Archives for February 2, 2022

Pelantar Minyak Terdalam di Dunia

Platform Stones di Teluk Mexico merupakan pelantar minyak terdalam di dunia yang mempunyai kedalaman menjangkau 2,900 meter.

Stones yang dikendalikan oleh Syarikat Minyak Shell mula beroperasi pada tahun 2016 dan berupaya mengeluarkan 50,000 barrel sehari.

Sebagai perbandingan, Platform Kikeh yang terletak di perairan Sabah merupakan yang terdalam di Malaysia

Mula beroperasi pada 2007, platform yang dimiliki oleh Petronas Carigali ini berkedalaman 1,330 meter dan berupaya mengeluarkan 700 barrel minyak sehari.

Sumber:

Utusan Malaysia

TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR

Tali gantung yang diimport diperbuat daripada jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang.

Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

*APABILA RAYUAN DITOLAK*

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

*HARI PENGGANTUNGAN*

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia.Ada beberapa orang sahaja yang menjadi

agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati.

Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’.

Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja-T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

*BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG*

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah..

Kredit :Aby gemersik

Ilusi optik, tak jumpa garisan melengkung ?

Anda dapat jumpa ke garis melengkung?

Lebuh raya di Xinjiang

Lebuh raya di Xinjiang baru-baru ini menerima gelaran “lebuh raya paling indah” dalam pilihan yang dipegang oleh Geografi Kebangsaan China.

Sindrom Cyclopia ( Mata Satu )

Cyclopia adalah kecacatan sejak lahir yang jarang berlaku apabila bahagian depan otak tidak membelah ke belahan kanan dan kiri.

Cyclopia, juga dikenali sebagai alobar holoprosencephaly, berlaku pada nisbah kelahiran 1 dari 100,000 bayi baru lahir.

Cyclopia sering mengakibatkan keguguran atau mati setelah melahirkan.Ketahanan hidup selepas kelahiran biasanya hanya untuk beberapa jam sahaja.Dengan keadaan sebegini,bayi tidak mampu bertahan hidup oleh sebab bayi mempunyai sebelah mata.Hal demikian ini kerana kerosakan otak bayi pada awal pembentukkan janin.

Tanda kecacatan yang paling jelas adalah bayi bermata satu atau mata terbahagi separa.Mereka biasanya tidak mempunyai hidung, tetapi proboscis (pertumbuhan seperti hidung) terkadang berkembang di atas mata semasa kehamilan.

Haiwan juga tidak terkecuali.Saintis tidak punya cara untuk mencegah keadaan dan sampai saat ini mereka tidak menemukan penawar.

Hikmah Dari Larangan Memakan Khinzir.

Neurocysticercosis ialah penyakit jangkitan parasit yang disebabkan oleh sista larva (kantung tertutup yang mengandungi peringkat parasit yang belum matang) iaitu cacing pita babi yang dinamakan (Taenia Solium).Sista larva ini boleh menjangkiti pelbagai bahagian anggota badan seterusnya menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai cysticercosis.#duniaperubatan#Faktaitubenar

Peluru Penyembah Dajal

Peluru ini dikenali sebagai ‘Butterfly Bullets’ atau ‘dum-dums’ dan ia tersenarai dalam senarai senjata terlarang.

Penggunaannya adalah satu jenayah terlarang menurut Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court). Namun tentera z!on!s I$rael merupakan penjenayah penyembah dajjal yang telah pun menggunakan senjata sebegini buat sekian lama.

Peluru butterfly atau ‘bum-bums’ ini ditujukan khas kepada anak-anak muda P@lest!n yang berdemonstrasi tanpa bersenjata untuk membunuh semangat mereka dan menyebabkan mereka cacat sepanjang hayat.

Loji Nuklear Chernobyl

Inilah tempat kawalan loji nuklear Chernobyl. Ia sekarang adalah kawasan yang paling tinggi dedahan radiasinya atau zon yang paling radioaktif.

Chernobyl akan terus tidak di diami sehinggalah tahun 2065 itupun dengan bantuan pembersihan sisa nuklear yang berterusan..

Penemuan Muntah Ikan Paus di Malaysia

Rezeki ‘terpijak’ jumpa muntah ikan paus

KEMAMAN – Seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila menemui objek menyerupai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus bernilai ratusan ribu ringgit di Marang baru-baru ini.

Aida Zurina Long, 41, berkata, dia terjumpa objek itu sewaktu memancing bersama ahli keluarganya berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada pukul 11 malam, akhir bulan lalu.

Dia berkata, pada mulanya, dia mengalihkan objek terapung berhampiran kawasan memancing mereka ke tebing sungai dengan sebatang kayu kerana menyangka ia sampah.

“Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya kembali ke lokasi itu pada keesokan harinya.

“Rupa-rupanya ia bukan sampah tetapi ketulan batu besar berwarna putih lalu menarik minat saya untuk mengambilnya untuk dibawa pulang,” ujarnya ketika ditemui di kedai makannya di Kemasik di sini hari ini.

Aida Zurina berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ayahnya ketulan batu seberat kira-kira lima kilogram yang dibawa pulang ke rumah itu sebenarnya muntah ikan paus.

Jelasnya, ayahnya yang berpengalaman sebagai nelayan mengesyaki objek itu amat berharga sebelum membakar sedikit objek tersebut bagi membuktikan dakwaannya.

“Memang benar ia mencair dan meleleh seperti lilin sebelum mengeluarkan bau yang sangat harum apabila dibakar,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan nelayan di Yemen menjadi jutawan sekelip mata selepas mereka terjumpa bangkai seekor paus sperma semasa keluar menangkap ikan di tengah laut, baru-baru ini.

Mereka membelah perut bangkai paus tersebut dan menemui ambergris atau muntah paus seberat 127 kilogram. Bahan yang ditemui dalam perut paus itu amat berharga dan digunakan untuk menghasilkan minyak wangi.

Kumpulan nelayan itu menjual muntah paus tersebut kepada seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu pada harga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) sekali gus jumlah yang amat besar kepada penduduk Yemen. -K! ONLINE

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

14 Disember 2021, 9:14 am

#Kosmo

Lelaki ini Merenung Matahari Selama Sejam

Seorang lelaki warga emas yang bernama MS Verma dari India telah berjaya mencipta rekod kebangsaan dengan merenung ke arah Matahari selama sejam secara berterusan tanpa berkelip atau memakai kaca mata.

Selepas sejam merenung Matahari, pakar perubatan mendapati tahap penglihatan lelaki itu masih berada dalam keadaan baik dan kesihatan matanya didapati masih normal.

~Hebatnya dia boleh tenung matahari tanpa berkelip..ilmu apa lh dia pkai ?