+60127499069 mshamsuly@utm.my

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMBELIAN SKRIN KOMPUTER BERSAIZ BESAR UNTUK STAF BERMASALAH PENGLIHATAN.

Kertas Kerja Bil: ……………………………………

 

Kelulusan
Makluman

 

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMBELIAN SKRIN KOMPUTER BERSAIZ BESAR UNTUK STAF BERMASALAH PENGLIHATAN.

 

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh: Diperakukan Oleh:
Tandatangan
Nama

Jawatan

 
Tarikh

 

Kertas Kerja Untuk Pertimbangan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Fakulti

 

Permohonan Bajet untuk Pembelian Skrin Komputer bersaiz besar untuk staf bermasalah penglihatan.

 

  1. Pendahuluan

 

    1. Tujuan kertas kerja ini untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Fakulti bagi memohon bajet untuk pemasangan Pembelian Skrin Komputer bersaiz besar untuk staf bermasalah penglihatan.

 

  1. Latar Belakang

 

    1. Staf Fakulti Komputeran , Roseyatimah binti Hj. Abd. Kadir mengalami masalah penglihatan dimana mata kanan tidak berfungsi dan hanya menggunakan penglihatan sebelah kiri sahaja.

 

    1. Beliau memerlukan satu skrin komputer bersaiz besar bertujuan untuk membantu beliau melaksanakan tugasan sebagai pembantu tadbir.

 

    1. Skrin bersaiz sederhana/ kecil ( sedia ada ) boleh mengakibatkan beliau mengalami masalah kepeningan dan pitam.

 

  1. Pembelian Skrin Komputer

 

    1. Saiz skrin komputer yang bersesuaian adalah berukuran minima 24 inchi panjang dan minima 13 inchi lebar.

 

    1. Skrin hendaklah mempunyai resolusi tinggi 1920 x 1080 pixel

 

    1. Jumlah anggaran bajet yang diperlukan untuk tujuan diatas adalah RM 800.00

 

 

 

Implikasi Kewangan

 

BIL. ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)
1 Peralatan ( Skrin monitor + kabel VGA / HDMI + pemasangan ) 1 RM 800.00 800.00
JUMLAH BESAR 800.00

 

  1. Penutup

 

Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi meningkatkan imej FC selaku sebuah Fakulti peneraju di dalam bidang ICT.