+60127499069 mshamsuly@utm.my

Kertas Kerja Mohon Pemasangan Video Conferencing Bilik Perbincangan utama

KertasKerjaBil: ……………………………………

 

Kelulusan
Makluman

 

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMASANGAN SISTEM SIDANG VIDEO (VIDEO CONFERENCING) BILIK PERBINCANGAN UTAMA SEKOLAH KOMPUTERAN, FAKULTI KEJURUTERAAN, UTM.

 

DisediakanOleh: DisemakOleh: DisahkanOleh: DiperakukanOleh:
Tandatangan
Nama

Jawatan

Tarikh

 

KertasKerjaUntukPertimbangan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah

 

Permohonan Bajet Bagi Pemasangan Sistem Sidang Video (Video Conferencing) Bilik Perbincangan Utama, N28A, Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM.

 

 

  • Pendahuluan

 

 

    1. Tujuan kertas kerja ini untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah bagi memohon bajet untuk pemasangan sistem sidang video (video conferencing) di Bilik Perbincangan Utama, N28A.

 

 

  • LatarBelakang

 

 

    1. Pihak SC telah menyediakan satu bilik sidang video berkapasiti 10 orang di bilik mesyuarat pengerusi di N28A.

 

    1. Bilik sidang video berkenaan digunakan untuk kegunaan aktiviti Viva, persidangan, seminar, perbincangan berkumpulan, mesyuarat dan sebagainya.

 

    1. Pihak SC juga telah diberikan autonomi oleh SPS untuk mengendalikan proses viva pelajar-pelajar pasca ijazah di sekolah.

 

    1. Terdapat keperluan di peringkat SC dan UTM untuk menjadi hos bagi persidangan video berkapasiti besar sehingga 30 orang.

 

    1. Bilik Perbincangan Utama adalah ruang yang sesuai untuk tujuan demikian, pengubahsuaian sistem dan pertambahan peralatan perlu dilakukan.

 

 

  • Pemasangan Sistem Sidang Video

 

 

    1. Projek pemasangan sistem sidang video ini bagi mengurangkan kos pengurusan persidangan, seminar, perbincangan berkumpulan, mesyuarat dan sebagainya  untuk menyokong aspirasi bajet berhemah UTM.

 

    1. Untuk mengendalikan VC berskala besar secara jarak jauh, Bilik Perbincangan Utama. N28A dipilih disebabkan oleh keadaan yang kondusif serta dilengkap dengan sistem PA sedia ada.

 

    1. Sistem WIFI sedia ada di bilik tersebut tidak mampu menampung keperluan lebar jalur video yang tinggi untuk beberapa pengguna secara serentak.

 

    1. Perisian seperti Skype, Appear.In lesen percuma tidak mampu mengendalikan sidang video secara berkumpulan dengan stabil. Selain daripada itu, terdapat beberapa negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi menyekat penggunaan Skype.

 

    1. Untuk membangunkan sistem sidang video, penambahbaikan berikut dicadangkan:
  1. Hos sidang video dan rangkaian yang stabil.
  2. Sistem Webcam berprestasi tinggi.
  3. Pengubahsuaian PA sistem untuk mengelakkan gema.
  4. Perisian Zoom Conferencing System.

 

    1. Jumlah anggaran bajet yang diperlukan untuk tujuan diatas adalah RM 29,100.00

 

4.0 ImplikasiKewangan

 

BIL. ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)
1 Hos sidang video (Reliable) 1 RM 5000 5000
2 8 port switch 3 RM 666.66 2000
3 8 point Cat6/Cat5e cabling 8 RM 275.00 2200
4 Hi-end webcam camera 1 RM6000.00 600
5 Tripod @ holder webcam 1 RM150.00 150
6 Cabling webcam via USB 10 meter 1 RM100.00 100
7 Projector 3 RM18000.00 18000
8 Audio cabling 1 RM200.00 200
9 Perisian Zoom Video Conferencing (Pro) Fees/Year 1 RM850.00 850
JUMLAH BESAR 29,100.00

 

 

  • Penutup

 

 

Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi meningkatkan imej FC selaku sebuah Sekolah peneraju di dalam bidang ICT.