Kenduri Durian FABU

16 Jun 2022- Alhamdulillah, dalam kesibukan pelbagai acara dan tanggungjawab hakiki. KIta santai seketika dengan makan durian yang ditaja oleh Prof Sr. Dr Kherun Nita Ali (Dekan FABU). Dua lori penuh berjaya diselesaikan oleh staf FABU. Hebat kan?!

IoT Urban Farming: Menuai Hasil Tanaman

Mula semai benih : 9 Jun 2022

Tarikh menuai sayur: 28 Jun 2022

Beginilah hasilnya, setelah hampir 3 minggu memulakan tanaman sayur ini. Benarlah, berbudi pada ‘urban farming’ tentulah dapat hasil yang lumayan.

Asalnya ada 2 struktur urban farming, cuma 1 set yang berfungsi dan memberikan hasil. 1 set lagi ada masalah kegagalan pam. Sedang dibaiki.

Dapatan utama: Sistem berfungsi dengan baik di mana penjagaan tanaman adalah sangat minima dan boleh dikendalikan oleh petani amatur seperti (saya) hahaha.

Hasil telah diagihkan kepada staf wanita pentadbiran FABU dan juga Dekan. Senarai sayuran yang dituai adalah seperti berikut:

  1. Kangkung
  2. Daun pudina
  3. Daun oregano
  4. Daun kesum
  5. Bayam brasil
  6. Pegaga

Ada si daun sup. tapi tunggu dulu. Masih kurus.

GeoPusara + UTM GeoTrees: Majlis MoU UTM-Waqaf An- Nur Corporation Berhad

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian antara UTM dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad yang telah diadakan pada 22 Jun 2022 merupakan julung kalinya termetrinya persefahaman antara dua pihak. MOU ini diharapkan dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak dengan pemindahan ilmu dan teknologi serta perkongsian kepakaran daripada pihak UTM dengan WANCORP.

Tarikh: 22 Jun 2022

Masa: 3:30 petang

Terima kasih TEAM FABULOUS (Dr. Zuhaili, Cik Hanis, En Dzulhelmi) yang sangat profesional menguruskan acara sebegini. Juga team HEK diketuai En Redha. Terima kasih.

Terima kasih istimewa untuk Dr Hawani, yang mengusahakan dari awal MoU ini. Tiba harinya tiada pula ya. Moga mendapat Haji yang mabrur.

Terima kasih deligasi WANCorp yang hadir.

  1. Tuan Haji Bukhari Abd Rahman, Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur
  2. Tuan Haji Zamri Norani,
    Pengurus Besar Waqaf An-Nur
  3. Encik Mohd Nazarudin Ali, Pengurus Kanan Pembangunan Sosioekonomi & Prisihatin
  4. Puan Rashidah Md Daud, Pengurus Komunikasi Korporat & Pemasaran
  5. Puan Andek Noor Hudayah Bachok,
    Pengurus Jabatan Undang-Undang Kumpulan, Waqaf An-Nur
  6. En. Nasaruddin Ahmad, Eksekutif Kanan Waqaf An-Nur
  7. En. Muhamad Zirhan Zaid, Eksekutif Pemasaran Waqaf An-Nur
  8. En. Abdul Aziz Ali, Eksekutif Waqaf An-Nur
  9. Ungku Kalthum Bt Ungku Mohd Najib, Personal Assistant to Chief Executive

Cara Mendapatkan Senarai Journal WOS

  1. Layari: https://jcr.clarivate.com/jcr/home
  2. Register/Log in ke akaun

3. Pilih Browse Categories.

4. Pilih bidang yang dikehendaki.

5. Juga disenaraikan kategori-kategori yang disenaraikan dalam bidang yang dipilih.

6. Contoh dalam bidang Urban & Regional Planning ada 2 kategori yang berkaitan

7. Pilih salah satu kategori, nanti senarai Journal akan dipaparkan. Lepastu, silakan muat turun.

8. Selesai

Meneroka IoT dan Pertanian Bandar (Urban Farming)

Tajuk Projek: UTMSPC 1.15 :Adoption of Internet of Things (IoT) for developing Urban Farming Monitoring System Mobile Application

Dr. Lee Yoke Lai (Ketua Projek) -Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia

Gs. Dr. Noradila Rusli @ Ruslik- Urban & Regional Planning, Universiti Teknologi Malaysia

Dr. Nurul Ezaila Alias- School of Electrical Engineering Faculty of Engineering, Universiti Teknologi Malaysia

En. Mohd. Razif Bin Mamat @ Daud- Translational Research & Prototype Development Centre, Malaysia Genome Institute

Dr. Noraini Bahari- Landscape Architecture, Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak

Pada 7 Jun 2022- Selesai proses pemasangan struktur urban farming (HLT 28 UV Solar) sebanyak 2 set di rooftop B12, FABU. Jumlah pasu adalah sebanyak 56.

Cara penanaman:

  1. Padatkan coco peat di bahagian bawah pasu- penting untuk serapan air.
  2. Isi coco peat hingga hampir penuh.
  3. Buat 4/5 lubang- letak benih

Baja: Ada dua jenis, A dan B. Perlu tuang kedua-duanya ke dalam tangki.

Kekerapan: 2 minggu sekali

Sukatan: 2 level- kalau sayur gemuk sangat, kurangkan kepada 1 level.

Pasukan IoT yang diketuai oleh Dr Nurul Ezaila, melawat struktur urban farming ditemani Dr Lee Yoke Lai.

Proses pemindahan dan penanaman benih sayur selesai dilakukan pada 8 Jun. Semoga sayur-sayur tumbuh dengan gemuknya.

Lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah – Perhilitan

Di Ulu Gandah, terdapat 30 ekor gajah yang ditempatkan di sini. Gajah, bukanlah diternak (bukan istilah yang sesuai) di sini, tapi ia datang daripada usaha pemindahan gajah daripada tempat-tempat lain. Gajah disini akan dirawat dan dilatih sebelum dipindahkan ke tempat lain (jika ada permintaan).

Persepsi berkaitan gajah bertukar 360 darjah apabila sudah sampai ke sini. Dulu ada perasaan gajah tu ganas dan tak comel langsung. Pelik bila orang kata gajah tu comel. Ya, memang comel sebenarnya. Itulah penting banyak membaca dan merasai sendiri perihal seekor gajah.

Salah satu ciri pusat interpretasi yang baik adalah kita dapat mengingat dengan baik maklumat penting berkaitan gajah, hanya dengan sekali baca sahaja (Dr. Rosmalina Rashid, 2022). Betullah tu. Memang ingat sampai sekarang. Berikut disenaraikan ciri-ciri menarik si gajah:

-Kasar tetapi sensitif- jangan buat provokasi, boleh terguris perasannya nanti.

-Banyak minum air- YA..seperti itu.

-Kuat makan- makan setiap masa. Kalau manusia, asyik mengunyah saja.

-Ingatan yang kuat- laluan gajah sebenarnya diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka. Boleh dikatakan gajah ni lebih hebat daripada GPS.

-Kaki yang kuat- Perasan tak gajah berjalan tak berbunyi walaupun jisimnya besar. Kakinya kuat dan lembut/lemak sebenarnya, jadi bila pijak tanah, tidak berbunyi.

Sempat beri makan tebu pada si comel ni. Lupa pula namanya. Uish… laju makannya. Tak berhenti.

Gajah makan tebu

Ini namanya Yong Siput. Asal Perak. Baru 9 bulan, kisahnya tragis, sebab terpisah daripada kawanan dan ibunya. Waktu kami sampai Yong tengah berlari-lari. Malu agaknya.

Si comel ni namanya Abbot. Dikatakan, dah lama tak main air, jadi bila diajak naik, liat jadinya. Jadi para Mahut pun berusaha memujuk. Si Abbot ni pun kuat mengusik. Hmm.. bayangkan gajah mengusik. Kalau dulu ada aktiviti mandi besama gajah. Pengunjung boleh terjun sama. Tapi atas faktor keselamatan, aktiviti tersebut dihentikan.

GeoPusara Menang Lagi

Alhamdulillah. Kali ini GeoPusara dipertandingkan ke Korea. Terima kasih kepada pihak FABU yang menaja yuran pertandingan. Terutamanya kepada Prof Madya Dr Zulkifli Majid, yang sangat berusaha keras memastikan urusan penyertaan para inventor. Kesibukan waktu LI di PLANMalaysia, sempat juga berair mata menyiapkan poster yang disemak ulang lebih 3 kali. Bila tiba nak ambil award, kuarantin pula. Sekian.