+60127499069 mshamsuly@utm.my

Manual penggunaan CCTV Sekolah Komputeran

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM PEMANTAUAN CCTV

 

 

  • TUJUAN MANUAL
    • Sebagai rujukan dan panduan kepada staf dan pelajar Sekolah Komputeran dan warga UTM.
    • Bagi menjadikan kawasan sekitar bangunan Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan sebagai kawasan selamat dan mengurangkan kadar jenayah.
    • Unit CCTV berfungsi untuk merekod dan memantau segala aktiviti di Sekolah Komputeran melibatkan 2 bangunan iaitu bangunan N28A dan bangunan N28.
    • Unit CCTV akan meneliti sebarang kejadian serta kesalahan yang berlaku di dalam kawasan kamera CCTV.
  • LATAR BELAKANG
    • Pemasangan CCTV dapat meningkat kualiti perkhidmatan staf Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM. Ia juga dapat meningkatkan kerjasama antara lain-lain jabatan dan agensi dengan dapat menyalurkan maklumat yang tepat .
    • Terdapat 3 lokasi sistem CCTV diletakkan di bangunan yang berkenaan. Walaubagaimanapun 2 sistem dapat diseragamkan di bilik kawalan CCTV yang terletak di pejabat akademi bangunan N28A. Satu lagi sistem yang melibatkan pamantauan keluar dan masuk kenderaan ke Sekolah Komputeran sedang dalam proses pengalihan.
      • Jenis kamera dan sistem
        • Sistem
          • 3 unit standalone CCTV sistem
          • 2 unit berasaskan web CCTV sistem
  • Kamera
    • Dome – untuk kegunaan dalam makmal
    • Kamera infra red – untuk kegunaan dalam bangunan terlindung
    • Kamera infra red dengan pelindung besi – untuk kegunaan luar bangunan
  • Bilik kawalan (Rajah 3)

Bilik kawalan CCTV Sekolah Komputeran terletak di bilik kawalan pejabat akademi , bangunan N28A Sekolah Komputeran. Bilik ini dilengkapi dengan 3 sistem CCTV ‘standalone’ dan 1 unit komputer untuk paparan CCTV berasaskan web.

  • SKOP KERJA

Manual ini digunapakai oleh staf perlaksana Sekolah Komputeran di dalam tindakan Pengurus Fasiliti, Sekolah Komputeran dari segi keselamatan bagi kawasan sekitar bangunan N28 dan N28A , Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan , UTM.

  • PROSES KERJA
    • Pegawai tanggungjawab perlu melakukan pemeriksaan kepada sistem CCTV dan kamera sekali setiap bulan. Ia bertujuan untuk merekodkan aktiviti pemeriksaan sistem CCTV dan kamera berfungsi dengan baik. (Lampiran A)
    • Memantau sistem CCTV,22 unit CCTV di bangunan N28 dan 32 unit di bangunan N28A supaya berada di dalam keadaan baik.

 

#mshamsuly #upmu #zonnetworksc #utm #myjob #sijb #jamming #studio #teamcombi#mshamsuly #upmu #zonnetworksc #utm #myjob #sijb #jamming #studio #teamcombi