Kertas Kerja Bil: ……………………………………
Kelulusan | |
Makluman |
KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMASANGAN SISTEM SIDANG VIDEO (VIDEO CONFERENCING) BILIK MESYUARAT DEKAN N28A
Disediakan Oleh: | Disemak Oleh: | Disahkan Oleh: | Diperakukan Oleh: | |
Tandatangan | ||||
Nama | Dr. Mohd Fo’ad bin Rohani
En. Firoz bin Yusuf Patel Dawoodi En. Mohamad Shamsul Fitri bin Sulaiman |
Prof. Kamarulnizam Abu Bakar | Prof Dr Abdul Samad Ismail | |
Jawatan |
Pengurus Fasiliti
Penyelaras Makmal dan Rangkaian Ketua Blok N28 |
Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi | Dekan | |
Tarikh | 19 Okt 2017 |
Kertas Kerja Untuk Pertimbangan
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Fakulti
Permohonan Bajet Bagi Pemasangan Sistem Sidang Video (Video Conferencing) Bilik Mesyuarat Dekan N28a
- Pendahuluan
-
- Tujuan kertas kerja ini untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Fakulti bagi memohon bajet untuk pemasangan sistem sidang video (video conferencing) di Bilik Mesyuarat Dekan N28A.
- Latar Belakang
-
- Pihak FC telah diberikan autonomi oleh SPS untuk mengendalikan proses viva pelajar-pelajar pasca ijazah di fakulti.
-
- Oleh itu, terdapat keperluan untuk menyediakan kemudahan sistem sidang video di fakulti bagi tujuan pengurusan viva secara jarak jauh.
-
- Selain daripada itu, sistem tersebut boleh digunakan untuk tujuan aktiviti jarak jauh seperti persidangan, seminar, perbincangan berkumpulan, mesyuarat dan sebagainya.
- Pemasangan Sistem Sidang Video
-
- Projek pemasangan sistem sidang video ini bagi mengurangkan kos pengurusan viva untuk menyokong aspirasi bajet berhemah UTM.
-
- Untuk mengendalikan viva secara jarak jauh, Bilik Mesyuarat Dekan N28A dipilih disebabkan oleh keadaan yang kondusif serta dilengkap dengan sistem PA sedia ada.
-
- Sistem WIFI sedia ada di bilik tersebut tidak mampu menampung keperluan lebar jalur video yang tinggi untuk beberapa pengguna secara serentak.
-
- Perisian Skype lesen percuma tidak mampu mengendalikan sidang video secara berkumpulan dengan stabil. Selain daripada itu, terdapat beberapa negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi menyekat penggunaan Skype.
-
- Untuk membangunkan sistem sidang video, penambahbaikan berikut dicadangkan:
- Hos sidang video dan rangkaian yang stabil.
- Webcam berprestasi tinggi.
- Naik taraf PA sistem untuk mengelakkan gema.
- Perisian Zoom Conferencing System.
-
- Jumlah anggaran bajet yang diperlukan untuk tujuan diatas adalah RM 15000.
4.0 Implikasi Kewangan
BIL. | ITEM | KUANTITI | HARGA SEUNIT | JUMLAH (RM) |
1 | Hos sidang video (Reliable) | 1 | RM 5000 | 5000 |
2 | 8 port switch | 3 | RM 666.66 | 2000 |
3 | 8 point Cat6/Cat5e cabling | 8 | RM 275.00 | 2200 |
4 | Hi-end webcam camera | 1 | RM1250 | 1250 |
5 | Low-end webcam camera | 2 | RM250 | 250 |
6 | Tripod @ holder webcam | 1 | RM150 | 150 |
7 | Cabling webcam via USB 10 meter | 1 | RM100 | 100 |
8 | PA system (Complete with Speaker) + installation | 1 | RM2000 | 2000 |
9 | Hi-end microphone with cabling | 2 | RM300 | 600 |
10 | Portable 4 channel mic processor | 1 | RM600 | 600 |
11 | Perisian Zoom Video Conferencing (Pro) Fees/Year | 1 | RM850 | 850 |
JUMLAH BESAR | 15000 |
- Penutup
Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi meningkatkan imej FC selaku sebuah Fakulti peneraju di dalam bidang ICT.