Bahasa Persuasif

Persuasif maksudnya pujuk atau pengaruh. Persuasif menekankan impak yang akan diterima oleh penerima. Mereka tidak pedulikan apa produk itu, mereka cuma pedulikan apa yang mereka dapat.

Nabi Muhammad ialah Jawami’il Kalim. Bahasanya mudah, padat, ringkas dan penuh makna. Kaedah Jawami’il Kalim Nabi Muhammad SAW (kaedah nabi)

  1. Subjek di hadapan – Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian.
  2.  Laras bahasa yang boleh difahami oleh semua golongan
  3. Menggugurkan panggilan kamu, kalian, anda. Apabila memberi informasi, bagi kepada semua orang (how about context dependent – yes, it is according to context dependent, only drop kata panggilan). Guna kamu (untuk lebih hormat – tukar ganti nama diri kepada tuan/puan) instead of kamu.

Contoh penggunaan kaedah nabi untuk ayat lebih persuasif.

  1. Persuasif untuk memperkenalkan diri
    1. Nama saya Adelia Medina. Berusia 26 tahun. Saya hamba Allah yang berhasrat mempelajari bahasa persuasif untuk menyampaikan maklumat secara lebih berkesan.
  2. Persuasif untuk menjual beg sandang
    1. Beg sandang selesa, ringkas dan sesuai untuk yang berjiwa santai.
  3. Persuasif untuk menjual dendeng
    1. Dendeng daging adalah lauk penyelamat untuk si pengembara.
  4. Persuasif untuk KBAT sambil bermain
    1. Anak-anak

Elak atau gantikan perkataan lemah –

  • tetapi – lebih baik drop atau tukar kepada laras bahasa yang lebih tinggi – walabagaimanapun, sehubungan dengan itu.
  • Kalau – gantikan dengan apabila
  • Mungkin, cuba, rasanya- diam.
  • Masalah – gantikan dengan situasi, isu dan cabaran.
  • Sila – gantikan dengan mohon.
  • Atau – digunakan untuk perkara yang sama. Pendapat.
  • Kritik – KISS, KICK, KISS (no need) hanya perlu puji dan bagi cadangan.

Contoh bahasa yang  tidak persuasif

ALLAHU AKBAR!!! SYRIA BERDARAH LAGI……!!!
Sedang kita masih leka di FB,
sedang kita masih layan drama Korea,
sedang kita masih sibuk dengan harta dunia
KETAHUILAHHHHH
saudara kita di Syria sedang bertarung demi menyelamatkan nyawa dan akidahhhhh!!!
Wahai rakyat Malaysia ku….. tak malukah kita, asyik sibuk dengan diri sendiri sehingga kemanusiaan diabaikan????
Mengapa hati kita semakin hitam??? Sudah matikah rasa belas dalam hati kita??? ALLAH….. ampunkanlah dosa2 kami yang sering lalai dan leka…!!! (sangkaan – mana tau pelanggan sudah mati rasa belas, lalai dan leka). 
Bersihkanlah hatimu….. sucikan dirimu…. marilah kita MENYUMBANG kepada mereka di sana…. bayangkan kalau anak2 itu adalah ANAK KITA……!!!
INGATLAH!!
Sesungguhnya bersedekah takkan menjadikan kita miskin!!!
p.s. Kalau kita boleh selamba beli iPhone X….. takkanlah RM100 pun tak boleh kongsi dengan anak2 ini, ya tak?

Contoh bahasa yang boleh ditambahbaik supaya lebih bersifat persuasif

ALLAHU AKBAR! SYRIA BERDARAH LAGI……!!! (tanda baca memberi emosi kepada teks)

Sedang kita masih leka di FB,
sedang kita masih layan drama Korea,
sedang kita masih sibuk dengan harta dunia
Saudara kita di Syria sedang bertarung demi menyelamatkan nyawa dan akidah.
(puisi memberi emosi namun tidak semestinya persuasif)

(masukkan fakta untuk lebih persuasif)

Mari kita menyumbang untuk saudara di SYRIA.
Salurkan semampu tuan/puan.
Semoga Allah memberi ganjaran yang terbaik. Amin. (untuk doa – guna amin)

prpm (pusat rujukan persuratan melayu) – terdapat cadangan pelbagai sinonim perkataan. http://prpm.dbp.gov.my/