TEACHING ENGINEERING DRAWING ONLINE: SHARING BEST PRACTICE

Alhamdullillah, telah diberikan peluang untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengajaran lukisan kejuruteraan secara online oleh pihak UTMLead. Memang tidak pernah mengajar secara online sebelum ini khususnya bagi kursus-kursus yang berbentuk amali. Apabila menerima arahan pihak pentadbiran dan pengurusan fakulti, terasa berbagai rasa seperti rasa keliru, rasa berat hati, rasa terbeban dan rasa tercabar. Kebetulan pula kerajaan mengarahkan PKP mulai 17 Mac 2020 dan semua aktiviti P&P secara bersemuka dihentikan dan digantikan secara online. Wow…..memang kebetulan dan sejak itu belajarlah saya pelbagai software dan apps berbentuk online dan semuanya secara trial and error…….So dari pengalaman sendiri, saya kongsikan dalam laman facebook dan kebetulan pihak Sekolah Pendidikan menggalakkan saya kongsikan pengalaman tersebut.

Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran secara Dalam Talian (Online) dari perspektif pelajar

Pada 24 Jun 2020 saya terbaca satu artikel dalam akhbar New Straits Times dikolum EDUCATION bertajuk ‘Address e-learning challenges, students urge’. Saya tertarik dengan artikel tersebut kerana salah seorang dari 3 orang pelajar yang meluahkan perasaan dan memberikan pandangan adalah pelajar dari program akademik dan dibawah penasihatan akademik saya. Bagus juga artikel tersebut yang memberikan perspektif sebenar dari sisi pelajar kita dimenara gading. Kita perlu mengambil maklum dan tindakan yang bersesuaian dengan situasi semasa dan situasi pelajar sendiri. Sebagai ahli akademik, jika inginkan penyampaian ilmu berlaku dengan berkesan, maka kita harus terlebih dahulu melihat dari sisi pelajar-pelajar kita yang pelbagai.

.

Untuk lebih lanjut, sila baca link berikut. https://www.nst.com.my/education/2020/06/603056/address-e-learning-challenges-students-urge

Sesi Bersama PA Secara Online 14 April 2020

Alhamdulillah pada 14 April 2020 satu sesi bersama pelajar-pelajar dibawah Penasihatan Akademik telah diadakan secara atas talian selari dengan PKP fasa 2. Pelbagai perkara dibincangkan bersama 31 orang pelajar khususnya berkaitan dengan permasalahan dan isu-isu berkaitan pembelajaran mereka sepanjang perlaksanaan PKP dan arahan pembelajaran secara online UTM 2020. Tidak terkecuali juga pelajar melauhkan rasa rindu untuk pulang ke kampus UTM yang dicintai khususnya pelajar-pelajar yang telah berada dikampung halaman masing-masing. Semoga kemelut wabak COVID-19 dan PKP yang melanda negara tercinta ini segera berakhir. Dan semua kita dapat berkumpul semula seperti sedia kala. Aamiin.

Program Santai Penasihat Akademik bersama Pelajar

Program Santai PA dan Pelajar

Pada 17 haribulan November 2019 telah diadakan program santai PA dan Pelajar dibawah penasihatan akademik saya. Pelajar terdiri daripada 14 orang pelajar tahun 1 semester 2 program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal). Antara aktiviti dalam program tersebut adalah ta’aruf PA, ‘ice-breaking’ pelajar, kursus asas berkayak, bengkel ‘water confident’ (dikendalikan oleh fasilitator Sains Sukan dari Sekolah Pendidikan, FSSK UTM), konvoi berkayak tasik UTM, latihan ‘rafting’, berfoto, cabaran laluan sempit dan terowong kayak, penyelenggaraan kayak dan lunch bersama PA. Melalui aktiviti-aktiviti dalam program tersebut, pelbagai manfaat, pengetahuan dan kemahiran telah dilalui dan dipelajari oleh pelajar-pelajar berkenaan. Alhamdulillah aktiviti telah berjalan dengan lancar dan jaya.

Panel Juri Luar Pertandingan Inovasi 2019 Peringkat Kolej Vokasional Tanjung Puteri JB

 

27 Februari 2019. Saya telah menghadiri Hari Pertandingan Inovasi 2019 Peringkat Kolej Vokasional Tanjung Puteri,  Johor Bahru. Kehadiran saya atas kapasiti sebagai Panel Juri Luar dan Ketua Juri Pertandingan. Ini merupakan kali ke-2 saya dijemput dan diberi kepercayaan sebagai Ketua Juri oleh pengurusan Kolej Vokasional Tanjung Puteri. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Kolej Vokasional Tanjung Puteri dan pihak penganjur atas diberi kepercayaan yang diberi.

Pertandingan tersebut telah disertai 10 kumpulan peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 2 Diploma Vokasional Malaysia kursus Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Elektronik dan Teknologi Elektrik.

Kesemua projek yang dipertandingkan mempamerkan kualiti yang baik dari aspek penjanaan idea dan persembahan idea. Rata-rata kebanyakkan projek mempunyai potensi untuk dipasarkan dengan syarat ditambahbaik serba sedikit dari aspek rupabentuk dan fungsi.

Prebiu dan Kaunseling Program (Pesisir/Khas) di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau

26 Januari 2019: Saya bersama 3 orang rakan dari Jawatankuasa Pemasaran Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau Negeri Sembilan. Lawatan tersebut diketuai oleh Dr Kamalularifin Subari bertujuan untuk mempromosikan program Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) kepada kalangan pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional, guru-guru dan seluruh warga pendidikan di Negeri Sembilan. Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, wakil  Bahagian PTV JPN Negeri Sembilan, wakil-wakil Pengetua SMK daerah Rembau. Sambutan agak menggalakkan diterima dari seluruh warga pendidik daerah Rembau dan Negeri Sembilan.

Saya menyeru semua warga pendidik tvet dan mereka-mereka yang berminat dalam pendidikan tvet seluruh Negeri Sembilan agar mengambil kesempatan ini dengan mendaftar secara online program Master in TVET di www.sps.utm.my.

Majlis Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2019

Untuk tahun ini, persembahan majlis perutusan tahun baru Naib Canselor dalam gaya yang berbeza iaitu ala ala Talk Show yang dikendalikan oleh 2 orang doktor muda Dr Zul dan Dr Ayu. Hastag DrMuda #drmuda.

Naib Canselor Profesor Datuk Dr Ir Wahid bin Omar bermula dengan memperkenalkan buku terbitan beliau yang baharu tahun 2019 bertajuk Memacu Kegemilangan Pendidikan Tinggi Berpaksikan Kemanusian. Soalan pertama dari Modelrator/Moderator adalah apakah yang boleh diungkai dari pencapaian UTM sepanjang 2018?

NC mulakan sesi Talk Show dengan mempaparkan gambar empat ekor ikan yang sedang diumpan dan gambar dekan-dekan UTM yang sibuk dengan gajet-gajet. Tujuan gambar tersebut menurut beliau adalah untuk ‘hook’ perhatian audience.

Namun jawapan NC adalah dalam bentuk video berdurasi 4 minit hasil kerja PM Dr Zac (kawan sefakulti).

Fakta paling menarik adalah 22 daripada 222 ahli parlimen Malaysia Baharu hari ini adalah graduan UTM.

Minggu yang sibuk bersama pelajar PSM2

Sejak seminggu yang lalu, suasana kampus UTM Johor Bahru mulai lengang, kerana ramai mahasiswa UTM selesai peperiksaan akhir semester 1 sesi 2018/2019 pulang bercuti dikampung masing-masing. Namun terdapat sebahagian mahasiswa yang masih berada dikampus sama ada mereka-mereka yang dari luar negara, mahu pun yang akan menghadapi pembentangan seminar Projek Sarjana Muda mahasiswa tahun akhir. Tidak ketinggalan mahasiswa Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.

Seramai lebih 100 orang mahasiswa tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan terlibat dalam pembentangan Seminar berkenaan. Tidak terkecuali 11 orang mahasiswa di bawah Penasihatan Akademik saya dan 7 orang di bawah penyeliaan saya turut terlibat.

Alhamdulillah kesemua 7 orang pelajar PSM2 dibawah seliaan saya selamat dan sukses dalam pembentangan berkenaan. Begitu juga kesemua sebelas orang pelajar dibawah penasihatan akademik telah meraih kejayaan yang cemerlang. Terbaiklah anda SPPJ-Kimpalan 2014-2019.

Tahniah!

Azizi, Ummu, Azwana, Fatin, Fazliana, Yaya, Darshini, Chin, Eli, Jik, Hamizan dan Collen.