+60127499069 mshamsuly@utm.my

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMASANGAN SISTEM SIDANG VIDEO (VIDEO CONFERENCING) BILIK MESYUARAT DEKAN N28A

Kertas Kerja Bil: ……………………………………

 

Kelulusan
Makluman

 

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMASANGAN SISTEM SIDANG VIDEO (VIDEO CONFERENCING) BILIK MESYUARAT DEKAN N28A

 

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh: Diperakukan Oleh:
Tandatangan
Nama Dr. Mohd Fo’ad bin Rohani

En. Firoz bin Yusuf Patel Dawoodi

En. Mohamad Shamsul Fitri bin Sulaiman

Prof. Kamarulnizam Abu Bakar Prof Dr Abdul Samad Ismail

Jawatan

Pengurus Fasiliti

Penyelaras Makmal dan Rangkaian

Ketua Blok N28

Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi Dekan  
Tarikh 19 Okt 2017

 

Kertas Kerja Untuk Pertimbangan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Fakulti

 

Permohonan Bajet Bagi Pemasangan Sistem Sidang Video (Video Conferencing) Bilik Mesyuarat Dekan N28a

 

 

  • Pendahuluan

 

 

    1. Tujuan kertas kerja ini untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Fakulti bagi memohon bajet untuk pemasangan sistem sidang video (video conferencing) di Bilik Mesyuarat Dekan N28A.

 

 

  • Latar Belakang

 

 

    1. Pihak FC telah diberikan autonomi oleh SPS untuk mengendalikan proses viva pelajar-pelajar pasca ijazah di fakulti.

 

    1. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menyediakan kemudahan sistem sidang video di fakulti bagi tujuan pengurusan viva secara jarak jauh.

 

    1. Selain daripada itu, sistem tersebut boleh digunakan untuk tujuan aktiviti jarak jauh seperti persidangan, seminar, perbincangan berkumpulan, mesyuarat dan sebagainya.

 

 

  • Pemasangan Sistem Sidang Video

 

 

    1. Projek pemasangan sistem sidang video ini bagi mengurangkan kos pengurusan viva untuk menyokong aspirasi bajet berhemah UTM.

 

    1. Untuk mengendalikan viva secara jarak jauh, Bilik Mesyuarat Dekan N28A dipilih disebabkan oleh keadaan yang kondusif serta dilengkap dengan sistem PA sedia ada.

 

    1. Sistem WIFI sedia ada di bilik tersebut tidak mampu menampung keperluan lebar jalur video yang tinggi untuk beberapa pengguna secara serentak.

 

    1. Perisian Skype lesen percuma tidak mampu mengendalikan sidang video secara berkumpulan dengan stabil. Selain daripada itu, terdapat beberapa negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi menyekat penggunaan Skype.

 

    1. Untuk membangunkan sistem sidang video, penambahbaikan berikut dicadangkan:
  1. Hos sidang video dan rangkaian yang stabil.
  2. Webcam berprestasi tinggi.
  3. Naik taraf PA sistem untuk mengelakkan gema.
  4. Perisian Zoom Conferencing System.

 

    1. Jumlah anggaran bajet yang diperlukan untuk tujuan diatas adalah RM 15000.

 

4.0 Implikasi Kewangan

 

BIL. ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)
1 Hos sidang video (Reliable) 1 RM 5000 5000
2 8 port switch 3 RM 666.66 2000
3 8 point Cat6/Cat5e cabling 8 RM 275.00 2200
4 Hi-end webcam camera 1 RM1250 1250
5 Low-end webcam camera 2 RM250 250
6 Tripod @ holder webcam 1 RM150 150
7 Cabling webcam via USB 10 meter 1 RM100 100
8 PA system (Complete with Speaker) + installation 1 RM2000 2000
9 Hi-end microphone with cabling 2 RM300 600
10 Portable 4 channel mic processor 1 RM600 600
11 Perisian Zoom Video Conferencing (Pro) Fees/Year 1 RM850 850
JUMLAH BESAR 15000

 

 

  • Penutup

 

 

Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi meningkatkan imej FC selaku sebuah Fakulti peneraju di dalam bidang ICT.