And we have come to #tipsno4umrahdengansikecil
Selesai saya ceritakan pengalaman di Madinah di #tipsno3umrahdengansikecil
Kali ini saya cerita pengalaman di Makkah. Hujung Ramadan kami di Madinah. Syawal pertama selesai solat Jumaat kami bertolak ke Makkah (6 hours travelling by bus juga)
IBADAH WAJIB DAN SUNAT DI MAKKAH AL MUKARRAMAH
Kebanyakan umat keluar sebentar dari Makkah pada 1 Syawal. Itu rezeki kami ketika masuk ke Makkah menunaikan umrah. Kawasan tawaf agak lengang. Kami tiba lebih kurang jam 11.45 malam. Hotel kami di tingkat 9 dan boleh nampak Kaabah dari tingkap kami. Saat melihat Kaabah, meronta-ronta hati nak segera ke Masjidil Haram. Since Uwais mata dia buntang, kami decide bawa je Uwais untuk segera selesaikan umrah kami.
Syarat sah tawaf perlu suci dari hadas. Kelek Uwais tidak dibenarkan, dikhuatiri kita menanggung najisnya. Jadinya, tawaf kami perlu bergilir2. Ibadah tawaf selesai jam 1 pagi. Kami segera bergerak ke tempat Saie.
Sejarah ibadah Saie ini diambil dari kisah Hajar, isterinya Nabi Ibrahim, yang ditinggalkan di tepi Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail atas perintah Allah SWT.
Setelah ditinggalkan selama beberapa hari, bekalan makanan telah habis dan susu di badan Hajar telah kering. Ismail menangis kelaparan. Lalu diletaknya Ismail di tepi Kaabah dan Hajar berlari ke Bukit Safa yang tidak jauh dari situ dan melihat2 sekeliling kalau-kalau ada air. Kemudian, Hajar seperti terbayang ada air di Bukit Marwah, lalu Hajar berlari ke sana. Hampanya, cuaca yang panas terik sahaja yang menimbulkan bayangan seperti air di panggil “fatamorgana”. Hajar pun berpatah balik ke Bukit Safa dan sebaliknya sebanyak 7 kali tanpa putus asa. Dan akhirnya di Bukit Marwah, Hajar ternampak kilauan air dekat Kaabah tempat dia meletak anaknya Ismail. Segera dia meluru ke sana dan terdengar malaikat menyebut “Zamzam! Zamzam!” yang bermaksud “kepung”. Hajar pun mengepung air matair itu yang bertakung menjadi jernih lalu disuapkan kepada puteranya Ismail.
Begitulah kisahnya ibadah Saie dan telaga air zamzam ini. Untuk ibadah Saie, Uwais hanya berlari2 pada pusingan yang pertama dari Safa ke Marwah. Seterusnya, dia mula mengantuk dan terus tertidur sewaktu dikelek. Additional info pasal Uwais, tidurnya hanya dua. Pertama, bila menyusu sambil baring. Kedua, dalam pelukan atau dakapan. Menyusu sambil baring gagah lagi saya nak ninja move bergerak ke tempat lain. Tapi bila berdakap, nak turun dari kereta pun dia akan terjaga. Sebab itu agak susah untuk solat jemaah sekali pun. Boleh saja saya tidurkan dia di pangku, tapi bila letak serta merta dia bangun ?? magik!
Jadinya, bila 1 pusingan dia dah tertidur, maka saya habiskan ibadah Saie dengan mengelek anak kesayangan saya. 7 pusingan kesemuanya. Selesai pada jam 4 pagi. Saie bagi saya mencabar. Sangat. Setapak demi setapak saya cuma minta Allah bagi kudrat. Supaya saya dapat selesaikan. Ada juga kerusi roda dan skuter, tapi itu di tingkat atas. Seronok di tingkat bawah kerana kita sendiri merasa mendaki sedikit Bukit Safa dan Marwah tersebut. Supaya kita rasa peritnya Hajar mencari air untuk anaknya. Supaya kita juga rasa pengorbanan seorang ibu demi anaknya. Kepuasan menghabiskan 7 pusingan Saie tu tak tergambar dengan kata2. Kepuasan yang teramat.
Selesai ibadah Saie, segera kami bertahlul maka tertiblah umrah wajib kami supaya segala larangan dalam ihram kami terlepas. Suami hold bertahlul. Dia solat Subuh dulu dan cari kedai cukur kepala di hotel. Sebab dia nak jadi Abang Castello ?
Selesai sahaja umrah wajib, maka saki baki hari di Makkah nak buat apa?
Antara amalan yang dituntut adalah tawaf sunat. Boleh juga buat umrah sunat. Ada hadis nabi yang menyatakan barang siapa yang menghabiskan masanya dengan menunaikan tawaf sebanyak 50 kali (350 pusingan), tiada janji kepada orang ini melainkan dosanya diampunkan bersih, sebersih bayi.
Sumber rujukan:
https://www.youtube.com/watch?v=kG4d48vIRww
Subhanallah, hebat kan? Begitulah ganjaran mereka yang berkemampuan dan berkebolehan ke sini. Sayangnya, kami cuba tapi tidak berjaya. Saya dan Abang Castello terpaksa bergilir. Paling tinggi dia dapat buat sepanjang kami di sana adalah 12 kali tawaf sunat. Saya dapat 8 kali sahaja tawaf sunat. Ada tips kami baca, untuk achieve 50 kali tawaf sunat, aim setiap solat fardhu buat 1 tawaf sunat sebelum dan selepas. Maka, setiap fardhu dapat 2 tawaf sunat. 1 hari ada 5 waktu maka 1 hari dapat 10 tawaf sunat. Cukup 5 hari di sana, insyaAllah cukup 50 tawaf sunat.
Di Malaysia, kami kira2 insyaAllah boleh buat. Tapi kami tak tahu akan suasana dan perancangan program di Makkah. Kalau ikut kiraan tarikh dari 15jun hingga 20jun ada 6 hari. Macam boleh kan? Tapi perlu ingat. Kita kena tolak 1 hari untuk umrah wajib. Maka, 15jun tak sempat buat tawaf sunat. Ada 1 hari mutawwif bawa ziarah luar. Dah kurang separuh hari. Dan hari terakhir nak bertolak balik, hanya pagi sahaja kami dapat masuk ke masjid. Seusai zohor kami perlu bergerak ke airport. Jadi burn 1 hari lagi. Memang tak sempat. Tambahan pula, bulan Ramadan dan Syawal lebih ramai berbanding bulan lain. Untuk kami pula, bermula 2 Syawal masjid kembali penuh sejak waktu asar hingga ke subuh kerana kebanyakkannya berpuasa enam. 1 tawaf di siang hari jam 10 pagi boleh selesai dalam setengah jam. Selain waktu itu boleh cecah 45 minit ke 1 jam. Agak mencabar.
Selepas ini, jika merancang untuk melakukan amalan tawaf sunat 50 kali ini, perlu cari pakej yang sekurang2nya menetap 7 hari di Makkah. InsyaAllah itu aim kami selepas ini.
Selesai bahagian umrah dan tawaf. Untuk solat fardhu, sama juga seperti di Madinah. Subuh kebiasaannya memang Abang Castello yang akan berjemaah. Dalam jam 9 pagi, selepas Uwais siap2 dah bangun mandi, kami bawa dia breakfast dan terus ke masjid. Waktu ni adalah peluang untuk buat tawaf sunat. Cuma cuacanya agak terik. Sebab tu kawasan tawaf agak lengang. Kebiasaannya, kami dapat 1 atau 2 tawaf sunat sebelum Zohor. Jika Uwais mood baik, sewaktu solat jemaah dapat juga saya join. Jika dia mula mengantuk, dia hanya akan duduk di riba atau dakapan saya. Hanya sekali dua sahaja saya dapat duduk berdekatan dengan Abang Castello dan solat bersama imam di rakaat terakhir seperti yang saya cerita di #tipsno3umrahdengansikecil
Selepas zohor, kami akan balik ke hotel untuk berehat dan tidurkan Uwais. Seperti di #tipsno1umrahdengansikecil, hotel dekat amat perlu bila ada anak kecil. Seperti gambar yang saya share, hotel Safwah tower adalah yang sebelah kiri menara jam tu. Cukup dekat Alhamdulillah. Sebab kita tak possible nak beriktikaf dekat masjid sepanjang masa. Melainkan si anak jenis yang boleh tidur dimana saja dalam apa jua keadaan. Nak kata saya manjakan Uwais, tak lah juga. Dah kejadian nya begitu, kita kena sabar lah ye dak. Nama pun anak kan.
Apabila Uwais tidur je, saya pun ninja move dan segera ke masjid semula. Sempat juga saya tawaf sunat 1 atau 2 kali sebelum solat asar. Tengok keadaan. Dan peluang ni saya gunakan untuk solat betul2 di tile putih di kawasan tawaf. Supaya sepanjang solat saya dapat melihat Kaabah. Puas. Selama ni yang kita lihat adalah lukisan Kaabah di sejadah. Peluang ni saya guna sebaiknya supaya sepanjang solat saya melihat live Kaabah di depan mata saya. Melihat Kaabah pun dapat pahala tau.
Selepas jemaah Asar, saya segera pulang supaya Abang Castello dapat ke masjid dan solat Asar serta tawaf sunat. Kebiasaannya dia akan stay di sana sehingga Maghrib. Selesai Maghrib, kami makan bersama di hotel. Untuk Isyak pula, kami solat di dataran sebab masjid dah penuh dan mudah untuk berjemaah. Saf lelaki dan perempuan amat dekat dan tiada penghadang. Saya akan berjemaah di rakaat terakhir seperti kebiasaannya.
Begitulah tips2 yang saya boleh share mengenai ibadah sunat dan wajib di Makkah. Next post saya akan ceritakan keistimewaan Makkah dan fahilat2 yang boleh kita boleh kejar sementara kita berpeluang ada disana.