Archives for January 6, 2022

Kenapa Masyarakat Barat Takut Dengan Angka 13?

Barat Takut Dengan Angka 13

Ketakutan masyarakat Barat dengan angka 13.

Terdapat satu kajian dibuat oleh SellCell yang mana kebanyakan pengguna iPhone tidak menyukai nama iPhone 13 yang bakal dilancarkan pada bulan September atau Oktober tahun ini.

Seramai 74 peratus responden memilih mahu nama iPhone 13 ditukar yang mana majoriti berpandangan iPhone 2021 adalah nama paling sesuai untuk diganti. Manakala selebihnya memilih nama iPhone 12s sebagai pengganti iPhone 13.

Barat Takut Dengan Angka 13

Sifat yang ditunjukkan oleh sebilangan responden ini dikenali sebagai triskaidekafobia iaitu fobia terhadap angka yang kononnya membawa malang.

Jika segelintir masyarakat Tionghua sering mengaitkan nombor empat sebagai nombor malang atau tidak membawa tuah, masyarakat Barat juga turut mengalami fobia terhadap angka 13.

Mereka mengalami rasa takut yang luar biasa terhadap angka 13 sehinggakan mereka sanggup berbuat apa saja untuk mengelakkan diri daripada memperoleh nombor itu dalam kehidupan.

Fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual sehinggakan situasi kronik itu menimbulkan beberapa keadaan yang pelik di negara terbabit, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Antara keadaan pelik itu ialah ada bangunan tinggi di kota besar di negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13 dan terus ke 14.

Hotel atau hospital tidak memiliki bilik dengan nombor berkenaan, malah ada juga kenderaan tidak menggunakan angka 13 pada nombor plat.

Barat Tak Suka Angka 13

Kenapa segelintir masyarakat Barat takut dengan angka 13?

Barat Takut Dengan Angka 13

Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada beberapa momokan berkaitan alam mistik dan keagamaan yang tersebar sejak dulu lagi.

Menurut kepercayaan tahyul bagi masyarakat lama, sesiapa yang mempunyai nama terdiri daripada 13 huruf dianggap sebagai mempunyai unsur negatif.

Perkara ini jelas diperlihatkan menerusi beberapa nama pembunuh terkenal seperti Charles Manson, Jeffrey Dahmer dan Albert De Salvo. Selain daripada nama berkenaan, anda juga sudah pasti mengetahui individu yang bernama Adolf Hitler yang turut dikenali sebagai Adolfus Hitler.

Dalam laporan kajian National Geographic, saintis Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Universiti Delaware, Thomas Fernsler, menjelaskan pengkaji numerologi menganggap nombor 12 sebagai angka yang lengkap dan seimbang misalnya 12 bulan dalam setahun.

Justeru, lebihan satu nombor selepas 12 akan menyebabkan ia mengganggu keseimbangan dalam turutan nombor.

Disebabkan kisah-kisah yang berlaku di sekeliling mereka pada masa lampau, mereka masih mempercayai angka tersebut membawa malang. Namun, tidak semua masih menganggap kepercayaan sebegitu lagi.

Sumber: Apple InsiderBH

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Pahit Menjual Durian Selama 48 Jam

durian

Musim durian telah kembali! Kepada penggemarnya, sekarang lebih mudah untuk membeli raja buah ni. Hanya order online, terus boleh sampai ke rumah.Namun, adakah anda tahu realiti di sebalik bagaimana anda boleh membeli buah ini daripada peruncit sama ada di jalanan mahupun secara online? Seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Jamalee telah membuat perkongsian bagaimana beliau mula menjual buah ini dan apa hasil yang beliau dapat selepas 48 jam.Jom baca lebih lanjut.

PENGALAMAN MENJUAL DURIAN SELAMA 48 JAM

Saja nak kongsi pengalaman jadi penjual durian kopek ni. Pada saya pengalaman menarik untuk dikongsikan sebab saya pilih untuk jual durian ni untuk lihat dan rasa sendiri apa yang menyebabkan durian ni orang kata mahal-mahal-mahal.So ceritanya bermula begini…2 hari lepas saya dengan wife ambil keputusan untuk jual durian kopek (alaa yang dah masuk bekas tu). Kami ambil keputusan untuk jual durian yang dah dikopek sebab:1. Kami sendiri dah banyak kali terkena beli durian mahal-mahal, bila bukak alahai ada yang dah rosak, ada yang mengkal, dan ada yang dapat 3 ulas saja (tebal kulit je).2. Sebab kami sendiri rasa orang jual durian yang dah siap kopek ni mahal. I mean, beli durian sekilo RM12 – RM13, takkan jual sampai RM30 – RM40 ya dak? I mean how hard can it be? How greedy can you be?

Jadi dengan niat untuk memberikan yang terbaik pada harga yang paling marhaen, kami pun terjun dalam bidang jual durian ni.Kami mula-mula kena buat keputusan durian jenis apa nak jual. Disebabkan kami tinggal di Hulu Langat, maka kami ambil keputusan untuk jual durian Langat (durian kampung dan durian bukit).Kami juga buat keputusan takkan campurkan dengan durian luar, biarpun lebih murah. Kita kena bantu pekebun-pekebun di sini.Berbekalkan contacts-contacts saya sebelum ini (saya ada jual sayur dan buah lain juga), kami mula menjejak pemilik-pemilik dan penjual-penjual durian Langat ori ni..Kami pun jumpalah beberapa pekebun dan mereka pun bersetuju untuk jual kepada kami pada harga yang berpatutan.Kami balik, buat kira-kira sikit, dan kami pun dapat harga jualan untuk setiap pek pada harga RM28.00 untuk 500 gram.Masa tu kira-kira, oklah ada untung yang munasabah, harga jualan pun dapat diberi pada harga marhaen dan harga mampu milik.

Jadi bermulalah rutin kami selama 2 hari.– Pagi keluar ke setiap kebun ambil buah.– Balik tengahari, kopek dan isi ke dalam pek.– Buat penghantaran.– Balik petang tu pusing lagi sekali setiap kebun ambil buah.– Malam tu kopek dan isi dalam pek, simpan dalam fridge.– Esok paginya buat penghantaran.– Lepas tu pusing kebun ambil buah.– *repeat*Malam ini genaplah 2 hari atau 48 jam kami jual durian dalam pek, berat 500 gram, pada harga RM28.00.Total berat keseluruhan buah yang dikopek ialah 77 kilogram.Tolak yang rosak apa bagai, dapat lah dalam 37 pek bersamaan 19 kilogram isi sahaja.Balik tadi kira-kira untung kasar, harga jualan tolak kos, 1 pek dapatlah lebih kurang RM4.20.Tolak bekas, tolak duit minyak tol, dapatlah dalam RM3.20 untung bersih (lebih kurang) untuk setiap pek.RM3.20 x 37 pek, dapatlah RM118.40 untuk 2 hari dari pagi sampai ke malam.Bahagi 2 orang punya gaji, saya dan wife, sorang dapatlah RM59.20 sorang untuk 2 hari.Maknanya gaji saya dan wife sehari dalam RM29.60 serba seorang.Banyak kan?Tak. Saya bukan kongsikan pengalaman ni untuk meraih simpati, jauh sekali nak kata menyesal letak harga murah sangat. Saya berkongsi supaya ramai tahu mengapa harga durian ni kadang terasa macam harga Yahudi.Yeah of course, ada saja cara lain saya boleh buat untuk kurangkan kos contohnya beli borong beratus kilo, atau pajak kebun, tapi realitinya saya bukan tokey besar, dan banyak penjual durian lain, makcik-makcik kampung semua tu bukan tokey besar juga.So fahamlah kadang bila kita tawar-menawar dengan mereka, kenapa mereka kelihatan agak sugul bila harga yang kita minta terlalu sikit.Zaman-zaman durian selonggok RM7 – RM8 telah lama berlalu…Dan akhir sekali saya nak kongsi realiti kejam dunia berniaga.Pelanggan tak kisah anda buat kerja dari pagi sampai ke malam. Pelanggan tak kisah anda uruskan semuanya berdua saja. Pelanggan tak kisah anda niat baik nak bagi harga murah untuk semua boleh nikmati. Pelanggan tak kisah anda berkejaran ke sana ke mari untuk siapkan order.Pelanggan kalau dia nak cancel, dia cancel saja, walaupun anda dah on the way…Itu realiti dunia berniaga.Of course ada yang baik hati dan amat memahami lah.Tapi cukup 2 3 orang pelanggan yang jenis bekeng yang akan membuatkan seluruh hari anda rasa macam sia-sia.Jadi itulah dia, perkongsian pengalaman 48 jam mencuba jual durian.Terima kasih kerana sudi membaca.Hiduplah Durian Untuk Negara!*Lepas ni kena naikkan harga. Tak boleh letak RM28.00 satu pek dah. Ini sebenarnya tujuan asal posting ni.Tahukah anda, terdapat taktik licik daripada segelintir peniaga buah ini meletakkan harga bergantung kepada betapa mewahnya kenderaan si pembeli? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

Sumber: Mohamad Jamalee

Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Adalah Tanda Dedikasi Pada Kerja

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun

Di Jepun, tidur dalam mesyuarat adalah tanda kepada dedikasi bekerja?

Di kebanyakan negara, tidur semasa acara sedang berlangsung boleh ditafsirkan sebagai tindakan yang tidak menghormati majlis.

Namun tahukah anda di Jepun, tidur semasa mesyuarat berlangsung selalunya dilihat sebagai simbol dedikasi kepada kerja?

Melihatkan pada budaya Jepun yang terlalu keras dalam bekerja, perlakuan tidur di dalam mesyuarat atau lebih dikenali sebagai inemuri merupakan perkara biasa dan ia diterima masyarakat.

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun 1
Sumber: Amusing Planet

Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.

Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.

Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun 3
Sumber: Bashny

Akan tetapi dalam inemuri ada peraturan; bergantung kepada status dalam tangga sosial.

Sejarah Penggunaan Bendera Putih Sebagai Simbol Menyerah Kalah

Sejarah Bendera Putih Menyerah Kalah

Terdapat pelbagai simbol dan isyarat yang dapat difahami secara global di dunia ini. Salah satunya, mengenai simbol atau isyarat mengibarkan bendera putih diertikan sebagai tanda menyerah kalah.

Asal-usul penggunaan bendera putih

Berdasarkan catatan sejarah, penggunaan bendera putih sebagai lambang serah diri telah berlaku sejak era Dinasti Han Timur (25-220 Masihi). Namun, dipercayai penggunaan bendera putih ini mungkin lebih lama dari itu.

Sejarawan Cornelius Tacitus mencatat penggunaan bendera putih pada bukunya yang berjudul Histories pada tahun 109 M. Munculnya isyarat tersebut merujuk kepada Pertempuran Cremona Kedua yang terjadi antara bangsa Vitellia dan Vespasia pada tahun 69 M. Warna putih digunakan sebagai lambang para tentera untuk menyerah.

Bendera putih digunakan secara meluas pada Zaman Pertengahan di Eropah Barat sebagai lambang serah diri.

Warna putih digunakan secara umum untuk menunjukkan seseorang dibebaskan daripada pertempuran; bentara membawa tongkat istiadat putih, tahanan atau tebusan yang ditangkap dalam pertempuran akan melekatkan sehelai kertas putih di topi mereka, dan pasukan pengawal yang telah menyerah dan dijanjikan jalan selamat akan membawa tongkat putih.

Sejarah Bendera Putih Menyerah Kalah

Sejarawan berpendapat bahawa warna putih adalah warna yang mudah dikenali ditengah suasana peperangan. Di samping itu, kain putih merupakan kain yang mudah didapati dan menjadi kegunaan harian pada era kuno.

Pengarang ‘Worth Dying For: The Power and Politics of Flags’, Tim Marshall mengatakan bendera putih digunakan sebagai simbol penyerahan di seluruh dunia kerana ia simbol yang dikenali serta-merta.

“Anda tidak perlu membaca dan menulis. Anda tidak perlu banyak mengetahui sejarah. Anda melihat bendera itu, anda tahu apa itu.”

Setelah berabad-abad penggunaannya, bendera putih disepakati umum sebagai suatu cara untuk menunjukkan perdamaian atau pengecualian seseorang daripada suatu peperangan.

Bendera putih juga menandakan salah satu pihak yang berperang menyerah diri atau menginginkan gencatan senjata.

Ia juga dianggap simbol bersih yang dapat melindungi pengguna dari pelbagai serangan tetapi tidak boleh digunakan sebagai bentuk penyamaran untuk menyerang.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia pada ketika ini yang mana kempen #BenderaPutih yang digerakkan rakyat adalah tanda solidariti dan keprihatinan tinggi terhadap mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan pandemik COVID-19.

Sumber: MerdekaBusiness Insider

Digelar ‘Pintu Neraka’, Kawah Api Gergasi Angkara Manusia Ini Masih Belum Padam Sejak 50 Tahun

Pintu Neraka Kawah Api Tak Pernah Padam

Digelar ‘Pintu Neraka’, Kawah Api Gergasi Angkara Manusia Ini Masih Belum Padam.

Baru-baru ini berlakunya kejadian di Teluk Mexico sehingga membentuk ‘lautan api’ gara-gara saluran paip minyak bawah laut terbakar dan meletup.

Syarikat pengeluar minyak di situ, Pemex mengatakan ia berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku pada saluran paip bawah laut.

Mujur, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kebakaran itu berjaya dipadamkan kira-kira lima jam kemudian dengan menggunakan nitrogen.

Pintu Neraka Kawah Api Tak Pernah Padam

Ramai yang mengatakan kejadian sebegitu adalah bencana alam akibat daripada kerakusan manusia sendiri.

Ia mengingatkan kepada salah satu lokasi yang dikategori sebagai ‘menakutkan di dunia’ yang terletak di Turkmenistan.

Dikenali sebagai Kawah Gas Darvaza, kawah berapi yang diberi julukan ‘pintu neraka’ ini terletak di gurun Karakum, kira-kira 150 kilometer dari ibu negara Turkmenistan Ashgabat.

Dilaporkan, sehingga kini api di kawah itu masih menyala sejak 1971 dan turut menjadi lokasi tarikan pelancong yang mahu merasai pengalaman berada berdekatan kawah itu.

Pintu Neraka Kawah Api Tak Pernah Padam

Pemerintah setempat pula tidak mengetahui sampai bilakah api di kawah yang mempunyai kedalaman 30 meter dengan kelebaran 69 meter itu akan terpadam.

Mengikut sejarah, kawah berapi itu sebenarnya adalah medan gas asli di Derweze, Turkmenistan yang diruntuh ke dalam secara tidak sengaja oleh sekumpulan jurutera petrokimia Soviet dalam misi pencarian sumber gas mereka, lalu menjadi sebuah kawah gas asli.

Gas asli yang keluar kebanyakannya diketahui daripada gas metana, yang dapat menyerap oksigen dan membuatkan hidupan liar dan orang-orang yang tinggal berhampiran kampung Darvaza sukar untuk bernafas. Ia terbukti selepas keruntuhan itu, haiwan di sekitar gurun mulai mati.

Risau jika gas berkenaan akan terlepas ke atmosfera, mereka menyalakan api dengan harapan ia akan lenyap dalam tempoh beberapa minggu. Sangkaan mereka ternyata meleset kerana ia tidak pernah padam, sehingga hari ini.

Misteri alam, Kawah Gas Darvaza, selepas lima dekad terbakar ia tidak pernah mengeluarkan gas beracun dan ini membuatkan orang ramai teruja untuk mengunjunginya.

Sumber: CNN

China Mula Haramkan Pembinaan Bangunan Pencakar Langit Lebih 500 Meter

China Haramkan Bangunan Pencakar Langit Lebih 500 Meter Dibina 2
Sumber: Straits Times

China sudah mula haramkan pembinaan bangunan pencakar langit di sana.

Negara-negara negara di dunia seakan semakin ghairah berlumba membina bangunan pencakar langit di negara masing-masing.

Tidak dinafikan, bangunan pencakar langit boleh menjadi identiti yang melambangkan negara. Namun, tanpa sedar ia sebenarnya menjadi salah satu sebab terjadinya bencana alam seperti gempa bumi, kebakaran dan perubahan cuaca.

Terbaharu, kerajaan China akhirnya mengeluarkan arahan pengharaman ke atas usaha untuk membina bangunan melebihi 500 meter (1,640 kaki) pada tahun lalu.

Malah pihak berkuasa tempatan juga diminta untuk menghadkan pembinaan menara yang tingginya melebihi 250 meter.

Undang-undang baru ini dikuatkuasa bertujuan untuk memastikan aspek keselamatan dipentingkan dengan pengawalan pada kualiti projek pembangunan.

Menurut seorang perancang ekonomi, masalah kualiti dan bahaya dalam beberapa projek pembangunan adalah disebakan pemantauan yang longgar.

Piawaian pembangunan yang teruk menjadikan China menjadi perhatian sejak bertahun-tahun lepas.

Mengambil contoh yang terbaharu ialah sebuah menara setinggi 72 tingkat di Shenzhen yang ditutup selamanya bermula Mei lalu susulan ia bergegar tanpa sebab.

China Haramkan Bangunan Pencakar Langit Lebih 500 Meter Dibina 1
Sumber: Bloomberg

Pada ketika itu, dilaporkan seramai 15,000 orang berada di dalam bangunan setinggi 300 meter berkenaan.

Mengambil langkah berjaga-jaga, kesemua peniaga dan penyewa di menara berkenaan diarahkan untuk berpindah supaya pemeriksaan dapat dijalankan tanpa gangguan luaran.

Bangunan yang dibina pada tahun 2000 ini merupakan bangunan ke-18 tertinggi di Shenzhen bagi menempatkan pasar elektronik dan pejabat perniagaan yang terbesar di dunia.

Di dunia, hanya ada 10 buah bangunan pencakar langit yang melebihi ketinggian 500 meter, dan lima daripadanya berada di China:

  1. Burj Khalifa, Dubai – 828 meter
  2. Menara Shanghai  – 632 meter
  3. Menara Jam, Mekah – 601 meter
  4. Pusat Kewangan Antarabangsa Ping An, Shenzen – 599 meter
  5. Menara Lotte World – 554.5 meter
  6. Pusat Perdagangan Satu Dunia, New York – 541.3 meter
  7. Pusat Kewangan CTF, Guangzhaou – 530 meter
  8. Pusat Kewangan CTF Tianjin – 530 meter
  9. Menara CITIC, Beijing – 528 meter
  10. Menara Taipei, Taiwan – 508 meter

Ramai Puji Lihat Hasil Kerja Tangan Penggali Kubur Ini, Buatkan Rasa Insaf

Hasil Kerja Tangan Penggali Kubur
Sumber: FB

Penggali kubur, kerjanya tidaklah popular namun besar manfaatnya kepada masyarakat.

Bagi yang sering melayari Facebook, pasti akan tahu mengenai kewujudan group Tukang Apa Hari Ini yang memperlihatkan ahli-ahlinya berkongsikan hasil kerja bertukang masing-masing.

Perkongsian pemilik akaun MrBoyb Nordin di group Tukang Apa Hari Ini membuatkan ramai berasa insaf dan kagum melihat hasil kerja tangannya sebagai seorang penggali kubur.

Mana tidaknya, ‘destinasi akhir’ bagi insan yang sudah pergi buat selama-lamanya lazimnya mendatangkan rasa gerun sebaliknya kerja tangan penggali kubur muda dari Kota Tinggi Johor ini cukup kemas dan teliti.

Hasil Kerja Tangan Penggali Kubur
Sumber: FB

Menerusi hantarannya, MrBoyb Nordin secara merendah diri berkata tidak pandai bertukang rumah seperti kebanyakan ahli dalam kumpulan berkenaan dan hanya tahu menggali kubur.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah Job Hari Ni overtime sampai malam. Saya tak pandai tukang rumah. Saya cuma pndai tukang ni je.

“Semoga Rohnya dicucuri rahmat di tempatkan bersama org-orang yang beriman. Al fatihah.

“Salam kenal dari Geng Lahad 7 Kg Felda Air tawar2 Kota Tinggi Johor,” tulisnya.

Rata-rata ahli dalam kumpulan tersebut memuji hasil kerja tangannya yang kelihatan kemas pada masa yang sama menjemput rasa keinsafan untuk mengingati detik kematian.

“Selama 31 tahun, Allah pinjamkan nyawa. Ini kali pertama tengok liang lahad sekemas ini. Sudah macam ikat bata dan plaster. Bagi orang mungkin biasa. Tetapi jenis orang teliti lain kemahirannya.”

“Kalau buat rumah biasanya orang komen kemas dan selesa. Tetapi hasil tukang kali ini cukup kemas. Tidak berani pula hendak kata selesa.”

“Kadang-kadang terfikir liang lahad lepas arwah masuk akhirnya timbus. Tapi bila nampak begini baru faham penggali kubur ikhlas dalam kerjanya dengan hasil kerja iaitu rumah terakhir buat arwah yang begitu cantik,”

“Tak semua org reti tukang yang satu ni. Syabas. Semoga Allah membalas perbuatan baik tuan.”

Menurut sumber, MrBoyb sudah lima tahun melakukan pekerjaan itu dengan mengambil masa selama hapir tiga jam untuk menyiapkan satu liang lahad.

Sumber: MrBoyb Nordin

Senarai Barang Yang Boleh Anda Masukkan Ke Dalam Bantuan Bakul Makanan

Bantuan Bakul Makanan
Sumber: Malakat Tribune

Apa yang boleh anda masukkan dalam bantuan Bakul Makanan?

Sekarang, kempen #BenderaPutih giat dijalankan di dalam negara bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan bekalan makanan.

Pastinya ramai ingin membantu dan ramai juga yang memerlukan bantuan demi kelangsungan hidup sehari-hari.

#KitaJagaKita Jika Terputus Bekalan Makanan Perlukan Bantuan Segera, Kibarkan Bendera Putih
Sumber: Azzah AR

Buat anda yang ingin memberikan bantuan bakul makanan, di sini kami senaraikan beberapa barang yang boleh anda beli.

Bahan Asas:

  • Beras
  • Gula
  • Garam
  • Tepung
  • Telur
  • Minyak
  • Biskut
  • Bahan makanan kering – bihun, spageti

Bahan tambahan:

  • Minuman – teh uncang, serbuk Milo, serbuk kopi
  • Makanan dalam tin – sardin
  • Susu pekat tin
  • Kicap
  • Sos
  • Mi segera
  • Bawang
  • Roti
  • Susu tepung & pampers untuk anak kecil sekiranya ada
  • Tuala wanita
  • Ubat-ubatan – panadol

Anda juga boleh meletakkan juga barangan tambahan seperti sayuran, buahan, ayam, ikan dan barangan basah lain.

Namun perlulah mengetahui terlebih dahulu keadaan penerima kerana barangan basah seperti contoh di atas mudah rosak.

Spesifikasi barangan keperluan bakul makanan di bawah PEMULIH (Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi) menyenaraikan barangan seperti berikut:

Senarai Barangan Yang Boleh Anda Masukkan Ke Dalam Bakul Bantuan Makanan

Tahukah anda ada aplikasi yang membolehkan anda mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan?

Antaranya ialah kitajaga.co dan Sambal SOS.

KitaJaga membolehkan pengguna mengetahui lokasi yang memerlukan bantuan dan pemberi bantuan menerusi peta yang dipaparkan.

Pengguna tidak perlu log masuk untuk menggunakannya, dan boleh mengaksesnya serta-merta terus dengan mudah.

Pengguna juga boleh menambah penawaran masing-masing di lokasi anda, ataupun, menambah notifikasi sekiranya memerlukan bantuan daripada kejiranan.

Manakala untuk Sambal SOS pula merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna memuat naik gambar rumah yang memasang bendera putih di luar kediaman mereka menerusi peta lokasi yang dipaparkan.

Pengguna lain aplikasi ini yang berminat untuk memberi bantuan bekalan makanan boleh mengetahui lokasi mereka yang memerlukan.

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari tabung makanan (food bank) terdekat, bagi mereka yang tidak mampu membeli keperluan makanan.

Orang ramai boleh memuat naik foto rumah yang mengibarkan bendera putih tanpa mendedahkan wajah ahli keluarga atau maklumat peribadi mereka.

Nama Lelaki Ini Yang Paling Banyak Direkodkan Dalam Guinness World Records

Nama Lelaki Ini Yang Paling Banyak Direkodkan Dalam Guinness World Records 1
Sumber: Guinness World Records

Kisah lelaki yang nama nya paling banyak dalam Guinness World Records.

Bagi setengah pihak, memecahkan rekod adalah sangat penting bagi membina jenama dirinya sendiri. Atau mungkin sekadar memuaskan hati sendiri yang sukakan cabaran.

Bagi Ashrita Furman, 66 tahun, melihat namanya terukir dalam buku Rekod Dunia Guinness (Guinness World Records) adalah impiannya.

Memecahkan 600 rekod dan masih memegang 200 daripadanya, lelaki dari Amerika Syarikat ini mula memecahkan rekod pada tahun 1979, ketika dirinya berusia 25 tahun.

Nama Lelaki Ini Yang Paling Banyak Direkodkan Dalam Guinness World Records 1
Sumber: Guinness World Records

Memiliki kerjaya tetap sebagai pengurus stor makanan kesihatan, Ashrita tidak pernah terfikir akan memecahkan satu rekod sekalipun kerana beliau bukanlah seorang yang aktif dalam bersukan.

Ketika remaja, beliau berminat dengan ilmu dalaman dan mula menjadi pengikut Sri Chinmoy, seorang lelaki India yang mengajar mengenai meditasi di Barat.

Pada tahun 1978, Sri Chinmoy memberikan sokongan untuk Ashrita mengambil bahagian dalam perlumbaan basikal 24 jam di Central Park, New York dan dengan hanya dua minggu berlatih beliau berjaya menduduki tempat ketiga dengan jarak sekitar 652km.

Pada waktu itu, beliau menambah Ashrita sebagai nama pertamanya, yang mana di dalam Bahasa Sanskrit membawa makna ‘dilindungi Tuhan’.

Rekod pertama beliau secara rasminya tercatat dalam Rekod Dunia Guinness adalah dengan melakukan lompatan jack sebanyak 27,000 kali pada tahun 1979.

Nama Lelaki Ini Yang Paling Banyak Direkodkan Dalam Guinness World Records 2
Sumber: Guinness World Records

Bermula daripada situ, semangat beliau sentiasa berkobar-kobar untuk memecahkan rekod dunia. Daripada rekod yang memberikan inspirasi sehinggalah rekod yang majoriti daripada penduduk dunia akan merasa pelik dengannya.

Antara rekod lain yang dipecahkan beliau yang membolehkan nama nya paling banyak tercatat dalam Guinness World Records:

  1. Menjadi individu yang boleh mengimbangkan gergaji di dagu paling lama di dunia pada tahun 2013 sebelum rekod ini dipecahkan oleh James Rawlings pada tahun Mei 2020.
  2. Memiliki lilin terbanyak di atas kek hari lahir dengan jumlah 72,585 batang sebagai tanda penghormatan kepada hari lahir Sri Chinmoy yang ke-85.
  3. Mengayuh basikal dengan mengimbangkan botol susu di kepala dengan jarak paling jauh.
  4. Berhula hoop paling lama dalam air.

Walaupun usianya sudah lanjut, Ashrita tetap aktif dalam usahanya mahu memecahkan rekod dunia. Dalam keadaan pandemik yang melanda, beliau meletakkan fokus untuk merampas semula rekod-rekod yang pernah beliau pegang namun berjaya dikalahkan calon lain.

Untuk pengetahuan anda, pemegang yang berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness tidak dibayar sebarang hadiah, pampasan dalam bentuk wang ringgit. Mereka hanya akan menerima sijil rasmi yang mengatakan rekod itu berjaya dipecahkan.

Malah, perbelanjaan untuk memecahkan rekod juga akan dibiaya sendiri oleh calon yang terlibat.

Satu-Satunya Kubur Di Tengah Jalan Raya

Kubur Di Tengah Jalan Raya
Sumber: The Sun

Kenderaan yang melalui di jalan itu terpaksa mengelilingi sebuah kubur yang berkedudukan di tengah-tengah jalan raya.

Keadaan itu terjadi disebabkan penduduk kampung di situ enggan mengalihkannya ke lokasi lain, menurut laporan The Sun.

Kubur tersebut dipercayai mengandungi mayat lelaki alim yang ditemui penduduk tempatan beberapa tahun lalu di Sivas, Turki.

Seorang penduduk di situ, Ahmet Hark berkata terdapat sebuah rumah di situ 40 tahun lalu namun ia kemudiannya dirobohkan.

Ia dijumpai oleh seorang wanita yang mendapat mimpi bahawa terdapat sebuah kubur di belakang rumahnya.

Menurut kepercayaan tradisional, adalah dilarang mengalih mayat orang alim ke tempat baharu maka kuburnya dibiar di situ.

Kubur Di Tengah Jalan Raya
Sumber: The Sun

Namun, beberapa tahun kemudian, rumah tersebut perlu dirobohkan untuk membina jalan raya. Diceritakan, sebelum meninggalkan rumah terbabit, pemilik sempat membuat tanda di kubur berkenaan.

Mereka membuat keputusan dibiarkan saja lokasi kubur itu dan diteruskan pembinaan jalan raya di situ.

“Menurut kepercayaan kami, tidak elok mengalihkan kubur orang alim dan ia patut kekal berada di lokasi asal dan oleh sebab itu, ia kekal berada di tengah-tengah jalan,” kata Ahmed.

Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai kisah legenda menyelubungi kubur itu dan beberapa orang awam juga berdoa di sebelahnya walaupun identiti individu yang telah ditanam di situ tidak dapat dipastikan.

Menurut syariat Islam seperti yang dipetik di laman web rasmi mufti Wilayah Persekutuan, para ulama menyatakan hukum asal memindahkan kubur adalah tidak dibolehkan tanpa sebarang maslahah dan keperluan yang mendesak tetapi jika sekiranya terpaksa maka ia dibolehkan.

Sumber: The Sun