Dr.Henny mempunyai pengalaman mengajar di dalam bidang Blended Learning selama lebih daripada 10 tahun.  Beliau telah berkongsi cara-cara untuk mengaplikasikan Blended Learning dengan berkesan.  Antara perkara yang dibincangkan di dalam bengkel ini ialah

  1. Teori Blended Learning
  2. Pelaksanaan Blended Learning
  3. Pelajar dan Blended Learning
  4. Pengajar dan Blended Learning

Secara umumnya, Blended Learning ini adalah gabungan kaedah pengajaran face-to-face dan juga interaksi secara atas talian dengan pelajar.  Kaedah ini akan menggalakkan pembelajaran di buat sendiri oleh pelajar dan bukannya hanya bergantung kepada kuliah di dalam kelas.  Adunan gabungan kaedah pengajaran ini adalah terpulang kepada pengajar.  Sebagai contoh, ada pengajar selesa mengajar dengan kaedah 70% di dalam kelas dan 30% melalui media atas talian.

Antara bahan yang boleh digunakan di dalam teknik Blended Learning ialah penggunaan MOOC (Massive Open Online Course) dan E-learning.