+60127499069 mshamsuly@utm.my

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMASANGAN WIRELESS CAMERA BAGI MEMANTAU PALANG KELUAR MASUK FC

Kertas Kerja Bil: ……………………………………

 

Kelulusan
Makluman

 

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMASANGAN WIRELESS CAMERA BAGI MEMANTAU PALANG KELUAR MASUK FC

 

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh: Diperakukan Oleh:
Tandatangan
Nama Dr Syed Zainudeen Mohd Shaid Prof. Kamarulnizam Abu Bakar Prof Dr Abdul Samad Ismail

Jawatan

Pengurus IT Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi Dekan  
Tarikh 23 Jun 2016

 

Kertas Kerja Untuk Pertimbangan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Fakulti

 

Permohonan Bajet untuk Pemasangan Wireless Camera bagi Memantau Palang Keluar Masuk FC

 

  1. Pendahuluan

 

    1. Tujuan kertas kerja ini untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Fakulti bagi memohon bajet untuk pemasangan wireless camera bagi memantau palang keluar masuk FC.

 

  1. Latar Belakang

 

    1. Palang keluar masuk FC tiada CCTV bagi memantau pergerakan keluar masuk kenderaan di FC.

 

    1. Adakala system interkom pada palang tersebut disalahguna untuk kemasukan mereka yang tidak sepatutnya mempunyai akses untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan yang dilindungi palang.

 

    1. Ada juga kejadian dimana palang tersebut telah dilanggar dan kon pemisah laluan dilanggar namun ketiadaan CCTV bagi memantau kejadian tersebut menyebabkan tiada tangkapan dapat dibuat kepada pesalah.

 

  1. Pemasangan Wireless Camera

 

    1. Idea pemasangan Wireless Camera dibuat bagi mengurangkan kos pemasangan kabel. Video yang diambil kamera akan dipancarkan secara tanpa wayar menggunakan teknologi WiFi.

 

    1. Sambungan WiFi ini akan dibuat ke Blok N28, dan seterusnya menerusi rangkaian Ethernet, akan dihubungkan ke Pejabat Dekan Aras 3 bagi membolehkan pemantauan dibuat secara langsung.

 

    1. Sistem yang akan dipasang juga boleh berfungsi sebagai CCTV bagi merekod aktiviti keluar masuk kenderaan di luar waktu pejabat.

 

    1. Jumlah anggaran bajet yang diperlukan untuk tujuan diatas adalah RM 4500.

 

 

 

Implikasi Kewangan

 

BIL. ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)
1

2

3

Peralatan (Wireless Camera + Wireless AP with directional Antenna)

Kos pemasangan

Kos pemasangan tambahan termasuk ;

  1. Tambahan ketinggian tiang cctv dari 6 kaki ke 8 kaki.
  2. Pemasangan perkakasan ‘Automatic Voltage Regulator’ .
1

1

1

RM 2000

RM 1500

RM 1000

2000

1500

1000

JUMLAH BESAR 4500

 

  1. Penutup

 

Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi meningkatkan imej FC selaku sebuah Fakulti peneraju di dalam bidang ICT.