Program Portfolio Digital: Memperkasa Literasi Digital Belia Luar Bandar

Program Portfolio Digital yang memberi fokus kepada pemerkasaan literasi digital dalam kalangan belia luar bandar di Sungai Gumut. Laporan lanjut sila klik link dibawah.

https://news.utm.my/2026/07/program-portfolio-digital-perkasa-literasi-digital-belia-luar-bandar-di-sungai-gumut

Program sebegini merupakan satu platform penting dalam usaha merapatkan jurang digital melalui pemindahan ilmu, perkongsian pengalaman serta pendedahan kepada kemahiran digital yang semakin diperlukan dalam kehidupan dan kerjaya masa hadapan.

Dalam era transformasi digital yang berkembang pesat, literasi digital bukan lagi sekadar keupayaan menggunakan teknologi, tetapi melibatkan kebolehan memanfaatkan teknologi untuk membina peluang, memperkenalkan potensi diri serta mencipta nilai kepada masyarakat.

Daripada Kemahiran Digital kepada Pembinaan Peluang Masa Hadapan

Melalui perkongsian bersama pengurus Pusat Komuniti Digital (PKD) serta tenaga pengajar GIATMARA, saya melihat bahawa pendedahan kepada kemahiran pendigitalan seperti pembangunan portfolio digital mungkin kelihatan ringkas, namun sebenarnya mempunyai nilai yang besar dalam persediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan dan keusahawanan masa hadapan.

Kemahiran seperti ini memberi ruang kepada pelajar untuk bukan sahaja mempelajari teknologi, tetapi juga memahami bagaimana untuk mengetengahkan kebolehan, hasil kerja dan pengalaman mereka secara lebih profesional.

Dalam persekitaran semasa yang semakin dipengaruhi oleh media sosial dan platform digital, kebolehan mempromosikan diri secara positif melalui kandungan digital menjadi satu kelebihan. Pelajar perlu dibimbing untuk melihat teknologi sebagai medium bagi membuka lebih banyak peluang, sama ada untuk mendapatkan pekerjaan, membina jaringan profesional mahupun menarik perhatian bakal pelanggan.

Portfolio Digital: Membina Identiti dan Nilai Profesional

Berbanding resume konvensional yang lebih banyak menyenaraikan kelayakan dan pengalaman, portfolio digital memberi peluang kepada individu untuk menunjukkan bukti kebolehan melalui hasil kerja sebenar.

Melalui paparan ringkas seperti projek yang pernah dilaksanakan, kemahiran yang dimiliki, pengalaman pembelajaran atau hasil kreativiti, portfolio digital mampu memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang potensi seseorang individu.

Pendekatan ini lebih selari dengan perkembangan dunia hari ini yang bergerak pantas, di mana keupayaan untuk menunjukkan kemahiran (showcase capability) menjadi semakin penting. Sebuah portfolio digital yang tersusun mampu membantu pelajar memperkenalkan diri dengan lebih yakin serta meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat peluang daripada pihak industri, pelanggan atau komuniti profesional.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya komuniti Sungai Gumut, pengurus PKD, tenaga pengajar GIATMARA serta pasukan pelaksana yang telah memberikan komitmen dalam memastikan perkongsian ilmu dapat disampaikan dengan berkesan. Semoga usaha berterusan dalam memperkasa literasi digital ini dapat menyumbang kepada pembentukan generasi muda yang lebih yakin, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran era digital, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membangunkan masyarakat yang berdaya cipta, inklusif dan sejahtera.

Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) BHEUU 2026-2030

Dokumen Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU kini telah diterbitkan secara rasmi dan boleh diakses oleh orang awam melalui portal rasmi BHEUU.

πŸ”— Pautan Portal Rasmi BHEUU: Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU

Saya dan Pasukan Pendigitalan UTM bersyukur dan menghargai kepercayaan yang diberikan untuk terlibat dalam pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi serta seluruh warga BHEUU atas kerjasama, komitmen dan keterbukaan sepanjang proses pembangunan PSP ini. Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan BHEUU atas usaha yang telah diterjemahkan sehingga terhasilnya dokumen rasmi Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU. Disertakan sedutan pelancaran pelan oleh YBhg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Dato’ Sri Azalina binti Othman Said.

Memahami RPSA dan Pendekatan Whole-of-Government (WoG)

Sepanjang sesi bimbingan dan handholding yang dilaksanakan, antara cabaran utama bukan hanya berkaitan pemilihan teknologi atau penyelesaian digital, tetapi bagaimana memastikan transformasi pendigitalan benar-benar selari dengan hala tuju strategik agensi melalui pemahaman yang mendalam terhadap Rancangan Pembangunan Strategik Agensi (RPSA) serta pendekatan Whole-of-Government (WoG).

Berdasarkan pengalaman sepanjang proses ini, terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam merangka pelan pendigitalan agensi:

1. Memahami Ekosistem dan Fungsi Teras Agensi

Pendigitalan perlu bermula dengan pemahaman menyeluruh terhadap peranan agensi, kumpulan sasar serta rantaian penyampaian perkhidmatan. Teknologi hanyalah pemudah cara; perkara yang lebih penting adalah memastikan inisiatif digital mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuhkan kerjasama antara bahagian serta menyokong integrasi dengan agensi berkaitan.

2. Pengurusan Data dan Tadbir Urus ke Arah Single Source of Truth

Data merupakan asas kepada keputusan yang berkualiti. Oleh itu, pengurusan dan tadbir urus data yang baik amat penting bagi memastikan data yang digunakan adalah tepat, konsisten dan boleh dipercayai. Usaha ke arah Single Source of Truth (Golden Data) perlu diberi perhatian bagi mengurangkan isu pertindihan data serta memastikan keputusan strategik dibuat berdasarkan maklumat yang sahih.

3. Kesediaan Data bagi Pemanfaatan Teknologi AI

Dalam era Kecerdasan Buatan (AI), kejayaan pelaksanaan AI sangat bergantung kepada kualiti dan kesiapsiagaan data. Data yang ditadbir urus dengan baik akan membolehkan teknologi AI dimanfaatkan secara lebih berkesan, selamat dan bersesuaian dengan keperluan khusus sesebuah agensi.

4. Pemerkasaan Bakat Digital dan Tatakelola Teknologi

Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas memerlukan warga organisasi sentiasa meningkatkan kemahiran digital serta memahami aspek tata kelola yang berkaitan. Pengukuhan bakat, garis panduan serta mekanisme kawalan yang sesuai penting bagi memastikan transformasi digital dapat dilaksanakan secara mampan.

Semoga BHEUU terus sukses dalam melaksanakan agenda pendigitalan yang telah dirancang. Diharapkan segala usaha dan perancangan yang digariskan melalui PSP BHEUU ini dapat membawa manfaat besar bagi masyarakat serta menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa, dan negara.

Prototype Development Fund 1

Today from 2.30 pm to 3.30 pm. I experienced the pitching session for Prototype Development Grant (PDF), Level 1 TRL 2-6. The pitching was a 10-minute presentation + 10-minute QnA.

A good experience with the panellists.

Among the Questions:

1. The competitors? – doHRM, Cascade (I don’t know the competitors.)

2. How to GTM (Go To Market)? – right now bundled with consultation.

3. What is the rationale for the RM15K price? – RM3k per year for five years.

4. 15K is too cheap? – They will feel like a low-quality product, and if it is too expensive, they won’t to buy it.

5. What is the value of your product? – not making the process of data collection easier. However, I will complement the tools they are using now and make monitoring and reporting more standardised and easier.

Thank you ICC for the opportunity

Data Visualization for Msc Business Intelligence and Analytics Sem 1 2025 2026 PT08

Kelas Data Visualization PT08 Semester ini berakhir sudah.

Dari kiri Abang Fadhli yang sado lagi banyak kuiri tentang Framework Visual Analytics dalam kelas.

Jimmy yang memang biasa pening kepala dengan Business Requirements bosses bila buat analytics.

Hana yang happy go lucky, staf SPS UTM yang banyak tolong jadik pemudahcara kawan-kawan lain.

Isha yang non-chalant. Memang orang finance selalu macam gitu. Biar data dan fakta sahaja berbicara.

Meng Di International China student. Nasib baik ada Jimmy dalam kelas tolong jadik translator.

Asyraf was missing in the picture. Aeronautical Engineer yang busy dan sedang upgrade diri dalam bidang data dan analitik.

Symposium Master Project Business Intelligence and Humanity Governance (BIHG), Faculty of Artificial Intelligence, UTM Kuala Lumpur. Semester 1 2025 2026 – 7 January 2026

Together with the coordinator, Dr. Siti Amirah; Chairperson Dr Intan; Panel 1, Dr Shaliza (missing from the picture), Panel 2, me; and Panel 3, Dr Doris.

EUNICE NG HUI RONG
PSO-OPTIMIZED RESAMPLING FRAMEWORK USING MACHINE LEARNING FOR CLASS-IMBALANCED E-COMMERCE FRAUD DETECTION

PRAHVINAH SHRI MUNIYANDI
AUTOMATED CLASSIFICATION OF EMERGENCY DEPARTMENT DOCUMENT BY URGENCY USING MACHINE LEARNING APPROACH FOR MALAYSIAN HEALTHCARE

SELVENDROY A/L VEERATH THAMIL HARASAN
SUPPLY CHAIN RESILIENCE OF PETRONAS IN MALAYSIA : ANALYSING THE IMPACT OF GEOPOLITICAL AND COVID-19 DISRUPTIONS USING DEA AND SIMULATION MODELS

SHAI LI JIUN
PREDICTIVE ANALYTICS FOR RESIDENTIAL PROPERTY PRICE FORECASTING IN MALAYSIA USING MACHINE LEARNING

SHARMILA SANDRASAGRAN
CLASSIFICATION OF EPC SUPPLIER FOR CONTRACT SELECTION USING MACHINE LEARNING METHOD

SITI AISYAH BINTI ADI MINIF
A VISUAL ANALYTICS DASHBOARD FOR MENTAL HEALTH INDICATORS USING
MULTI DATASET

Data Quality Dimensions – Issues, Challenges and Possible Solutions from Pharmaceutical Company Case Study

Mas Munirah Master Project Supervision

Mas Munirah is an independent student. I think sometimes she is too independent when she is solo traveling to Japan, Bali and frequent Temerloh-KL. Working at Pharmaniaga, one of the prominent pharmaceutical company in Malaysia, she is intends to do research on something that will contribute back to the company – hence, she picks this topic.