Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Iskandar Regional Development Authority dan SWM Environment Sdn. Bhd. akan menganjurkan Pertandingan Kalendar Rendah Karbon Iskandar Puteri 2021 pada ketetapan berikut :

Tempoh Penyertaan :
Januari 2021 hingga Julai 2021.

Tempoh daftar maklumat di bit.ly/mbiprendahkarbon bermula :
Sekarang sehingga 25 Julai 2021

Tarikh tutup penyertaan:
25 Julai 2021 sebelum atau pada jam 23.59

Pertandingan ini bertujuan bagi memberikan galakan dan juga motivasi kepada penduduk Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, MBIP untuk membudayakan gaya hidup rendah karbon. Melalui pertandingan pengurangan penggunaan air (m3), elektrik (kWh) dan juga jumlah kitar semula (kg), ianya dapat membantu dunia, khususnya MBIP dalam usaha mengurangkan penghasilan karbon. Hadiah Wang Tunai sejumlah RM10,000.00 diperuntukkan khusus bagi institusi yang membudayakan gaya hidup rendah karbon melalui

1) Penjimatan Air
2) Penjimatan Elektrik
3) Amalan Kitar Semula

Sehubungan dengan itu, Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor memerlukan maklumat pendaftaran guru penyelaras bagi membolehkan sesi taklimat bersama guru penyelaras ini dapat dilaksanakan pada ketetapan berikut;

Tarikh: 8 April 2020 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi (Khamis)
Link: https://utm.webex.com/meet/ninadiana

Guru-guru diminta untuk

1) menyertai telegram ini http://bit.ly/gpmbip bagi membolehkan maklumat boleh disampaikan secara terus menerus kepada guru-guru

2)1. Like Facebook page Iskandar Puteri Rendah Karbon (https://web.facebook.com/IskandarPuteriRendahKarbon)

Dapatkan akses Kalendar iskandar Puteri Rendah Karbon disini

https://drive.google.com/drive/folders/18bU6C5un-caWjjV9iVkgWG02CViD7RCo?usp=sharing