Aktiviti UTM dan luar

Senarai aktiviti dan peristiwa berkaitan mengikut tarikh.

AKAN DATANG

Oktober 2016

5 & 6 Okt., Kursus Pengurusan Penyelidikan, Dewan Seminar, Aras 4, CICT. 8am -5pm.

6 Okt., Khamis Penjualan Pelekat Kenderaan UTM Sesi 2016/2017. 10 -12am di FC. Bagi seluruh UTM [jadual]

4 Okt (Selasa) Majlis Perhimpunan Bulanan (Oktober) di Dewan Senat & Dewan Bankuet, UTM Johor Bahru.

TELAH BERLANGSUNG

September 2016

27 Sept. (Selasa) Mesyuarat Agung Tahunan ke-44, PKA UTM [lanjut]

22 Sept. (Khamis) Tableau Workshop 9-12.30pm di Bilik Kuliah 1, Aras 2, N28A, FC. [detail]

21 Sept. (Rabu) Majlis Tandatangan MoU dan MoA UTM-CSM. Rabu 2-4pm di Bilik Perbincangan Utama, FC. [galeri][akhbar]

21 Sept. (Rabu)  Perasmian UTM-CSM Cyber Security X Lab. 4-5pm di Aras 4, N28A [galeri][akhbar]

xx Sept., (Rabu)  erezeki Training. Aras 4, N28 [detail]

Ogos 2016

16, 17 Ogos, Selasa & Rabu Mathematica Workshop di Ibnu Sina UTM. [detail]

18 Ogos, Khamis Mathematica Workshop, Proficiency Test di Ibnu Sina UTM. [detail]

Positif nak sihat

Ikutkan hati memang berat nak bersenam. Berat hati, juga berat badan. Tapi nak sihat kena juga.

Mula-mula:  

  1. set minda – sukan ini mudah dan seronok.
  2. berdikit-dikit – usahakan 30minit sehari dulu. Bila congak, 2% daripada 24jam. Ok kot!
  3.  kumpul aktiviti – aktiviti untuk beri semangat
  4. cari kawan, suami pun boleh…anak-anak lagi boleh.
  5. set target – hilang 2kg sebulan.

 

AKTIVITI SIHAT

Kelas Zumba @UTM

Ahad & Selasa setiap minggu. Sejam 5.30 -6.30pm di Bilik Seminar 1 (tingkat 3), Akademi Bahasa, D05, UTM.

Yuran bulanan: RM60, sekali datang: RM10.

Jogja selang sehari

Jogja sama ada pagi di rumah, pusing taman atau petang bersama kawan-kawan.

Berbasikal

Mop rumah

Kemas rumah

Gosok baju sebelum beraktiviti (warm-up supaya cepat peluh)

 

Akan datang:

PEMAKANAN SIHAT

BERPUASA

 

eRezeki: 2 langkah petugas digital

Terdapat dua langkah yang perlu ditempohi sebagai asas kepada Petugas digital iaitu:

Langkah 1:  Daftar sebagai Petugas digital

  1. eRezeki [http://erezeki.my]
  2. eRezeki Community Portal for Higher Learning Institution (HLI) sebagai Pensyarah atau Pelajar. [http://dotme.com.my/erezekihli]
  3. PayPal bagi sebarang medium pembayaran global antara job provider juga digital worker.  [http://www.paypal.com/my]

Langkah 2: Daftar platform untuk menjana pendapatan

Sila daftar 4 platform utama bagi IT:

  1. Netizentesting
  2. Upwork
  3. Freelancer
  4. Topcoder

Manakala tiga platform bagi Creative:

Kursus eRezeki UTM

Kini tiba giliran UTM sebagai IPT pilihan DotMe. Bermula dengan 1) latihan dua hari kepada pensyarah dan 2) perlantikan pensyarah sebagai jurulatih yang layak melatih 15 orang pelatih di bawah seliaannya untuk menjana pendapatan. Yang menariknya, beberapa persoalan telah terjawab.

erezeki
Bersama Cik Faezah dari dotMe Group Sdn Bhd.

Apa itu youcanduit? Kempen rupanya.

 “Kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.”

Apa itu eRezeki? Portal.

“Inisiatif digital yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.”

eRezeki IPT fokus kepada kategori Petugas Digital (terma yang digunakan Digital Worker). Namun masih boleh terlibat dengan kategori yang lain (Digital Micro Task, Non-Digital Work, Digital Work -Passive). Maklumat lanjut klik kategori. Manakala dua bidang utama bagi Petugas Digital adalah IT dan Creative.

Seterusnya, terdapat dua langkah yang perlu ditempohi sebagai asas kepada petugas digital.

Pelajar FC LI di Spain

Pagi ini dapat berita gembira. 4 pelajar FC selamat tiba di Spain. Mereka telah mendaftar dan akan menjalani Latihan Industri (LI) di Universidad Politécnica de Madrid.

Yazid & Arif
Ceria semuanya. Selamat berLI! – gambar kredit: Nurul Atifah.

Lebih teruja, Arif dan Yazid adalah pelajar di bawah PA.