 unit kamera CCTV dan penggantian 6 unit kamera yang telah rosak telah dilaksana pada tahun 2017 menggunakan Vot amanah Fakulti Komputeran.

 

    1. Fasa 2 penyelenggaraan melibatkan penyelenggaraan 36 unit kamera CCTV yang terletak di bangunan serta makmal N28a.

 

 

  • Penyelenggaraan sistem CCTV

 

 

    1. Penyelenggaraan sistem fasa 2 CCTV melibatkan kerja – kerja seperti berikut ;

 

        1. Pemeriksaan penuh fungsi kameradan sistem.
        2. Pembersihan lensa luaran dan kasing kamera CCTV
        3. Penggantian kamera CCTV – Jika rosak
        4. Penggantian kabel serta penyambung kabel – jika rosak
        5. Penyediaan laporan penyelenggaraan kepada pihak sekolah.

 

    1. Jumlah anggaran bajet yang diperlukan untuk tujuan diatas adalah RM 3980.00

 

4.0 Implikasi Kewangan

 

BIL. ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)
12

3

Kerja – kerja penyelenggaraan kamera CCTVPenggantian 7 unit kamera – rosak

Penggantian kabel VGA 5 meter

367

2

RM 40.00RM 300.00

RM 40.00

1440.002100.00

80.00

JUMLAH BESAR ( RM ) 3980.00

 

 

  • Penutup

 

 

Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi meningkatkan imej Sekolah Komputeran selaku sebuah Sekolah selamat di UTM.