Bukan Semua Sama, Ini Beza Dan Kegunaan Jenis-Jenis ‘Whipping Cream’ Di Pasaran.
Bukan semua orang jari-jemarinya terus mahir dalam bidang membuat kek dan pastri apabila kali pertama melakukannya.
Sejak akhir-akhir ini, ramai mula meminanti untuk membuat kek sehinggakan bahan-bahan kek seperti whipping cream sering sahaja kehabisan stok di pasar.
Bagi mereka yang baru sahaja meminati bidang dalam membuat kek, mungkin kadang-kadang keliru untuk menggunakan whipping cream yang terjual di pasar raya.
Biasanya orang akan membeli jenama yang sama mengikut resipi yang dirujuk tanpa mengetahui kegunaan sebenarnya.
Justeru, di sini kami kongsikan perbezaan whipping cream yang terdapat di pasaran serta kegunaannya.
Kebiasannya, krim putar tenusu (whipping cream dairy) sahaja yang dijual di pasar raya kerana ia hanya perlu disimpan di tempat sejuk berbanding krim bukan tenusu (whipping cream non dairy) yang perlu di simpan di tempat sejuk beku untuk tahan lebih lama.
Beza whipping cream di pasaran
1. Dairy Whipping Cream adalah Krim Putar Tenusu
2. Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai Fresh Cream atau Whip Topping For Cakes and Pastries atau Whipped Topping atau Whipped Cream
Non Dairy Whipping Cream
Ia merupakan krim putar yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu.
Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3 hingga 4 kali ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20 peratus dari saiz mangkuk mixer anda.
Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja.
Cara menyimpan lebihan krim ini, perlu di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti ais. Sesuai untuk jadi lepa kek, topping kek, filling durian crepe, creampuff, dan apa-apa sahaja yang perlukan volume untuk cantik!
Dairy Whipping Cream
Ia juga dikenali sebagai thick cream atau double cream. Ia juga merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 peratus lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu, cheese leleh atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut.
Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.
Seperti non dairy whipping , krim jenis ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan ditempat beku. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Alaf 21