Pencapaian Atlet UTM di dalam Kejohanan SEA GAMES 2017

Assalammualaikum Wr. Wb.

Seperti semua sedia maklum bahawa, SEA Games 2017 sedang berlangsung dari 19 sehingga 30 Ogos 2017 di sekitar Kuala Lumpur.

UTM Sports Excellence dengan rasa bangga mengucapkan TAHNIAH kepada para atlet UTM yang mewakili Malaysia dan dapat menyumbang pungutan pingat seterusnya menjadikan Malaysia kini di tangga teratas dengan kutipan pingat sebanyak 119 pingat sehingga 29 Ogos 2017.

Antara atlet UTM yang terlibat menyumbang pingat di dalam SEA GAMES 2017 ialah seperti berikut :-

1)  Nurfariha binti Abd. Razak (Bola Jaring)

Fakulti : Pengurusan         Pencapaian : EMAS

2)  Pow Mei Foong (Bola Jaring)

Fakulti : Pengurusan         Pencapaian : EMAS

3)  Muhammad Faizul bin M. Nasir (Pencak Silat)

Fakulti : Kejuruteraan Mekanikal       Pencapaian : EMAS

4)   Nik Norlydiawati binti Nik Azman (Judo)

Fakulti : Pendidikan         Pencapaian : GANGSA

Kami warga UTM Sports Excellence dengan rasa bangga sekali lagi mengucapkan TAHNIAH di atas semangat kesukanan dan sumbangan yang membanggakan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA dan  negara kita MALAYSIA.

Terima kasih.

Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.20-24: JAWATAN PENTADBIR AKADEMIK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,

Adalah dimaklumkan bahawa akan wujud kekosongan bagi jawatan-jawatan pentadbir akademik berdasarkan pekeliling-pekeliling berikut:-

 
1. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.20/2017:

PERMOHONAN JAWATAN PENTADBIR AKADEMIK UNIVERSITI – F.K.Elektrik

 
Jawatan:
  1. Pengurus Akademik (Pascasiswazah)
 
2. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.21/2017:
 
Jawatan:
  1.  Pengurus Penyelidikan
 
3. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.22/2017:
 
Jawatan:
  1.  Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Komersialisasi & Jaringan)
 
4. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.23/2017:
 
Jawatan:
  1.  Pengurus Penyelidikan
 
5. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.24/2017:
 
Jawatan:
  1. Dekan 
  2. Pengurus Penyelidikan
 

Tarikh tutup semua permohonan : 10 September 2017

Semua permohonan hendaklah secara bersurat serta dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf-SULIT-dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kanan sampul dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar, Seksyen Governan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Maklumat lanjut boleh hubungi:

SEKSYEN GOVERNAN

Pn Rashidah binti Ali
No. ext: 31158
emel: rashidahali@utm.my
Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,

81310 Johor Bahru, Johor.

 


Office:07-5530145  I  Fax: 07-5545755