KertasKerjaBil: ……………………………………
Kelulusan | |
Makluman |
KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PEMASANGAN SISTEM SIDANG VIDEO (VIDEO CONFERENCING) BILIK PERBINCANGAN UTAMA SEKOLAH KOMPUTERAN, FAKULTI KEJURUTERAAN, UTM.
DisediakanOleh: | DisemakOleh: | DisahkanOleh: | DiperakukanOleh: | |
Tandatangan | ||||
Nama | ||||
Jawatan |
||||
Tarikh |
KertasKerjaUntukPertimbangan
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
Permohonan Bajet Bagi Pemasangan Sistem Sidang Video (Video Conferencing) Bilik Perbincangan Utama, N28A, Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM.
- Pendahuluan
-
- Tujuan kertas kerja ini untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah bagi memohon bajet untuk pemasangan sistem sidang video (video conferencing) di Bilik Perbincangan Utama, N28A.
- LatarBelakang
-
- Pihak SC telah menyediakan satu bilik sidang video berkapasiti 10 orang di bilik mesyuarat pengerusi di N28A.
-
- Bilik sidang video berkenaan digunakan untuk kegunaan aktiviti Viva, persidangan, seminar, perbincangan berkumpulan, mesyuarat dan sebagainya.
-
- Pihak SC juga telah diberikan autonomi oleh SPS untuk mengendalikan proses viva pelajar-pelajar pasca ijazah di sekolah.
-
- Terdapat keperluan di peringkat SC dan UTM untuk menjadi hos bagi persidangan video berkapasiti besar sehingga 30 orang.
-
- Bilik Perbincangan Utama adalah ruang yang sesuai untuk tujuan demikian, pengubahsuaian sistem dan pertambahan peralatan perlu dilakukan.
- Pemasangan Sistem Sidang Video
-
- Projek pemasangan sistem sidang video ini bagi mengurangkan kos pengurusan persidangan, seminar, perbincangan berkumpulan, mesyuarat dan sebagainya untuk menyokong aspirasi bajet berhemah UTM.
-
- Untuk mengendalikan VC berskala besar secara jarak jauh, Bilik Perbincangan Utama. N28A dipilih disebabkan oleh keadaan yang kondusif serta dilengkap dengan sistem PA sedia ada.
-
- Sistem WIFI sedia ada di bilik tersebut tidak mampu menampung keperluan lebar jalur video yang tinggi untuk beberapa pengguna secara serentak.
-
- Perisian seperti Skype, Appear.In lesen percuma tidak mampu mengendalikan sidang video secara berkumpulan dengan stabil. Selain daripada itu, terdapat beberapa negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi menyekat penggunaan Skype.
-
- Untuk membangunkan sistem sidang video, penambahbaikan berikut dicadangkan:
- Hos sidang video dan rangkaian yang stabil.
- Sistem Webcam berprestasi tinggi.
- Pengubahsuaian PA sistem untuk mengelakkan gema.
- Perisian Zoom Conferencing System.
-
- Jumlah anggaran bajet yang diperlukan untuk tujuan diatas adalah RM 29,100.00
4.0 ImplikasiKewangan
BIL. | ITEM | KUANTITI | HARGA SEUNIT | JUMLAH (RM) |
1 | Hos sidang video (Reliable) | 1 | RM 5000 | 5000 |
2 | 8 port switch | 3 | RM 666.66 | 2000 |
3 | 8 point Cat6/Cat5e cabling | 8 | RM 275.00 | 2200 |
4 | Hi-end webcam camera | 1 | RM6000.00 | 600 |
5 | Tripod @ holder webcam | 1 | RM150.00 | 150 |
6 | Cabling webcam via USB 10 meter | 1 | RM100.00 | 100 |
7 | Projector | 3 | RM18000.00 | 18000 |
8 | Audio cabling | 1 | RM200.00 | 200 |
9 | Perisian Zoom Video Conferencing (Pro) Fees/Year | 1 | RM850.00 | 850 |
JUMLAH BESAR | 29,100.00 |
- Penutup
Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi meningkatkan imej FC selaku sebuah Sekolah peneraju di dalam bidang ICT.