Siapa kata Korea Utara tiada kumpulan K-pop?

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

Sebuah kumpulan yang di gelar Moranbong Band. Adalah satu kumpulan muzikal yang pada mulanya membuat persembahan kecil kecilan. Oleh kerana Undang Undang di Korea Utara, kumpulan muzikal hanya boleh membuat persembahan di julat penonton yang kecil bilangannya.

Sehinggalah pada 2013 mereka hilang tanpa di ketahui ke mana. Setelah 4 bulan mereka muncul kembali, dengan pakaian rasmi serta Setiap ahli kumpulan juga mempunyai alat muzik mereka yang tersendiri. Dan Ia kembali membuat persembahan dalam julat penonton yang ramai..

Chameleon

No photo description available.

Subhanallah wabihamdihi..

Brookesia nana, atau nano Chameleon.

Dari 11,500 spesis reptile yang ada di muka bumi ini, nano Chameleon adalah yang paling kecil sekali.

Dengan panjang badannya 13.5 mm.

Comel betulkan.. ?

Tsutomu Yamaguchi: Lelaki yang amat bertuah apabila selamat dari serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

May be an image of 1 person and text

Pada 6 Ogos 1945, Di pagi yang hening Tsutomu yang berusia 29 tahun dalam perjalanan untuk pergi bekerja.

Dia berkata bahawa dia sempat melihat cahaya kesan dari letupan bom atom yang terdiri dari 13 kiloton uranium. Walaupun dia berada 3 kilometer dari ground zero. . Dia terpelanting jauh, namun begitu gegendang telinganya hampir pecah serta mengalami kesan bakar pada belakang badannya.

Kemudian, 2 hari selepas itu. Dia menuju ke Nagasaki untuk ke kilang Mitsubishi bersama Isteri dan anaknya. Dan berlaku pula letupan bom atom di Nagasaki. Walaupun berada 3 km dari ground zero, dia bersama Isteri dan anaknya tidak mengalami apa apa kecederaan.

Bak kata pepatah:

Berpantang mati sebelum ajal.

Sable

May be an image of indoor and outdoors

Subhanallah wabihamdihi..

Inilah sable, haiwan berbulu, gebu dan comel. Ia banyak terdapat di Russia dan Siberia. Ia adalah haiwan omnivor yang tidak agresif.

Namun begitu, musuh yang paling ditakutinya adalah manusia. Sejak abad ke 17 lagi, sable diburu untuk mendapatkan bulunya yang lembut dan gebu itu. Sesetengah haiwan berbulu, tidak semua bahagian kulitnya berbulu lembut dan gebu. Akan tetapi bagi sable keseluruhan bulu di badannya lembut, mulus, gebu dan empok.

Maka tidak hairanlah kalau ia di buru. Sehelai baju berbulu boleh di jual serendah 75,000 USD.

Oleh itu, pada tahun 1990, IUCN berusaha untuk melarang pemburuan sable ini namun begitu usaha mereka hanya sia sia.

Selagi permintaan baju berbulu ini masih ada. Maka sable terus diburu sehingga kini.

Kissing Gourami: Ikan Berbibir Seksi

No photo description available.

Terdapat sejenis spesies ikan yang unik kerana memiliki bibir yang menawan dan juga seksi.

Bibirnya besar dan juga tebal. Nama ikan ini adalah Kissing Gourami. Turut juga dikenali dengan nama kissing fish.

Nama saintifik ikan ini pula adalah Helostoma temminckii. Ikan ini bersaiz kategori sederhana dan merupakan ikan air tawar.

Habitat asal ikan Kissing Gourami adalah dari perairan air tawar negara Indonesia dan juga Thailand.

Ikan ini mampu mencapai kepanjangan tubuh maksimum sehingga 30 centimeter ataupun 12 inchi.

Ikan ini juga memiliki pelbagai warna namun majoritinya berwarna merah jambu seperti ikan tilapia merah.

Ada tak sesiap bela ikan ni? Macam cantik je tengok mulut dia.

Gurun Namid

May be an image of nature and text that says "Σ Namibia. Where desert meets sea!"

Subhanallah wabihamdihi..

Pertemuan gurun Namid, Di Namibia dengan lautan at lantik. Memberikan suasana yang Memukau pandangan. Kini pantai gurun Namid di buka untuk pelancong. Mereka di bawa pacuan 4 roda untuk sampai ke sini.

Air Terjun Kravice

May be an image of waterfall and nature

Subhanallah wabihamdihi..

Air terjun Kravice, umpama permata di bumi Bosnia and Herzegovina. Air terjun ini tenggelam kerana populariti Air terjun Tasik Plitvice di Croatia. Maka tidak ramai yang tahu akan kewujudan air terjun ini.

Kepada mereka yang pernah berkunjung di Air terjun Tasik Plitvice dan air terjun Kravice.

Hampir keseluruhan dari mereka mengatakan air terjun Kravice lebih cantik dan indah.

Kurangnya pengunjung ke air terjun Kravice, disebabkan tiada pengangkutan seperti public bus, dan kos menyewa teksi agak mahal. Jika ingin ke sini, maka lebih wajar menyewa kereta kerana kedudukannya 40 batu dari bandar tersekat.

Negara Paling Banyak Bahasa

May be an image of text that says "Countries with the Most Languages 1 Papua New G. 840 Australia 2 312 Indonesia 711 7 China 309 Nigeria 517 Mexico 292 India 456 Cameroon 274 5 USA 328 10 Brazil 221"

Papua New Guinea merupakan negara paling banyak mempunyai variasi bahasa berdasarkan penuturan dari bangsa etnik keturunan ras suku kaum yang berada di situ

Malaysia mempunyai penutur sebanyak 137 bahasa yang berbeza, 41 bahasa dijumpai di Semenanjung Malaysia

Majoriti bahasa utama di Malaysia adalah Melayu,Mandarin dan Tamil

Budak Lelaki Ini Memiliki Warna Biji Mata Yang Berbeza

May be an image of person, child and cat

Seorang budak lelaki bernama Madden yang berusia 7 tahun dari Oklahoma, Amerika Syarikat merupakan budak yang unik.

Hal ini demikian kerana beliau memiliki kedua-dua biji mata yang memiliki warna berbeza bagi kedua-duanya.

Sebenarnya beliau adalah seorang budak Orang Kurang upaya (OKU). Penyakit ini bernama heterochromia iridum iaitu penyakit di mana seseorang itu memiliki dua warna biji mata yang berbeza.

Apa yang menyedihkan adalah beliau sering dihina dan dipermain-mainkan kerana warna matanya yang pelik.

Rakan-rakannya di sekolah sering membulinya kerana kekurangannya itu.

Nak dijadikan cerita, Madden telah menemui seekor kucing peliharaan yang manja dan menjadi rakan baiknya.

Lebih unik, kucing tersebut juga memiliki warna mata sama seperti Madden, iaitu dua warna biji mata yang berbeza.

Kebetulan yang sangat menarik. Yelah, dia mampu jumpa kucing yang ada warna mata sama sepertinya.

Penyakit heterochromia iridum ini adalah penyakit yang sangat “rare”. Hanya kurang daripada 1% populasi dunia menghidap penyakit ini.

Comel pulak nampak kucing itu kan?

Ambulan Auto Pertama Di Canada Ini Telah Melanggar Orang Awam Pada Hari Pertama Pelancarannya

May be an image of 2 people and outdoors

Pada tahun 1909, Canada telah melancarkan ambulan auto pertamanya di dunia. Mereka membuat pelancaran ambulan auto itu di jalan raya Vancouver.

Ketika pelancaran itu, ambulan auto ini dibawa mengelilingi seluruh bandar Vancouver.

Malangnya, satu tragedi yang mengerikan telah berlaku ketika di jalan raya.

Ambulan Auto ini telah melanggar seorang lelaki yang merupakan pejalan kaki yang sedang melintas jalan raya.

Identiti lelaki ini dikenali sebagai C.F. Keiss yang merupakan seorang pelancong Amerika yang berasal dari Austin, Texas.

Menurut saksi, ambulan auto itu melanggar Keiss yang sedang melintas jalan hingga menyebabkan dia terjatuh dan kemudiannya tubuhnya diseret pula di jalan raya itu.

Menurut saksi juga, Keiss belum meninggal dunia setelah dilanggar. Dia masih hidup walaupun cedera parah.

Ambulan Auto itu telah melakukan tugasnya yang pertama iaitu membawa Keiss ke hospital.

Malangnya, sebelum sempat sampai ke hospital Keiss dah meningga dunia di dalam ambulan itu.

Ambulan Auto itu telah memegang rekod apabila seorang pesakit mati di dalamnya pada hari pelancarannya.

May be an image of 1 person, car and outdoors