Archives for January 2022

Fosil Lipan Gergasi Sebesar Sebuah Kereta Ditemui

May be an image of 1 person and text

Fosil lipan bersaiz 2.7 meter dari kepala ke kaki ditemuikan dalam keadaan baik, sekaligus menjadikan ia sebagai penemuan gaiwan invertebrata terbesar sepanjang zaman.

Menurut pakar sedimentologi, Neil Davies dari Universiti Cambridge berkata, penemuan fosil lipan gergasi itu jarang berlaku kerana sebaik sahaja haiwan itu mati, badannya akan hancur dan kelihatan tidak jelas.

“Kami belum menemukan kepala fosil. Jadi, adalah sukar untuk mengetahui segala-galanya tentang lipan tersebut,” katanya.

Menurut Davies lagi, penemuan itu adalah satu kebetulan kerana cara batu itu terjatuh dan retak mendedahkan fosil kelihatan sempurna.

Disebut sebagai fosil Arthropleura, ia ditemui selepas bongkah batu pasir jatuh dari tebing di Teluk Howick ke kawasan pantai.

fosil lipan gergasi sebesar sebuah kereta ditemui

Penemuan mengenai fosil lipan gergasi ini juga telah diterbitkan dalamJournal of the Geological Society.

Patung Dewi Sendai Daikannon

May be an image of outdoors

Ini adalah patung dewi Sendai Daikannon yang terletak di sendai, jepun. Patung ini siap dibina pada 1 September 1991. Sekaligus menempatkan sebagai patung tertinggi di dunia pada ketika itu. Pada tahun 2018 ia adalah patung kelima tertinggi di dunia dengan ketinggian 100 meter (330 kaki). Patung itu menggambarkan Bodhisattva Kannon dari Buddhisme Shingon. Patung Kannon ini membawa permata harapan di tangannya, yang menggolongkannya sebagai versi bentuk Nyoirin Kannon (“Kannon yang memenuhi permintaan”) dari Kannon. Terdapat sedikit bayaran untuk masuk ke patung itu sendiri. Di dalam tingkat yang pertama terdapat banyak patung Buddha dan raja-raja mitos.

Maine Coon: Baka Kucing Paling Besar

May be an image of 2 people, cat and text

Baka kucing Maine Coon adalah merupakan baka kucing domestik yang paling besar di dunia.

Bulan sekadar bulunya yang tebal tetapi juga saiz badannya sendiri yang begitu besar serta panjang.

Asal kucing baka ini adalah dari daerah Maine di Amerika Syarikat. Kucing ini turut dikenali dengan nama lain seperti “Gentle giant”, “American Longhair” serta “American Coon Cat”.

Kucing ini juga sangatlah berat. Purata saiz bagi kucing jantan baka ini adalah antara 5.9 hingga 8.2 kilogram manakala purata berat betina pula adalah antara 3.6 hingga 5.4 kilogram.

Ketinggian tubuh kucing ini pula mampu mencecah sehingga 41 cm serta panjang tubuhnya mampu mencecah sehingga 1 meter. Besar betul.

Pada tahun 2010, salah seekor kucing baka Maone Coon telah mendapat anugerah Guinness world record sebagai kucing paling panjang.

Kucing ini bernama Stewie. Panjang tubuhnya adalah 1.23 meter (kiraan dari hidung hingga hujung ekor).

Kucing ini dipelihara oleh tuannya di Nevada, Amerika Syarikat. Kucing ini mati pada usia 8 tahun.

Fuhh, besar betul kan kucing baka ini. Bukan saja besar, comel pula tu. Ada tak sesiapa yang bela kucing baka ini?

Landskap ajaib Glasier Perito Moreno, taman negara Los Glaciares, Santa Cruz. Argentina ?????

May be an image of nature, mountain and body of water

Kereta kebal misteri terapung di laut Indonesia

May be an image of ocean

JAKARTA – Satu objek asing yang menyerupai peralatan tentera dan mirip sebuah kereta kebal tentera dijumpai terapung di Laut Natuna di Indonesia, lapor laman berita Wionews semalam.

Tentera Indonesia yang maklum tentang insiden itu bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti objek terapung tersebut.

Minggu lalu, foto yang memaparkan objek tersebut dirakam sedang terapung menjadi tular di media sosial Indonesia.

Ia dirakam oleh pekerja pelantar di Laut Natuna yang merupakan kawasan yang luas dan cetek di bahagian paling selatan Laut China Selatan yang sebahagian besarnya berada di perairan negara Indonesia.

Salah satu foto itu menunjukkan objek tersebut sedang hanyut di dengan turet dan meriamnya jelas kelihatan.

Biarpun kenderaan itu kelihatan berkarat, beberapa peralatan luarannya dilihat berada dalam keadaan baik.

Keadaan laut yang bergelora bagaimanapun menyebabkan kapal pengendalian sauh OPS Astrid gagal mendekati objek berkenaan. – AGENSI

Bakal Trillionaire Pertama di Dunia.

May be an image of one or more people and text

Sebuah bank pelaburan menjangkakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk bakal menjadi trillionaire pertama di dunia. Ramalan itu berdasarkan keupayaan Musk menjana lebih banyak pendapatan hasil daripada perniagaan eksplorasi angkasa lepas SpaceX.

~ni baru betul kaya ,bukan skdar kaya luaran campak² duit.?

Pengawetan Mumia Terbaik

May be an image of 1 person and indoor

Yang muda akan tua. Kecantikan dan ketampanan akan pudar. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Walaupun dalam keadaan begini, mungkin nampak menakutkan, tapi ini adalah antara pengawetan terbaik lebih 2000 tahun.

Senyuman manis Lady Dai yang ‘forever & ever’ Kulit dan dagingnya masih ada walau kecut macam terendam lama dalam air. Kalau tubuh biasa kan beberapa minggu dah terurai. Ini lebih 2000 tahun!

Bayangkan. Tapi taktaulah keadaannya yang sebenar sejurus ditemui di makamnya. Foto ini pun keterangannya setelah dipulihara di makmal.

Xin Zhui (217 SM-168 SM) dari Kerajaan Changsa ketika era Dinasti Han Barat.

Ditangkap kerana Mengumpul Air Hujan?

May be an image of 2 people and text that says "RAIN 'BAN' FOX MAN FINED& FACES JAIL FOR COLLECTING WATER friends"

Pada tahun 2013 Seorang lelaki dari Oregon, Amerika Syarikat pernah dipenjara dan didenda sebanyak $1500 kerana mengumpul air hujan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Alasan pihak polis menangkapnya kerana air hujan adalah harta dan milik negara.

~Tadah air hujan pon kena tangkap hmm.

Buaya Lagenda – Gustave

May be an image of 3 people, crocodile and outdoors

Pada awal foto ini dipaparkan media social, ramai yang menyangka ia adalah Gustave. Seekor buaya lagenda yang telah menelan 300 ratus nyawa penduduk di pinggir sungai di Afrika. Malah gustave juga membunuh dan makan orang orang yang memburunya.

Namun setelah di siasat oleh BBC dan agensi yang lainnya ia bukanlah gustave yang diceritakan pemilik foto yang menyebarkannya di internet.

Akan tetapi Seekor buaya yang telah membaham 3 ekor kerbau di Nigeria. Dengan. Bantuan puluhan tentera dengan menggunakan senjata api.

Kalau yang ini sahaja sudah cukup besar dan ganas. Tidak dapat dibayangkan bagaimana Rupa gustave yang sebenarnya masih terus misteri hingga ke hari ini.

Portal bawah Tanah

No photo description available.

Ahli geologi tidak dapat menjelaskan kewujudan lubang gergasi di Yaman, Portal ke dunia bawah tanah.