Here is my favourite part. Macam storytelling post kali ni untuk #tipsno3umrahdengansikecil
#tipsumrahdengansikecil
ALKISAH DI MADINAH AL MUNAWWARAH
Pakej kami adalah penerbangan direct flight ke Jeddah (9 hours flight) dan terus ke Madinah (6 hours travelling by bus). Sampai di Madinah, terus check-in hotel. Mudah sahaja untuk tahu arah ke mana nak ke masjid. Jika di bulan Ramadan, tiada malam yang sunyi. Jam 2 atau 3 pagi masih ramai orang di jalanan. Saat azan berkumandang, ikut sahaja crowd yang jalan kerana mostly mereka menuju ke masjid. Kebiasaannya, subuh Abang Castello yang akan ke masjid berjemaah. Saya sempat solat di bilik sahaja kerana waktunya pendek dan Uwais sedang nyenyak tidur. Keistimewaan di Madinah adalah Raudhah. Taman syurga. Antara salah satu tempat yang dimakbulkan doa. Raudhah ini terletak bersebelahan dengan Makam Rasulullah S.A.W. Memasuki Raudhah juga umpama menziarahi makam nabi dengan sehabis dekat. Peluang untuk memasuki Raudhah bagi wanita amat terhad. Ada masa2 tertentu iaitu sesudah Subuh dan sesudah Zohor. Untuk bulan puasa, bersesak2 dan bertolak2. Sewaktu mereka buka sahaja pintu halangan pertama (ada banyak pintu halangan) kita hanya dengar deruan tapak kaki macam askar berlari pergi berperang (ok hyperbola). But yes, seriously saya takut. Sebab saya ada anak dan tanggungjawab saya. Takut nak bertolak2 dengan orang2 Arab/Pakistan/India dll yang jauh lebih besar dan bertenaga. Jangan risau. Marshall disana (walaupun ada makcik panggil depa “prefect” ???) akan kumpulkan yang berbahasa melayu 1 tempat. Anda akan dengar dengan jelas “Ibu melayu. Duduk ibu duduk”. Tenang2 lah dengar kata marshall, walaupun sehingga 6 jam menunggu insyaAllah kita pasti berpeluang ke Raudhah.
Ok ini tips nya. Jika anak kecil seperti Uwais, option ke Raudhah bersama saya is a no no. Saya sarankan nak bawa anak masuk Raudhah biarlah babahnya yang bawa. 6 jam penantian kita tanpa makan, tanpa minum, tanpa berhadas sekalipun tanpa kentut (ada doa nya), takut anak kecil tak selesa. 6 jam dia perlukan makan. Kecuali dia fully bf. 6 jam tu penantian dari 3.30 pagi. Sebab perlu Subuh berjemaah dahulu. Memang bukan option untuk membawa anak kecil. Maka apabila saya berniat untuk ke Raudhah, Abang Castello akan solat subuh di bilik dan terus temankan Uwais. Saya akan subuh berjemaah di masjid dan terus stay untuk memasuki Raudhah. Oleh kerana penantian kesabaran orang Melayu ni 6 jam, mereka bagi kita masuk paling lama. Selagi kita solat sujud bangun sujud lagi mereka takkan halau. Tapi once kita angkat tangan berdoa je mereka akan suruh kita keluar. Doa boleh dibuat sambil berjalan. Bagi peluang orang lain solat pula di Raudhah.
Peluang ke Raudhah bagi lelaki amatlah banyak. Setiap kali waktu solat mereka berpeluang. Ada rezeki solat jemaah itu sendiri dilakukan di Raudhah. Uwais di bawa masuk Raudhah sebelum Zuhur. Masjid agak lengang dan mudah untuk babahnya dukung sahaja. Upah sekali makan pisang sambil dukung. Kalau tak, babah pun dia reject. Maka, sekali gus juga dapatlah bawa Uwais melawat makam Nabi. Kami doakan supaya Uwais sentiasa ingat dan sentiasa rindu pada Nabi. Moga Uwais membesar dengan sihat dan dimewahkan rezeki untuk berpeluang melawat Nabi.
Selesai tips mengenai Raudhah.
Mengenai solat berjemaah. Ingat tak peribadi yang saya terangkan tentang Uwais di #tipsno1umrahdengansikecil ?
Saya tambah sedikit. Jika saya solat sendirian di rumah, Uwais bebas bermain sendiri. Itu kawasan dia. Dia bebas. Tetapi, jika di masjid di Malaysia, dia akan menangis kalau saya solat bersama jemaah lain. Saya pun tak tau kenapa ??. Tapi kalau dia solat takpe. ?
Option yang ada:
Saya akan duduk di belah wanita yang paling tepi. Bersebelahan dengan belah lelaki. Sewaktu imam tahiyat akhir, saya lekakan dia, segera saya bangun dan angkat takbir dan terus duduk tahiyat akhir. Sekurang2nya, saya dapat juga pahala berjemaah. Seusai imam beri salam, saya akan bangun dan selesaikan baki hutang rakaat saya. Ada masa Uwais ok, ada masa Uwais akan menangis. But in either situation, he remains still at my side. So tak risau dia tak kan lari jauh. Abang Castello akan segera datang dan panggil dia. Uwais akan selamat bersama Abang Castello dan saya tenang2 dapat sempurnakan solat isyak dan teruskan dengan 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir. Kemudian, pas baton Abang Castello pula.
Inilah yang kami train 3 minggu puasa di JB.
Ia agak tidak praktikal di Madinah. Susah untuk mencari ruang solat wanita yang bersebelahan betul dengan ruang solat lelaki. Option yang ada hanyalah bergilir. Sama ada saya berjemaah dan Uwais tinggal di hotel bersama babah, atau sebaliknya.
Kebiasaannya, hanya isyak dan terawih sahaja yang saya dapat berjemaah. Subuh, zohor, asar dan Maghrib Abang Castello yang berjemaah. Itupun saya dah cukup bersyukur. Suami pergi solat jemaah di masjid kita isteri pun insyaAllah dapat pahala juga. Jangan risau ??
Oh yang seronoknya Ramadan di Madinah, terawihnya 20 rakaat. Maka training kami di JB agak bermanfaat di sini. Saya akan berjemaah isyak di masjid dan teruskan dengan 8 rakaat terawih. Deras2 saya pulang ke hotel dan pas baton pada Abang Castello. Witir saya buat sendiri di hotel. Abang Castello pula dapat 8 rakaat terawih juga. Alhamdulillah. Begitulah plannya dan begitulah kejadiannya. Allah Maha Besar.
Bagi yang anak memang jenis pandai ikut orang solat, boleh saja bawa berjemaah. Semua orang pun bawa anak kecil. Antara anak tu pandai adapt dengan tak sahaja. Yang bawa toys boleh berikan supaya dia leka sikit. Sebab tu kena kenali anak sebaiknya. Dah tau perangai anak senang sikit nak prepare. The rest kena perbanyakkan berdoa. But untuk anak yang jenis tak takut orang langsung, yang jenis berani dan pantang lepa, bahaya juga jika bawa berjemaah. Takut sesat tak jumpa. Mungkin bergilir lebih baik.
Di Madinah, perbanyakkanlah solat sunat. Dan solat jenazah selepas solat fardhu. Dan Ramadan pula kejarkan solat terawih serta Qiamulail.
Disini saya kongsikan betapa manisnya Ramadan di Madinah. Terawih malam terakhir Ramadan, di rakaat ke 20, seusai iktidal, imam ada membaca doa yang panjang dalam bahasa Arab. Lama sehingga lebih kurang 15 minit doanya. Menangis2 dan syahdu sekali bacaannya, di mana sekalian makmum juga turus menangis mendengarnya. Kerana siapa tahu, itulah Ramadan terakhir kita. Berdoalah sehabisnya dibulan yang mulia sebelum ia meninggalkan kita. Bertambah manis apabila semakin di penghujung Ramadan, semakin ramai makmum di masjid. Berbeza tak dengan kita di Malaysia? Sangat kan? Allahu.. ini juga terapi keinsafan buat kami. Buat kekhilafan kami.
Bulan Ramadhan memang penuh dengan umat Nabi di masjid. Baik Madinah atau pun Makkah. Mengimarahkan dan memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini. Mereka beriktikaf di masjid. Sambutan Hari Raya juga begitu sederhana. Tiada yang istimewa. Bagi kami, itulah manisnya perasaan kemenangan.
Alhamdulillah ini saja perkongsian saya di Madinah. Next tips insyaAllah saya kongsikan cerita di Makkah pula ya.. lagi banyak cerita menarik ?
Saya kongsikan gambar di Raudhah yang di share oleh jemaah umrah yang lain