AIMC Poster Presentation.

17 Mei

Alhamdulillah. Tahniah En Shahrizan Sahid for being selected as one of the winners for AIMC best poster presentation.

Terima kasih kepada semua Yang menyokong Dan menyumbangkan Like. 😊

Congratulations4th ASIA International Multidisciplinary Conference(AIMC 2020), Poster Presentations Award Recipients…

Posted by Connecting ASIA on Sabtu, 16 Mei 2020

 

https://people.utm.my/robiahs/2020/05/27/1678/

SELAMAT HARI GURU

16 Mei saban tahun adakah Hari Guru. Dan sebagai seorang pendidik, saya juga menerima ucapan ‘Selamat Hari Guru’ dari pelajar2 yang telah, pernah dan sedang mengikuti kuliah yang saya kendalikan. Pandemik Covid mengesani sambutan tahun ini sebab biasanya sekolah rendah dan menengah paling meriah menyambutnya. Mungkin kerana ‘GURU’ adalah di situ, sedangkan di IPT kami dipanggil ‘PENSYARAH’.

Apapun pada saya ia sekadar istilah khas yang digunakan mewakili ‘PENDIDIK’ yang skopnya lebih Luas dan bukan hanya terikat diinstitusi pendidikan.

Terima kasih untuk yang memberikan ucapan melalu FB, IG, whatApps, call dan sms. Selamat Hari Guru untuk semua pendidik yang telah meminjamkan ilmu mereka kepada saya.

 

Selamat Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU

Sebagaimana mahu diri menerima PKP, saya laluinya dengan minda positif.

Selain dapat berpuasa bersama bonda di sisi, ia juga membawa rahmat untuk saya menyambut Hari Ibu bersama bonda. Terima kasih bonda. Saya yang sekarang adalah acuan yang bonda bentuk sewaktu saya kecil. Semoga bonda terus sihat dan mendoakan anak-anak bonda menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat.

PKP dan Taman Sayuran Di Rumah

Hari ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah melangkah 56 hari. Bermula dengan PKP penuh, kemudian PKPD di zon merah dan yang kini di FASA PKPB.

Dimedia sosial, ramai sahabat muat naik aktiviti berkebun di sekitar rumah.  Saya juga tidak terkecuali. Semua benda nak ditanam…biji cili, labu, honeydew, betik, timun, halia, nenas…..macam- macam.

Tapi banyak anak tunas yang saya semai di makan siput.

WFH Online Teaching and Learning : Handling Tutorial and Online Discussion

WFH My Online Class


Semalam sahabat bertanya, Bagaimana mengendalikan tutorial dan perbincanga menggunakan kaedah asynchro hinous?. Saya kongsikan sedikit Bagaimana saya melakukannya. Untuk memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti tutorial dan perbicangan secara online memang mencabar. Terutama bagi kelas yang terlalu besar. Kelas saya ada 44 orang pelajar. Penuh screen koputer dan pasti pening nak menjawab atau memerhati aktiviti mereka secara serentak.
Jadi saya gunakan kaedah seperti ini.
1. Saya bahagikan mereka kepada 11 kumpulan
2. Setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan di dalam kumpulan masing2 menggunakan apa-apa medium online yg bersesuaian. Zoom, WebEx, Google meet, Big Blue Button, What Apps Video call, IG semua boleh digunakan.
3. Saya akan masuk ke dalam setiap perbincangan tersebut dan melihat
4. Pelajar akan diminta merakam dan emailkan rakaman perbincangan
5. Hasil perbincangan juga perlu dihantar dalam bentuk pembentangan yang divideokan dan diemail.

Dibawah contoh screenshot perbincangan berkumpulan oleh pelajar.

 

My Online Class Today SBET1093

    

Work From Home and Online Teaching & Learning

Meneruskan kuliah secara atas talian bersama pelajar tahun 1 Program  Pembangunan dan Pentadbiran Tanah FABU. Walaupun medium yang digunakan adalah secara ‘asynchronous’ dan menggunakan What Apps,  Kehadiran pelajar masih sekitar 93%.

Bagaimana kaedah untuk mengetahui pelajar sebenarnya ‘berinteraksi’ dengan apa yang disampaikan?.   Saya cuba beberapa kaedah sendiri. Antaranya ialah dalam rakaman suara yang dibuat, saya masukkan soalan-soalan minta di jawab. Paling tidak pun saya minta pelajar cari istilah/termen0logi yang saya hanya tuliskan di slide tetapi tiada penerangan terperinci.

Ada juga kuliah yang saya masukkan soalan-soalan tersebut di dalam rakaman “slide presentation” yang diupload di dalam e-learning. Jadi, mereka perlu juga membuka laman e-learning untuk mendapatkannya.

Hasilnya adakah menepati kehendak?.  Pada mulanya agak perlahan dan ada pelajar yang panik disebabkan masalah capaian internet  (menyebabkan mereka memberi respon lambat). Tetapi selepas hampir 6 minggu mengamalkannya, pelajar sudah boleh mengikut rentak saya dan sentiasa ‘alert’ sebab tidak mahu terlepas peluang mendapat markah bonus.  😉

Masih dalam tahap ‘belajar untuk mengajar’, In Saa Allah kita cuba buat yang terbaik untuk Semua.

 

 

Monthly Engagement With UTM Vice Chancellor

Perhimpunan Bulanan bersama Naib Canselor UTM

Antara intipatinya menyentuh tentang statistik berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.  1,029 P&P secara atas talian telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP dan hampir 400 kursus mencatatkan rekod kehadiran pelajar 100%.

Pelajar pula memberikan maklumbalas yang baik dengan kira-kira 57% mengatakan ‘its a better learning interaction’, 32% berpendapat ianya ‘flexible in time and place’, 10.6% mengatakan ‘enjoyable, interesting and fun’ dan kurang daripada 1% sahaja yang merasa sukar menerimanya.

Saya juga bukan terlalu mahir dengan segala medium seperti zoom, google meet, Webex, big blue button dan lain-lain yang tiba-tiba menjadi satu fenomena dalam pembelajaran secara atas talian ketika PKP. Tetapi,  hasrat dan tanggungjawab memastikan supaya pembelajaran tetap berlaku walaupun secara tidak bersemuka telah melangkaui  keupayaan sedia ada diri. Cabaran itu diterima secara positif dan lama ke lamaan ia dapat akhirnya dibudayakan sebagai  suatu kelaziman. Bertepatan sungguh istilah normal baru yang banyak diunckap dan diperkatakan.

Tanhiah UTM.

WFH

Diari MCO WFH

30 April 2020

Pagi menonton FB live berkaitan endowmen UTM oleh Prof Yusof.

Actually, kewujudan Endowmen UTM sudah lama dan banyak sumbangan yang telah dilakukan khusus untuk membantu pelajar di UTM.

Sebagai sahabat Endowmen UTM, pastinya saya akan terus menyokong setiap aktiviti dan program yang dilakukan.

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan Kareem. Alhamdulillah diberi kesempatan menyambut nya sekali lagi.