Milo merupakan salah satu minuman kegemaran susu bercoklat yang terkenal di seluruh dunia.
Sebagai rakyat Malaysia, minuman susu bercoklat Milo sememangnya satu produk yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita.
Minuman yang diperkenal semasa kecil hingga dewasa ini, sememangnya menjadi pilihan kegemaran rakyat Malaysia.
Walaupun minuman ini mudah dibuat sendiri, ia tetap menjadi antara pilihan tertinggi minuman yang dipesan di kedai makan.
Disebalik kejayaan dan kenikmatan Milo, jom kita selami beberapa fakta menarik mengenai minuman susu bercoklat yang amat sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia.
1. Disebabkan terlalu banyak iklan, program dan mudah didapati di pasar raya serta kedai makan, kita sering menganggap Milo ialah minuman buatan Malaysia.
Sebenarnya minuman ini berasal dari Australia tetapi kini ia dikilangkan di pelbagai negara seluruh dunia.
2. Milo dicipta oleh Thomas Mayne pada tahun 1934. Ia dikeluarkan dari sebuah kilang yang terletak di Smithtown, berhampiran dengan Kempsey yang terdapat di tepi laut utara New South Wales, Australia.
3. Nama Milo diambil sempena nama seorang atlet Yunani yang bernama Milo of Croton.
Milo merupakan seorang ahli gusti terkenal pada tahun 6 Sebelum Masihi dan telah banyak memenangi perlawanan gusti dalam acara sukan di Greece.
4. Milo pertama kali dilancarkan di pasaran Malaysia sejak sebelum Merdeka lagi iaitu pada tahun 1950. Ini bermakna sudah 70 tahun Milo berada di pasaran Malaysia
5. Pengguna Milo di Malaysia adalah pengguna Milo tertinggi di dunia iaitu dianggarkan penduduk negara ini minum 9 juta cawan Milo setiap hari.
Sebab itulah kilang Milo terbesar di dunia adalah di Malaysia yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan.
6. Milo juga dikatakan mempunyai rasa yang berbeza bukan sahaja daripada air kotak hinggalah lori, mahupun yang dibuat sendiri.
Malah, milo yang terjual di 80 negara juga mempunyai resipi berbeza untuk memenuhi cita rasa pengguna.
Sebab itulah, jika anda membeli Milo misalnya di Indonesia mahupun di negara asalnya Australia, rasanya berbeza dengan di Malaysia.
7. Sering dikaitkan sebagai minuman sihat dan bertenaga kerana tiada acara suka yang tidak ditaja oleh Milo.
Pelbagai acara sukan tidak kiralah dari peringkat sekolah hingga ke Sukan SEA, Milo antara penaja utama.
Sumber: Pakej Bisnes Milo Premium, Saku Digital