GeoPusara

Alhamdulillah, melalui usaha keras semua pihak, maka terhasillah App GeoPusara yang merupakan aplikasi mudah alih pertama di Malaysia yang mempunyai fungsi navigasi carian plot-plot kubur serta dapat membantu pihak khairat dan kematian merekodkan data-data jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Melayu Kangkar Pulai.

Terima kasih kepada semua jemaah Kariah Masjid Nur Syahadah serta jawatankuasa masjid terutamanya kepada PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN KANGKAR PULAI yang menjalankan kerjasama erat dengan pihak Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM sepanjang berlangsungnya projek ini.

Tidak dilupakan, kepada pihak PLANMalaysia@Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor yang sudi berkongsi data, buah fikiran dan nasihat; sepanjang berlangsungnya projek ini. Semoga kerjasama yang telah terjalin ini semakin erat, agar manfaatnya dapat kita kembalikan semula kepada masyarakat.

Seterusnya, kepada pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), UTM; yang memberikan kepercayaan dan sejumlah dana bagi merealisasikan projek GeoPusara ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.

VIVA VOICE: SARJANA SAINS SENIBINA HIJAU (AP763) UiTM CAWANGAN PERAK: NOR SUHAIDA YUSOF

Tarikh : 14 Ogos 2019 (Rabu)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Batutta, Aras 3, Bangunan Ukur Bahan, UiTM Cawangan Perak

Nama Calon : Nor Suhaida Yusof

Program : Sarjana Sains Senibina Hijau (AP763)

Fakulti : Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU)

Tajuk Tesis   : Measuring The Ability of Heritage Tree in Mitigating UHI Through GIS and Remote Sensing Integration

Penyelia utama: Dr Nur Huzeima Mohd Hussain

Penyelia bersama: Gs. Dr. Noradila Rusli

 

Terima kasih panel pemeriksa dalam dan luar. Sesi viva yang sangat membantu.

Pemeriksa dalam: PM Datin Dr. Nik Hanita Nik Mohamad (UiTM)

Pemeriksa luar: PM Dr. Anuar Ahmad (UTM)

 

 Tahniah semua! Minor correction.