?️Date: 13 December 2022
⏰Time: 2:00 p.m. – 4:30 p.m.
?Venue: Seminar Room, School of Education (SoE), C15
?♂️?? Participants: All final year SoE students








?️Date: 13 December 2022
⏰Time: 2:00 p.m. – 4:30 p.m.
?Venue: Seminar Room, School of Education (SoE), C15
?♂️?? Participants: All final year SoE students
Tarikh: 30 Mei – 23 Jun 2022
Tempat: SK Pendidikan Khas, Johor Bahru (SKPKJB)
Ringkasan Projek
“C.A.R.E: Capable and Reliable Entrepreneur” ini merupakan program penanaman sawi bagi pelajar pendidikan khas di SekolahKebangsaan Pendidikan Khas Johor. Dengan program ini, pelajar dapat mempelajari cara penanaman sawi yang mana dapat melihatbenih yang telah di tanam itu tumbuh ke alam dewasa dan akhirnya dapat merasai hasil tanaman tersebut adalah salah satu carayang paling mudah dan paling positif untuk menjadikan diri pelajar lebih berdikari dan bertanggungjawab secara peribadi. Justeru itu,penanaman sawi ini memberi manfaat atau faedah kepada proses-proses semulajadi dan persekitaran.
Objektif
Date: 12 June 2022
Venue: Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru, Malaysia
Project Executive Summary
Final year students at vocational colleges will carry out year projects the end of the year to complete their studies. That’s why our group runs a crash course design course thinking to help final year students to plan and develop ideas for their final year projects. This is because it can help students associate final year projects with courses the one they’re taking. Besides, this course also helps the students to describe the project construction process from beginning to end. Finally, this course is an additional information and thinking skills to students because the design thinking course is not in the syllabus vocational college.
Objectives
1. Increase students’ thinking power to develop innovation ideas in develop their Final Year Project (FYP) in the next semester.
2. Guide students to implement the Final Year Project with the logic of the beginning to the end of the project implementation.
3. Improve students’ knowledge in solving problems on a regular basis innovative by using design thinking models.
Tarikh: 19 Mei 2022
Tempat: SMK Kangkar Pulai, Johor Bahru
RoBoThink (RBT) Day merupakan sebuah program yang berbentuk aktiviti berkaitan dengan subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3. Para pelajar juga didedahkan dengan beberapa set demonstrasi kegunaan pneumatik dalam industri. Selain itu, program ini dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran bagi subjek RBT dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Tujuan Program
Matlamat Program
Melalui program ini, diharapkan pelajar tingkatan 3 UKM dari SMK Kangkar Pulai, Johor Bharu memperoleh ilmu pengetahuan tambahan mengenai subjek RBT serta pendedahan kepada aplikasi sistem pneumatik dalam industri. Program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar supaya lebih meminati subjek RBT dan melihat subjek tersebut sebagai satu subjek yang mampu membantu mereka dalam pekerjaan kelak.
Program ini mempunyai empat stesyen yang perlu para peserta lalui. Maklumat berkenaan stesyen tersebut ialah seperti berikut:
Stesen 1: Sketching
Stesen 1 iaitu Sketching atau lakaran merupakan stesen pertama yang perlu ditunjukkan kepada pelajar. Masa yang diperuntukkan untuk stesen lakaran ini adalah 40 minit dan melibatkan semua pelajar. Aktivi dimulakan dengan demonstrasi lakaran 2 dimensi (2D) oleh saudari Ruzanna dan Rosnah. Pelajar diminta untuk memilih 3 benda yang terdapat dalam bilik seminar kemudian membuat lakaran 2D dalam kertas A4 yang telah disediakan. Lakaran 2D adalah penting sebagai permulaan sebelum melakukan lakaran 3 dimensi (3D).
Setelah selesai membuat lakaran 2D, pelajar didedahkan pula dengan beberapa contoh lakaran 3D seperti lakaran bangunan, kenderaan dan bahagian teknikal seperti enjin, motor dan gear. Kemudian, para pelajar diminta untuk membuat lakaran 3D seperti makanan, pakaian dan kenderaan.
Stesen 2: Modelling
Aktiviti modelling atau membuat model dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi yang pertama adalah pengenalan dan kepentingan menghasilkan model dalam setiap projek yang akan dilakukan. Dalam sesi yang pertama, pelajar didedahkan dengan beberapa aplikasi atau perisian yang digunakan untuk menghasilkan model secara maya sebelum menghasilkan model olokan. Pengetahuan ini dapat membantu pelajar untuk menyiapkan projek mereka dengan lebih teratur.
Sesi kedua pula adalah pembangunan model olokan menggunakan kertas. Pelajar diminta untuk menghasilkan model yang mudah dan cepat memandangkan peruntukan masa hanya 10 minit sahaja bagi sesi tersebut. Demontrasi ditunjukkan oleh saudari Sivarajini dan saudara Hayyun bagi membantu pelajar menghasilkan model olokan dengan baik. Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk berfikir secara kreatif bagaimana untuk mengashilkan model olokan menggunakan bahan yang mudah didapati seperti bahan kitar semula dan bahan yang mudah dibentuk seperti kertas.
Stesen 3: Video 3D Printing
Stesen 3 merupakan sebuah stesen yang memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai percetakan 3 dimensi menggunakan peralatan dan mesin. Masa yang diperuntukkan bagi stesen 3 ialah selama 40 minit. Beberapa siri video dimainkan sambil diterangkan oleh saudari Shahirah dan Alia tentang peralatan dan mesin yang digunakan untuk mencetak model 3D. Pencetak 3D dapat membantu pelajar melengkapkan reka bentuk projek mereka dengan kos terendah dan dalam masa yang pendek.
Stesen 4: Robot Figure
Stesen 4 iaitu Robot Figure atau Figura Robot merupakan sebuah stesen yang menggunakan kit pergerakan robot sebagai model kecil yang terdapat di industri. Kit pergerakan robot tersebut menggunakan sistem pneumatik atau angin dan kawalan PLC untuk menggerakkan robot tersebut. Saudara Aiman dan saudari Syafiqah melakukan penerangan dan demonstrasi kepada pelajar bagaimana kit pergerakan robot itu berfungsi. Dalam masa 40 minit, pelajar didedahkan dengan 2 set pergerakan robot yang digunakan dalam industri seperti industri pembuatan kereta dan industri pembuatan makanan. Pelajar juga diberi peluang untuk menghidupkan kit robot tersebut. Pengetahuan dan pendedahan mengenai kegunaan sistem robot serta pneumatik dalam industri dapat membantu pelajar lebih memahami konsep sebenar kegunaan robot dalam industri seterusnya dapat menarik minat pelajar terhadap kejuruteraan.
Tarikh: 15 Jun 2022
Tempat: SMK Taman Universiti, Johor Bahru
Objektif:
1) Membangkitkan kreativiti dalam aspek pembelajaran.
2) Meningkatkan semangat inovasi dalam kalangan pelajar.
3) Membina kemahiran berfikiran logik, menyelesaikan masalah secara kreatif, mengambil risiko secara bijak dan juga berkomunikasi.
4) Merangsang minda untuk lebih berjaya dan bermotivasi.
Video kenangan Program Gerbang Inovasi – https://www.youtube.com/watch?v=GcsyTCYsuo8
Pada tahun ini, saya bersama Prof. Madya Dr Zainudin Hassan, Dr. Rustam Bin Mohd Rameli dan Cikgu Jayanthi a/p Marimuthu telah berjaya memperoleh pingat gangsa dalam pertandingan International Research & Innovation Carnival (i-RICH) 2022 yang berlangsung pada 26 hingga 29 September 2022.
Inovasi yang kami hasilkan ialah Service-Learning Reflection Form (SLReF). SLReF merupakan borang dalam bentuk google form yang boleh digunakan bagi memudahkan para pelajar menulis refleksi terhadap service learning yang telah dilaksanakan di sekolah atau institusi pendidikan.
SLReF tersebut ialah seperti berikut:
https://forms.gle/BzCigfXaZGFYnBdcA
KEMUNCAK ialah satu program yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UTM JB, khusus untuk pelajar semester 1 FSSK. Program ini terdiri daripada beberapa siri dengan dikelompokkan pelajar mengikut kepada beberapa kumpulan yang sederhana kecil. Ia bagi memastikan impak maksimum yang dapat dihasilkan daripada penagujran kem ini kepada semua pelajar semester 1.
Kem ini dilaksanakan bagi mendedahkan kepada pelajar baharu tentang kehidupan sebagai pelajar sarjana muda. Selain itu, kem ini juga dapat memupuk semangat persahabatan antara pelajar-pelajar FSSK . Ada antara pelajar-pelajar ini yang kurang mengenali antara satu sama lain. Maka dengan adanya program ini, maka diharapkan para pelajar dapat mengenali antara satu sama lain. Mengeratkan hubungan dan saling bantu-membantu sepanjang pengajian di UTM ini.
Kem ini juga penting bagi menyuburkan akhlak para pelajar dan seterusnya meningkatkan jati diri pelajar. Mereka akan lebih rasa tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti diri, tahu akan peranan sebagai seorang pelajar, ingat akan tanggungjawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa mereka dan sentiasa meletakkan pembelajaran sebagai keutamaan sepanjang bergelar pelajar.
Maklumat berkenaan program ini adalah seperti berikut:
Tempat: Hutan Rekreasi UTM JB
Tarikh: 25 – 26 November 2022
Insh Allah kita akan jumpa lagi dalam siri KEMUNCAK kedua yang bakal dijalankan pada Januari 2023. Terima kasih.
Bukit Batu Putih terletak dalam kawasan Taman Eko-Rimba, Tanjung Tuan, Melaka. Kebetulan masa ni aku menghadiri Seminar Graduate Employability (GE) selama 3 hari 2 malam (12/10 – 14/10/2022) di Avillion, Port Dickson. Dah namanya kaki hiking, maka aku cari “best hiking trails in Port Dickson (PD)”.. dan terus terkeluar nama “Bukit Batu Putih”.
Ada 2 jalan untuk sampai ke puncak Bukit Batu putih. Pertama, dari arah pintu pagar Taman Eko-Rimba dan kedua, arah pantai.
Jalan Pertama: Masuk ikut pintu pagar Taman Eko-Rimba. Kemudian akan melalui jalan berturap sedikit mendaki. Masa perjalanan sekitar 15 minit rasa… Yang penting bagi orang macam aku yang kerap naik Gunung Lambak, Kluang, Johor insha Allah tak penat lah.. Peluh skit2 jer…
Jalan Kedua : Melalui jalan pantai… Jalan ni berada di bahagian tepi belakang Rumah Api Tanjung Tuan. Agak jauh berbanding jalan pertama (pintu pagar). tapi tak lah jauh sangat. Beza dalam 10 minit mungkin. Ok skrg aku tunjukkan trail ke pantai (boleh naik dan turun di sini)
Pada 17/09/2022, buat pertama kali aku berjaya ke PB, Gunung lambak (GL). Satu mercu tanda di GL yang jarang-jarang orang pergi. Mungkin sebab jauh kut… Nak pergi sini paling kurang pergi saja 2 jam… Balik 2 jam juga… so semua 4 jam. Tapi percayalah ia pengalaman yang betul-betul indah. Besar sungguh pokok tu sesuai dengan namanya. Dan yg paling best di hanya 5 minit perjalanan dari PB ada air terjun yang begitu bersih airnya… jernih dan segarrrr… Start dari hari tu aku klu Sabtu memang akan sampai ke PB ini.. Bertolak dari Simpang Renggam, paling lewat 10 pagi… dan kebiasaannya sampai ke PB memang dah masuk Zohor. Aku solat jer kat tepi air terjun tu… Ada kawasan lapang dan bentang saja pelapik kalis air dan pasir (beli masa pergi Pulau Rawa, Mersing).
Siapa nak pergi PB ni jommm roger2 saya… Bye…