Kertas Kerja Bil: ……………………………………
Kelulusan | |
Makluman |
KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMASANGAN WIRELESS CAMERA BAGI MEMANTAU PALANG KELUAR MASUK FC
Disediakan Oleh: | Disemak Oleh: | Disahkan Oleh: | Diperakukan Oleh: | |
Tandatangan | ||||
Nama | Dr Syed Zainudeen Mohd Shaid | Prof. Kamarulnizam Abu Bakar | Prof Dr Abdul Samad Ismail | |
Jawatan |
Pengurus IT | Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi | Dekan | |
Tarikh | 23 Jun 2016 |
Kertas Kerja Untuk Pertimbangan
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Fakulti
Permohonan Bajet untuk Pemasangan Wireless Camera bagi Memantau Palang Keluar Masuk FC
- Pendahuluan
-
- Tujuan kertas kerja ini untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Fakulti bagi memohon bajet untuk pemasangan wireless camera bagi memantau palang keluar masuk FC.
- Latar Belakang
-
- Palang keluar masuk FC tiada CCTV bagi memantau pergerakan keluar masuk kenderaan di FC.
-
- Adakala system interkom pada palang tersebut disalahguna untuk kemasukan mereka yang tidak sepatutnya mempunyai akses untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan yang dilindungi palang.
-
- Ada juga kejadian dimana palang tersebut telah dilanggar dan kon pemisah laluan dilanggar namun ketiadaan CCTV bagi memantau kejadian tersebut menyebabkan tiada tangkapan dapat dibuat kepada pesalah.
- Pemasangan Wireless Camera
-
- Idea pemasangan Wireless Camera dibuat bagi mengurangkan kos pemasangan kabel. Video yang diambil kamera akan dipancarkan secara tanpa wayar menggunakan teknologi WiFi.
-
- Sambungan WiFi ini akan dibuat ke Blok N28, dan seterusnya menerusi rangkaian Ethernet, akan dihubungkan ke Pejabat Dekan Aras 3 bagi membolehkan pemantauan dibuat secara langsung.
-
- Sistem yang akan dipasang juga boleh berfungsi sebagai CCTV bagi merekod aktiviti keluar masuk kenderaan di luar waktu pejabat.
-
- Jumlah anggaran bajet yang diperlukan untuk tujuan diatas adalah RM 4500.
Implikasi Kewangan
BIL. | ITEM | KUANTITI | HARGA SEUNIT | JUMLAH (RM) |
1
2 3 |
Peralatan (Wireless Camera + Wireless AP with directional Antenna)
Kos pemasangan Kos pemasangan tambahan termasuk ;
|
1
1 1 |
RM 2000
RM 1500 RM 1000 |
2000
1500 1000 |
JUMLAH BESAR | 4500 |
- Penutup
Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi meningkatkan imej FC selaku sebuah Fakulti peneraju di dalam bidang ICT.