Perjalanan Haji Rasulullah S.A.W

Pembahagian harta pusaka

Perjalanan Haji Rasulullah s.a.w

Nota dari kelas Ustazah Norhafizah Musa

Al Hadid 4-7
Ayat2 pemberitahuan… bagaimana untuk kita  respon pada ayat2 sebegini. Rasakan dengan hati & hayati. Tambah keyakinan & iman.

4. Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (fasa2), kemudian Ia bersemayam di atas Arasy (tidak boleh digambarkan); Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan (haram utk kita Su’udzon dengan Allah kerana Allah Maha Mengetahui segala2nya). (Al Hadid: 4)

Mengenai penciptaan bumi

Bumi Allah jadikan berpasang2an; langit-bumi, laut-darat etc. Berpasangan tetapi berbeza…

Begitu juga suami & isteri…. mana mungkin sama seperti yang kita sering harapkan. Oleh itu raikan perbezaan. Hukum “azwaja”
Bersyukur, dgn perbezaan ini lah yg menyebabkan kita ingat dgn Allah swt. Kerana utk menguruskan perbezaan yg kompleks ini kita memerlukan bantuan Allah swt. Itulah dia pasangan kita… Rumahtangga paling susah adalah untuk mencari titik persefahaman.

Ayat2 berkaitan
“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyaat (51) : 49).

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Q.S.Ar Ruum:21)

5. Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Al Hadid: 5)

Apa jua urusan yang kita risaukan, sibukkan… kembalikan kepada Allah.

6. Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (Al Hadid: 6)

Menunjukkan wpun berbeza tetapi boleh saling berganti-ganti. Yang penting uruskan hati. Kerana Allah Maha Mengetahui.

7. Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. (Al Hadid: 7)

Keimanan perlu dibuktikan dengan hati & cara hidup.

Ayat2 berkaitan
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (At Taubah: 16)

Ujian Allah, dengan siapa yg kita jadikan teman baik. Dengan siapa kita lebih mengadu paling lama sewaktu diduga. Dengan sahabat @ mengadu dengan Allah? Jadi sebenarnya cukup dengan mengadu dengan Allah. Begitu juga sewaktu senang. Adakah kita masih ingat dengan Dia? Sepatutnya malu nak mengungkit sewaktu kesusahan kerana kita lupa bersyukur sewaktu mendapat kesenangan. Bersyukur sewaktu diuji kerana Allah tidak mahu kita melupakanNya.

 

Terima Kasih PM Dr Nor Zairah tolong catatkan nota

Tafsir Surah Al-Hadid bersama Datuk Dr Norhafizah Musa

Semalam di BATC UTM telah berlansung majlis perkongsian ilmu oleh Ustazah. Beliau menerangkan betapa pentingnya membaca dan menghayati Al- Quran.

Antara pengisian yang dapat dicatat:

Surah Al Hadid (besi) – surah yang ke 57 dalam Al-Quran. Mengandungi 27 ayat.  Ia adalah kesinambungan daripada surah yang sebelumnya iaitu surah (Al-Waqiah:96) yang ayat terakhirnya menyuruh supaya kita bertasbih.

“Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.  (Al-Waqiah: 96)”

Intisari surah ialah tentang pembangunan spiritual.  Secara tersuratnya, surah ini menceritakan pembangunan dengan berasaskan besi tetapi secara tersirat, pembangunan spiritual adalah dengan mengingati Allah (bertasbih).

Jika terbangun ditengah malam dan tidak mampu tahajjud maka bertasbih @ baca surah2 yang mengandungi tasbih kerana Allah menggerakkan kamu dari tidur untuk memuji Allah.

Kaedah mengingat Allah (bertasbih).

Cari keserasian dan keseimbangan dengan alam

Ayat 1

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Hadid 57:1)

(Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah) memahasucikan-Nya dari semua yang tidak layak bagi-Nya. Huruf Lam adalah Zaidah, dan dipakai lafal Ma bukannya Man karena memandang dari segi mayoritasnya. (Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa) di dalam kerajaan-Nya (lagi Maha Bijaksana) di dalam perbuatan-Nya. (Tafsir Al-Jalalain, Al-Hadid 57:1)

Ayat 1: Perintah Bertasbih dan mencari keserasian dan keseimbangan dengan alam.

Terdapat tujuh surah  yang bermula dengannya terutama ayat ke-3 surah al Hadid.

surah-surah yang dimulakan dengan kalimah tasbih (Subhana… ; Sabbaha … ; Yusabbihu … ; Sabbih… ; ) ?
– Ada 7 surah :
–> surah al-Isra’ : سبحان الذي ….
–> surah al-Hadid, al-Hasyr, as-Soff : سبح لله
–> surah al-Jum’ah , at-Taghabun : يسبح لله
–> surah al-A’la : سبح اسم ربك الأعلى

 

Ayat 2 

لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۖ يُحْىِۦ وَيُمِيتُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Hadid 57:2)

(Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan) melalui penciptaan (dan mematikan) sesudah itu (dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu). (Tafsir Al-Jalalain, Al-Hadid 57:2)

Ayat 2: Dia yang menentukan hidup dan mati setiap makhluknya

Ayat 3

هُوَ ٱلْأَوَّلُ وَٱلْءَاخِرُ وَٱلظَّٰهِرُ وَٱلْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Hadid 57:3)

(Dialah Yang Awal) sebelum segala sesuatu ada, keawalan Dia tidak ada permulaannya (dan Yang Akhir) sesudah segala sesuatu berakhir, keakhiran-Nya tanpa batas (dan Yang Maha Zahir) melalui bukti-bukti yang menunjukkan kezahiran Nya (dan Yang Batin) yakni tidak dapat dilihat dan ditemukan oleh panca indra (dan Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu). (Tafsir Al-Jalalain, Al-Hadid 57:3)

Ayat  3: Dia tahu segala-galanya.

Jika kita mempunyai hubungan yang baik dengan Allah (tadabur Al-Quran), maka Allah akan uruskan segala masalah dalam kehidupan kita.

Terima kasih Zairah dan Suraya sebab share nota.

 

Aktiviti harian

Pengurusan Jenazah di UTM KL

Setiap insan pasti akan menemui penciptanya.

KOS PENGURUSAN JENAZAH DI UTM KL

CARTA ALIR PENGURUSAN JENAZAH

pengurusan-jenazah

 

 

Doa yang perlu dibaca apabila mendapat nikmat dan musibah

Apabila mendapat nikmat ucaplah:

  ۜ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بنعمته تتم الصا لحات

“Alhamdullilah hillazi bini’ matihi tatimmu ssolihat”

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat tersempurna kebaikan

 

Apabila mendapat musibah ucaplah:

احمد الله عل كل حال

“Alhamdullilah Ala Quli Hal”

Segala puji bagi Allah di atas segala hal

انالله ؤاناالئه راجحون اللهم اجر ني في مصيبتي واخلف لئ خئرا منها

“Innalillah wainna ilalaihi rajiauun,  Allah humma jurk ni fi musibati wah lukh li khairan min ha”

Sesungguhnya kami ini adalah milik Allah, sesungguhnya kepadanya kami kembali. Ya Allah anugerahkanlah pahala kepada ku kerana musibah yang menimpaku dan gantikanlah kepadaku sesuatu yang lebih baik daripadanya”

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Iman Ahmad meriwayatkan dari Abu Ishaq, ia menceritakan, aku pernah mendengar Al-Barra’ b. Azia bercerita, seorang yang membaca surah Al-Kahfi, sementara disebelahnya ada dua ekor kuda, tiba-tiba ada awan telah datang dan melindunginya. Maka kuda itu ketakutan dan melarikan diri. Kemudian lelaki itu menceritakan hal tersebut kepada Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda:  “Bacalah surah al-Kahfi, karena sesungguhnya ia merupakan ketenangan yang turun bersama dengan al-Qur’an, atau turun untuk al-Qur’an.”

Demikian hadits yang diriwayatkan oleh al-bukhari dan Muslim dalam ash-Shahihain. Dan orang laki-laki yang membaca ayat tersebut adalah Usaid bin al-hudhair.

  1. Sesiapa yang sedang bersedih maka Allah akan menghilangkan segala masalahnya. (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abud Darda’)
  2. “Barangsiapa yang hafal sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungi dari [fitnah] Dajjal.” (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, an-Nasa-i, dan at-Tirmidzi. At-Tirmidzi berkata: “Hasan shahih.”)
  3. Sekiranya dibaca sebagaimana ia diturunkan (dalam keadaan bertajwid); diberi untuknya cahaya pada hari kiamat daripada tempatnya ke Mekah dan sesiapa yang membacanya pada sepuluh ayat terakhir dan kemudian keluar Dajjal maka Dajjal tidak boleh memudaratkannya (Diriwayatkan oleh Seikh Al-Bani shahih).
  4. Sabda Rasulullah “Barangsiapa yang membaca pada hari Jumaat maka mereka akan diberikan cahaya kepadanya di antara dua Jumaat. (Diriwayatkan oleh An-Nasai, Abu Saaid Al-Khudri).

Doa ketika membuka pakaian

 

 

Bacaan Ketika Membuka Pakaian:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلأَ هُوَ

Artinya : “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia.”

Ia menjadi ‘pendinding’ dari terbukanya aurat kita kpd jin/syaitan ketika ingin membuka baju bagi lelaki dan wanita.