Kek Pandan Gula Melaka
(resepi asal dari blog azlita masam manis – terima kasih)

200g tepung kek (saya guna 180g aja)
120g unsalted butter. salted pun boleh
1/2 sudu garam. tak perlu kalau guna salted butter
160g gula halus/caster
1/2 sudu teh double acting baking powder
2 biji telur saiz A
75gm santan kotak
10 helai daun pandan kisar dan ambil 4 sudu besar jusnya & sedikit pewarna hijau.

cara2 buat kek

ayak tepung dan baking powder
satukan santan, jus pandan dan pewarna
putar butter, esen vanilla dan gula. putar hingga berkrim dan bertukar ke warna putih sedikit.
masuk gula halus dan putar hingga sebati dan lembut. dalam 3 – 4 minit
masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati
masukkan tepung berselang dgn santan tadi. akhiri dgn tepung. putar guna kelajuan sederhana. sentiasa scrap tepi bekas biar adunan betul-betul sebati
tuang dlm loyang saiz 8 atau 9. saya buat 2 adun utk loyang saiz 10 atau 12
bakar pada suhu 160°C – 170°C selama 45 minit atau hingga masak. guna api atas dan bawah.
terus keluar dan terbalikkan pada redai lps kek masak
biar sekejap dlm 1 minit dan terbalikkan semula atas papan kek
sejukkan.

Caramel Gula Melaka

Bahan- lbahan

50g gula melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air

Cara-cara

satukan semua bahan dan masak hingga gula larut dan pekat
bancuh 1 sudu teh tepung jagung dgn sedikit air dan campurkan dlm gula melaka tadi dan kacau. masuk sikit2 tepung jagung tadi sampai tahap kepekatan yg dikehendaki
sejukkan adunan tadi

Gula Melaka Italian Meringue Buttercream

Bahan-bahan utk caramel gula melaka

50g gula melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

satukan semua bahan dan masak hingga gula larut dan sejukkan.

Bahan-bahan utk buttercream

80g air
150g gula halus
1 biji telur
1 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanilla
250g unsalted butter – potong dadu
1 sudu besar adunan caramel tadi. saya masukkan 2 sudu besar

Cara-cara

satukan gula dan air. masak guna api sederhana hingga capai 117° C atau ambil garpu dan celup dlm gula tu (saya guna kaedah celup garpu ni. ekekeke). kalau cairan pada besi antara garpu tu bercantum mcm kaki itik maksudnya dah capai suhu yg diperlukan.
tuangkan caramel gula melaka tadi.
kacau rata dan biarkan pekat sekejap.
biar atas api adunan gula tadi. terus putar telur dan telur kuning tadi hingga kembang.
terus masukkan adunan gula sementara panas2 sambil putar hingga sebati.
simpan dlm fridge dgn bekas putar selama 1 jam.
keluarkan dari fridge dan putar adunan tadi hingga sambil masukkan esen vanilla dan kiub butter satu persatu hingga habis.
Putar hingga kembang dan halus.
masukkan dalam piping beg dan paip atas kek macam dlm gambar. taburkan coconut flakes atau kekacang)
(serius sedap italian meringue buttercream ni)
*kalau nak buat cupcake mcm azlita guna 200g tepung kek tu ya mcm resepi asal.

*kalau nk letak& gantikan dgn creamcheese atau fresh cream atasnya pun sedap juga.