Kertas Kerja Bil: ……………………………………
Kelulusan | |
Makluman |
KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PENYELENGGARAAN SISTEM CCTV SEKOLAH KOMPUTERAN, FAKULTI KEJURUTERAAN, UTM.
Disediakan Oleh: | Disemak Oleh: | Disahkan Oleh: | Diperakukan Oleh: | |
Tandatangan | ||||
Nama | Mohamad Shamsul Fitri B. Hj. Sulaiman | |||
Jawatan | Penolong Jurutera | |||
Tarikh | 10 Oktober 2018 |
Kertas Kerja Untuk Pertimbangan
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
Permohonan Bajet untuk penyelenggaraan sistem CCTV bangunan N28A, Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM
- Pendahuluan
-
- Tujuan kertas kerja ini untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah bagi memohon bajet untuk penyelenggaraan sistem CCTV bangunan N28A, Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM
- Latar Belakang
-
- Sekolah Komputeran mempunyai 3 sistem cctv (lampiran a) merangkumi 59 unit kamera CCTV yang diletakkan di lokasi strategi sekitar bangunan dan makmal di bangunan N28 , bangunan N28a dan palang pintu masuk ke Sekolah Komputeran.
-
- Sistem CCTV yang berfungsi dengan baik menjadi salah satu kriteria permarkahan bagi Audit Penarafan Risiko Keselamatan, Sekolah Komputeran yang dilaksanakan oleh Pendaftar Utm setiap tahun.
-
- Sistem CCTV ini diletakkan secara berpusat di bilik kawalan CCTV, pejabat akademi N28a dimana hanya pegawai yang dilantik mempunyai akses ke bilik berkenaan.
-
- Kesemua sistem ini memerlukan penyelenggaraan kerana ia telah diletakkan dibawah kendalian Sekolah Komputeran.
-
- Fasa 1 penyelenggaraan bernilai RM 1894.00 melibatkan penyelenggaraan untuk 23 unit kamera CCTV dan penggantian 6 unit kamera yang telah rosak telah dilaksana pada tahun 2017 menggunakan Vot amanah Fakulti Komputeran.
-
- Fasa 2 penyelenggaraan melibatkan penyelenggaraan 36 unit kamera CCTV yang terletak di bangunan serta makmal N28a.
- Penyelenggaraan sistem CCTV
-
- Penyelenggaraan sistem fasa 2 CCTV melibatkan kerja – kerja seperti berikut ;
-
-
-
- Pemeriksaan penuh fungsi kameradan sistem.
- Pembersihan lensa luaran dan kasing kamera CCTV
- Penggantian kamera CCTV – Jika rosak
- Penggantian kabel serta penyambung kabel – jika rosak
- Penyediaan laporan penyelenggaraan kepada pihak sekolah.
-
-
-
- Jumlah anggaran bajet yang diperlukan untuk tujuan diatas adalah RM 3980.00
4.0 Implikasi Kewangan
BIL. | ITEM | KUANTITI | HARGA SEUNIT | JUMLAH (RM) |
12
3 |
Kerja – kerja penyelenggaraan kamera CCTVPenggantian 7 unit kamera – rosak
Penggantian kabel VGA 5 meter |
367
2 |
RM 40.00RM 300.00
RM 40.00 |
1440.002100.00
80.00 |
JUMLAH BESAR ( RM ) | 3980.00 |
- Penutup
Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi meningkatkan imej Sekolah Komputeran selaku sebuah Sekolah selamat di UTM.