Salam Ramadhan

Tidak sampai 10 hari lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. Tidak terasa betapa sebulan berpuasa berlalu terlalu pantas. Seperti biasa, tugas-tugas hakiki dilakukan mengikut keutamaan dan kegesaan.

 

2019

hi all

Erti Ungkapan Susah

Monologue 1 : Susah kah Kita?

Jalan itu telah berturap

Aspalnya hitam berkilat

apabila hujan, titik-titik jernih berliuk likuk melaluinya

menuju alur-alur asli kejadian alam

Tapak-tapak yang melintas,

tiada lagi selut sedimentasi mesra di bucu seluar.

Dunia telah lama moden

generasi yang menghuninya tidak kenal lagi kesukaran meraduk lalang di denai kecil yang dilalui

Segalanya kini mudah

mereka, ada antaranya yang langsung tidak pernah kenal tangga bas awam

segala urusan hanya dihujung jari,

Namakan lah apapun, semua boleh diperolehi dan dibeli.

Jika tidak, mana mungkin kini ada istilah ‘beli jiwa’.

Bila mereka suarakan ‘susah’…

susah mereka juga dalam nada yang berlainan.

Mereka susah, tetapi masih mampu mengisi jualan mega di SOGO..

Volum kenderaan masih tetap bertambah terutamanya di musim cuti.

Homestay selalunya laris di masa ini….

juga hotel-hotel dan penginapan resort.

Dulu-dulu, istilah ‘susah’ memang betul menggambarkan peritnya hidup fakir.

Ada yang hanya mampu makan sehari sekali. Itupun hanya makanan yang sangat asas…nasi putih dengan sayur yang dipetik dari keliling rumah.

Zaman sudah berubah

pelbagai lapisan generasi bertungkus memenuhi selera antara satu sama lain.

Aspal kilat hitam….buku lali berselut…

contoh dua jurang itu.

…jun17….

Feedback from other countries on Malaysia new tourists tax

Australia news.com

http://www.news.com.au/travel/world-travel/asia/tourists-to-pay-more-for-accommodation-in-malaysia-with-new-tourism-tax/news-story/100518f70d2bed8344348afee991f1d5

Bruneians split on Malaysia’s tourism tax

Facts and Figures.

1. The rates are fixed at RM20 (S$6.50) for five-star accommodations, RM10 for four-star accommodations, RM5 for one- to three-star accommodations and RM2.50 for non-rated accommodations.

2. Home-stays registered with the government will be exempted from tax. Also exempted are premises providing accommodation with fewer than 10 rooms and rooms maintained by religious institutions, governments and statutory bodies for non-commercial purposes.

3.

According to the Royal Malaysian Customs Department, the revenue earned from the tourism tax will “enhance” the experience for visitors to Malaysia.

“​The returns will be used to develop the tourism industry, namely the enhancement of tourism infrastructure and facilities, as well as tourism promotional activities and campaigns for the country,” the department said on its website.

It will also be used to “protect, preserve and conserve” Malaysia’s environment, culture and heritage.

 

Malaysia Tourist Tax

Adakah ia akan membawa perubahan baru kepada industri pelancongan negara?.

Ampang Park, Strata and MRT Development

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/02/strata-owners-and-tenants-of-ampang-park-mall-lose-appeal/

Nasi Ambeng Kuala Selangor

https://m.facebook.com/rubiah.suratman


Nasi ambang ni makanan jawa yang biasanya disediakan semasa kenduri. Dulu dulu, bila arwah abah pegi kenduri, kami di rumah tunggu nasi ambang yang dijadikan ‘nasi berkat’. Rasanya lebih sedap apabila semua nasi dan  lauk pauk telah bergaul. Gambar di atas ni adalah nasi ambeng yang dihidangkan di salah sebuah homestay di Sungai Besar Kuala Selangor. Kaya dengan lauk pauk yang pelbagai, kena makan 8 orang baru boleh habis satu talam.

Satu Tetapi Punya Pelbagai Nama

Minggu ni saya penuhkan wall saya dengan cerita tentang Ramadan ye. Macam-macam cerita boleh dihasilkan yang menyentuh tentang Ramadan. Terlanjur post sebelum ini adalah tentang kuih, so saya teruskan dengan cerita tentang kuih juga. Biasa dengar kan..Kuih Kapit. Kuih ni adalah kuih tradisional yang bukan hanya terkenal dikalangan masyarakat melayu, ia juga salah satu kuih yang boleh ditemui di sambutan perayaan tahun baru cina.

Nama kuih ini pelbagai. Ada yang panggil kuih sepit, kuih sepit belanda, kuih kapit, kuih lipat dan kuih gulung. Emak pernah jadi usahawan jual kuih ni masa saya masih di sekolah rendah. Versi yang emak buat…ia digulung, bukan di lipat empat. Sebab tu kami panggil kuih gulung atau kuih rokok. Bahagian paling sukar (pada saya lah)..bila kena menggulung semasa masih panas, sebab kalau dah sejuk, ia dah tak boleh digulung..akan patah. Terbakar jari dibuatnya.  Sekarang ini, kuih kapit ni telah di perbaharui dari segi rasa dan bentuknya. Ada yang meletakkan coklat dan kacang di tengah2 nye. It’s tasted like love letter biscuits. Ada macam-macam perasa..pandan..strawberry dan lain-lain. Bagi saya, tetap suka yang tradisional. 😉

sumber : cintaimaginasi.blogspot.my

http://cintaimaginasi.blogspot.my/2012/07/kuih-kapit-sepit.html

 

Nostalgia Kuih Raya Untuk Abah

Hari ini dah 7 Ramadan. Sudah terhidu jiran membakar biskut raya. Semasa arwah abah masih ada, arwah selalu minta kami buat kuih raya. Satu jenis pun cukup lah kata dia. Sebab dia mahu ada suasana persiapan menyabut hari raya. Teringat suasana bila dia juga sibuk tolong membakar kuih…paling tidak pun dia akan kumpul kuih terlebih bakar (hangus) untuk dirasa masa berbuka. Penat seharian bekerja dan berpuasa, kadangkala membuatkan kami malas nak buat kuih sendiri. Tapi bila abah minta, kami ikut kan juga. Sekarang ni, dengan gaya hidup kita yang padat dengan rutin harian, lambakan ‘kuih tunjuk’ yang terdapat dipasaran menjadi ‘penyelamat’. Namun, kami kehilangan ‘rasa’…bukan rasa kuih tersebut yang tidak sedap..tetapi ‘rasa’ akrabnya kekeluargaan yang kami rasa ketika menyedia dan membakar kuih..rasa bahagia bakal menyambut kemenangan berpuasa sebulan Ramadan..dan rasa kasih sayang yang dikongsi bersama ibu bapa yang hanya berpeluang kita jumpa sekali sekala. It really a wonderful moment to spend a quality time  with them. Al fatihah untuk abah.

UTM low carbon transport research

Watching Bicara Awani on Low Carbon Transport research by UTM experts.IMG_20151112_204440-1