+60127499069 mshamsuly@utm.my

KERTAS KERJA CADANGAN BAIK PULIH SIAR RAYA DEWAN SEMINAR, FAKULTI KOMPUTERAN, BANGUNAN N28A

 

KERTAS KERJA CADANGAN BAIK PULIH SIAR RAYA DEWAN SEMINAR, FAKULTI KOMPUTERAN, BANGUNAN N28A

 

  1. TUJUAN

 

    1. Kertas kerja cadangan ini disediakan untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Pentadbiran Fakulti untuk kerja-kerja baik pulih sistem siar raya  bagi Dewan Seminar yang terletak di Bangunan N28a.

 

  1. LATARBELAKANG

 

    1. Sistem siar raya di Dewan Seminar ini telah lama digunakan.  Walau bagaimanapun, sistem ini mengalami kerosakan sejak pertengahan tahun 2014 dimana ia melibatkan kualiti siar raya di dewan berkenaan.  Kerosakan sistem siar raya menyukarkan pengguna dan boleh menjejaskan imej Fakulti Komputeran.

 

  1. JUSTIFIKASI

 

    1. Sistem siar raya  ini perlu dibaiki memandangkan ada pengguna yang masih menggunakan sistem lama ( penyambungan kabel VGA ) walaupun telah ada sistem siar raya yang lain.

 

  1. CADANGAN BAIK PULIH SISTEM SMART CARD

 

    1. Kos bagi kerja-kerja baik pulih sistem siar raya tersebut adalah sebanyak RM3,000.00.

 

  1. KEPUTUSAN

 

    1. Jawatankuasa Pentadbiran Fakulti dengan segala hormat diminta mempertimbangkan dan meluluskan permohonan cadangan baik pulih sistem siar raya tersebut sebagaimana dinyatakan di atas.

 

Disediakan Oleh :

 

MOHAMAD SHAMSUL FITRI BIN SULAIMAN

Penolong Jurutera

Fakulti Komputeran

 

Disemak Oleh:

 

  1. HAZA NUZLY BIN ABDUL HAMED

Pengurus Makmal Fakulti

Fakulti Komputeran

 

*******************