Resipi Nainamo Bars

Bahan-bahan

Lapisan Pertama
– 1/2 cawan butter (guna pure butter sedap(
– 1/4 cawan gula halus
– 1 biji telur
– 3/4 cawan serbuk koko
– 2 cawan biskut (saya guna biskut oreo hancur) @ apa2 biskut pun boleh : cth biskut marie
– 1 cawan kepingan kelapa/flakes coconut (ada jual di kedai bakeri)
– 1/2 cawan kacang walnut hancur yg telah disangai terlebih dahulu. (Apa2 kacang pun boleh. Cth kacang pekan, kacang tanah dll. kacang yg sesuai.)

Lapisan Kedua
– 4 sudu besar butter (suhu bilik)
– 2 sudu besar tepung custard (jenama bird custard)
– 1/2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan gula using (atau kurangkan jika tak nak manis sangat)
3 sudu besar whipping krim atau susu segar

Lapisan Ketiga
– 100g dark coklat (jenis kompound)
– 150g milk coklat (jenis compound)
* cooking coklat biasa pun boleh. Guna 250g. Alternatif utk kedua2 coklat di atas.
– 1 sudu besar butter

Cara-cara

Lapisan pertama
– cairkan butter guna api kecil. Angkat bila dah cair. (Saya guna microwave aja. 5 saat dah cair)
– Masukkan gula & serbuk koko dan kacau hingga sebati
– Pukul sekejap telur dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam periuk tadi hingga habis sambil dikacau.
– Masak semula atas api yg kecil sambil dikacau. Jangan biar telur berketul2.
– Angkat dari api apabila telah sebati & masukkan esen vanilla.
– Alihkan adunan tadi ke dalam bekas lain & masukkan biskut oreo hancur.
– Masukkan kepingan kelapa & kacang walnut. Gaul hingga sebati.
– masukkan dalam tin pembakar saiz 8″x8″ atau 9″x9″ bentuk 4 segi yg telah dialas dengan kertas minyak.
– ratakan dan tekan2 adunan hingga padat.
– bakar dalam oven selama 10 minit dgn suhu 165’C – 170’C
– Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Lapisan Kedua
– Putar butter sebentar
– Masukkan custard powder dan putar hingga sebati.
– masukkan gula icing yg telah diayak terlebih dahulu dan putar sebentar.
– Masukkan krim @ sudu segar tadi dan putar guna kelajuan perlahan hingga sebati.
– Letak di atas lapisan pertama yang telah betul2 sejuk dan ratakan. Tutup dengan aluminium foil.
– Simpan dalam fridge sekurang2nya 1 jam.

Lapisan Kedua
– Cairkan coklat tadi dgn cara double boil atau guna microwave.
– masukkan butter dan kacau hingga sebati.
– tuang di atas lapisan kedua tadi dan sejukkan.
– keluarkan nainamo bars dari tin pembakar dan potong2kan guna pisau yg telah dicekup salam air panas utk memudahkan proses memotong kerana coklat keras. Kalau tidak potongan tak cantik. Coklat akan pecah2 dan lapisan kedua terkeluar sebab struktur lapisan kedua lembik.

* ini adalah resipi dari internet yg saya telah ubahsuai sedikit. Boleh juga cari resepi2 nainamo bars versi lain dari internet.