Archives for February 2, 2022

Tasik Lonar

Tasik Lonar ialah tasik air masin yang terletak di Lonar di daerah Buldhana, Maharashtra, India, yang dicipta oleh hentaman meteor semasa Zaman Pleistosen dan ia merupakan satu-satunya kawah hentaman kelajuan hiper yang diketahui dalam batuan basaltik di mana-mana sahaja di Bumi

Lembu Bermata Tiga

Seorang veterinarian Malan Hughes melaporkan bahawa di ladangnya lahir Seekor lembu yang mempunyai mata ketiga betul betul pada tengah dahinya.

Lembu ini mempunyai mata tambahan yang sempurna seperti mempunyai kelopak mata dan bulu mata. Cuma tidak dapat dipastikan adalah ia berfungsi seperti mata yang normal.

Namun begitu, Menurut Hughes bahawa lembu istimewa ini hidup seperti lembu lembu yang lain normal. Hughes juga berkata dia melayan lembu tersebut seperti yang lainnya.

(maksudnya akan disembelih untuk mendapatkan dagingnya seperti lembu lain)

Hughes ini memang betul betul businesses man.. Kalau lembu ini ada kat Malaysia.. Macam mana lah ya.. ?

Ferrari 812 Superfast Terlibat dalam Kemalangan

No photo description available.

Seorang pemain club bola sepak itali Federico Marchetti, terkedu apabila Ferrari 812 Superfast terlibat dalam kemalangan setelah dipandu oleh pekerja Carwash. Difahamkan beliau pergi membasuh kereta di pusat membasuh kereta sebelum dia menuju ke pusat sukan untuk latihan bola sepak.

Selepas kereta miliknya telah siap dibersihkan, salah seorang pekerja pusat membasuh kereta tersebut memandu kereta terbabit menuju ke pusat sukan untuk memulangkan kereta beliau. Tetapi nasib tidak menyebelahi pekerja pusat membasuh kereta pada hari itu kerana semasa dalam perjalanan dia tidak dapat mengendalikan kereta tersebut dengan baik mengakibatkannya hilang kawalan dan merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan pada kawasan berhampiran.

Federico Marchetti bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi marah atas kemalangan tersebut. Beliau simpati dengan kemalangan yang terjadi dan bersyukur kerana tiada sesiapa pun mengalami kecederaan semasa kejadian tersebut berlaku. “Saya memohon maaf atas apa yang berlaku, syukur tidak ada yang tercedera dan ini adalah berita yang paling penting sekali. Biarkan sahaja ia berlalu, saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya rasa ada perkara lain yang lebih penting di dalam hidup ini,” kata Federico Marchetti.

Ferrari 812 Superfast merupakan sebuah jentera berprestasi tinggi yang dikuasakan enjin baharu 6.5 liter natural-aspirated V12. Kereta ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.9 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 340 km/j. Beharga RM1,578,800.00 (tidak termasuk cukai dan kos-kos tambahan yang lain).

#Steady #Respect ?

Rumah Paling Sunyi di Dunia

May be an image of mountain and nature

Misteri Buffa di Perrero, ‘Rumah Paling Sunyi di Dunia’ Yang Tertanam Di Tepi Banjaran Terpencil

Kita semua pernah berfikir nak tinggal di satu kawasan yang jauh, sunyi daripada kebisingan dan jiran yang menjengkelkan. Namun, terdapat satu tempat yang menepati ciri tersebut, iaitu salah satunya di Buffa di Perrero.

Digelar sebagai ‘rumah paling sunyi di dunia’, Buffa di Perrero dipercayai terletak tinggi di Monte Cristallo di Pergunungan Dolomite. Reka struktur rumah tersebut dikatakan ‘tertanam’ pada permukaan batu. Kewujudan rumah tersebut telah membingungkan orang ramai selama beberapa dekad lalu.

Pembinaan yang berdindingkan bata, bumbung yang senget, empat tingkat berbingkai dan mempunyai satu set kerusi perkhemahan. Pada mulanya, rumah tersebut menyebabkan ramai orang bingung bagaimana bahan binaan dan objek dibawa naik dan dibina.

Apa yang lebih mengejutkan adalah pada hakikatnya rumah tersebut dipercayai telah dibina lebih daripada 100 tahun yang lalu semasa Perang Dunia Pertama lagi.

Berdasarkan laporan The Sun, askar Itali pada waktu itu telah membina rumah tersebut sebagai tempat perlindungan untuk berehat ketika berperang dengan tentera Austro-Hungary yang merentasi kawasan berceranggah.

Mereka dikatakan telah mencipta tempat tersebut untuk dijadikan sebagai ruangan rehat, tempat simpanan barang dan tempat yang strategik untuk memerhati musuh.

Cara-cara untuk mengakses struktur unik ini adalah dengan menggunakan tangga tali dan kereta kabel. Cara lain adalah dengan melalui denai gunung yang berbahaya dan hanya yang berani sahaja yang sanggup merentas jalan itu.

Ada seorang penjelajah telah memberi amaran kepada sesiapa yang melalui laluan itu, sebahagian daripada Via Ferrata Ivano Dibona memerlukan tahap kecergasan yang tinggi untuk mendaki.

Via Ferrata dalam bahasa Itali bermaksud ‘laluan besi’ yang dipasang dengan tangga keluli, anak tangga dan kabel telah dibina ke dalam gunung untuk digunakan oleh para rambler untuk mengemudi bahagian yang sukar.

Walaupun kini tempat itu masih tidak boleh digunakan lagi, tetapi Buffa di perrero masih menawarkan sudut permandangan yang mengagumkan dari julat Dolomit.

Sumber : India Times

Perbandingan Saiz boeing 777X dengan Boeing 737

Besar betulkan.

Boeing 777X mampu membawa 462 orang penumpang dan ia mempunyai 2 enjin.

Dan, harganya mencecah 422.5 juta dollar.

Ia juga telah mengalahkan rakan seterunya Airbus A 380 yang memegang tahta begitu lama.

Peperangan antara boeing dan airbus,

Sama lah seperti USA vs Emirates Arab.

Kita tunggu beberapa tahun lagi, mungkin akan muncul kapal terbang yang lebih besar lagi.

Foto ikonik angkasawan Bruce McCandless

No photo description available.
No photo description available.

Foto ikonik angkasawan Bruce McCandless pada jarak maksimum 150 meter semasa misi Challenger Space Shuttle, Misi STS-41B pada 7 Februari 1984. Gambar tersebut diambil oleh rakan- rakannya di atas kapal angkasa tanpa peralatan tali. McCandless menjadi angkasawan pertama untuk bergerak di angkasa lepas atau “space walk”,gambar yg telah diwarnakan.

Sempadan Pakistan dan India

Subhanallah wabihamdihi..

Dari Stesen angkasa lepas Sempadan Pakistan dan India begitu jelas kelihatan di Waktu malam. Lampu di pasang di sepanjang jajaran sempadan bagi mengelakkan pencerobohan di antara rakyat mahupun Tentera di kedua dua negara.Ia juga menunjukkan betapa ketatnya penjagaan keselamatan bagi kedua dua negara.

Mumia untuk dijual

Pada tahun 1865, Mumia @ Mummy di jual dijalankan. Pada masa itu nilai jasad mumia ini tidak berharga seperti sekarang.

Mumia pada ketika itu dijual untuk memperolehi serbuk seperti bedak wangi yang menyaluti jasadnya. Ia digunakan untuk tujuan Perubatan.

Malah pada masa itu, jika tidak mampu membeli satu jasad lengkap. Maka, anggota badan mumia di ceraikan di jual mengikut kemampuan pembelinya.

NOSTALGIA KOMEDI : TEAM BOLA SEPAK YANG TERKUAT DI DONIA

May be an image of 7 people and people standing

Lebih kurang 20 tahun yang lalu, sebuah team bola sepak terkuat di donia telah diwujudkan. Ianya terjadi setelah berlakunya pertemuan, antara bekas pemain ternama dengan seorang gelandangan yang mempunyai keistimewaan “kaki besi” yang dimilikinya.

Setelah menemui kata sepakat, gelandangan itu telah berjaya mengumpul kesemua rakan seperguruanya yang juga gagal dalam hidup mereka. Dengan bakat dan tunjuk ajar daripada bekas pemain ternama yang bertindak sebagai jurulatih, telah membentuk suatu team yang hebat.

Kemudian, mereka telah bertembung dengan satu team yang menggunakan sejenis dadah untuk menguatkan pemain. Mereka berjuang bermatian untuk meneruskan perlawanan, sehinggalah teman wanita gelandangan yang menyelamatkan team mereka.

Dengan berkat kekuatan tersembunyi dan aura dari kasut buruk kesayangan, serta semangat daripada teman wanita. Gelandangan itu telah mengenakan satu tendangan padu yang luar biasa bagi memenangi perlawanan.

Kemenangan ini telah mengiktiraf bahawa mereka adalah team yang terkuat di donia.

#kreditbraderfilem

Eastern State Penitentiary: Penjara Usang Paling Berhantu di Dunia.

Penjara Eastern State Penitentiary merupakan sebuah penjara usang yang terletak di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Penjara ini dibina pada tahun 1800 dan ia berada sebaris dengan penjara Guatanamo dari segi kezaliman sistem seksaannya.

Pada waktu itu, penjara ini merupakan salah satu penjara yang paling banyak mencatatkan angka kematian banduan dalam penjara.

Sebenarnya, ramai banduan mati bukan sahaja kerana diseksa dengan teruk dalam penjara tetapi juga kerana pergaduhan sesama banduan secara besar-besaran sering berlaku dalam penjara ini.

Antara kumpulan samseng popular yang pernah dipenjarakan di sini adalah kumpulan Al Capone yang merupakan kumpulan gangster yang sangat ditakuti di Chicago.

Pada waktu itu, pihak berkuasa menjalankan tangkapan secara besar-besaran terhadap Al Capone menyebabkan penjara

Satu kejadian pergaduhan secara besar-besaran telah terjadi dalam penjara Eastern State Penitentiary yang menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Faham-faham sajalah, kumpulan Al Capone adalah kumpulan kongsi gelap yang sangat ganas serta kuat. Jika berlaku pergaduhan memang mereka tidak mahu mengalah.

Apa yang lebih menyayat hati adalah bukan sahaja banduan yang terkorban. Sebaliknya, nyawa pegawai dalam penjara itu juga turut terkorban ketika mereka berusaha untuk meleraikan pergaduhan secara besar-besaran itu

Selain Al Capone, nama-nama penjenayah besar seperti Willie Sutton, perompak bersenjata terkenal serta James Bruno ataupun Big Joe turut pernah ditahan di sini antara tahun 1936 hingga tahun 1948.

Satu lagi kejadian tidak diingini berlaku di penjara ini pada tarikh 3 April 1945. Hal ini apabila terdapat 12 orang banduan berjaya lolos dari penjara ini.

Mereka menggali terowong yang sangat dalam dan sangat panjang di bawah penjara ini dan melarikan diri melalui terowong tersebut. Panjang terowong yang digali tersebut adalah 30 meter.

Ramai banduan lain cuba untuk melarikan diri melalui terowong yang sama. Malangnya, polis berjaya menghidu kegiatan itu

Berlaku satu kejadian tembak menembak yang berjaya mengorbankan seramai 6 orang banduan yang sedang cuba untuk melarikan diri.

Sehinggalah tahun 1971, banduan serta pegawai penjara ini ditukarkan semuanya ke Penjara Graterford.

Alasan yang diberikan adalah kerana penjara ini tidak lagi selamat diduduki dan ianya terpaksa ditutup.

Apabila ditanya mengapa tidak selamat, ketua penjara memberi jawapan bahawa banduan senang melarikan diri.

Namun, ada teori yang mengatakan penjara ini ditutup kerana banduan serta para pegawai penjara selalu diganggu kelibat roh banduan yang mati di sini.

Sehingga tahun 1988, datuk bandar iaitu Wilson Goode mengumumkan penjara ini dinaiktaraf dan pada tahun 1994, ia ditukar fungsi menjadi sebuah muzium.

Ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang ke sini untuk merasai sendiri pengalaman seram di dalam penjara ini.

Berdasarkan reviu, memang sering kedengaran suara seram meminta tolong serta terlihat kelibat manusia yang tubuhnya dipenuhi darah mundar-mandir dalam penjara ini.

Fuh, seram kan penjara ini?